OCD KAH AKU?

OCD KAH AKU? | Seringkali orang labelkan OCD. “OCD tu.. ala.. DVD, CD semua tu”. Hehe. Tipu je. Tu dialog Papa Zola dalam salah satu siri Boboiboy berkisarkan Mama Zila yang ‘sangat OCD’. Peminat Boboiboy mesti tahu episod ni. Eh lalut. Orang yang OCD ni katanya mementingkan kesempurnaan. Sampai stresskan diri sendiri. Macam tu la lebih kurang.

MAKSUD OCD

Kecelaruan obsesif-kompulsif (sering dipendekkan menjadi OCD) atau obsessive compulsive disorder adalah penyakit mental yang menyebabkan pemikiran dan tindakan yang berulang dan tidak diingini. [Kebimbangan] adalah salah satu daripada gejala-gejala yang paling biasa dan boleh menyebabkan individu untuk mempercayai bahawa jika tugas yang belum selesai, sesuatu yang buruk mungkin berlaku. Tugas seperti itu mungkin untuk membasuh tangan lima kali. Kepercayaan ini membawa kepada kebimbangan dan ketegangan yang lebih. OCD boleh menghadkan keupayaan salah satu untuk mengambil bahagian dalam perhubungan, tempat kerja, dan dalam masyarakat secara amnya. – wiki

PERGH.. mental sekali dia bagi. Tapi betul la. Otak kan?

Frasa ‘obsessive-compulsive’ telah menjadi sebahagian daripada kosa kata Inggeris, dan biasanya digunakan secara tidak rasmi atau secara karikatur bagi menerangkan seorang yang berhati-hati, pencari kesempurnaan atau ‘perfectionist’, teliti dalam mencari punca sesuatu perkara, dan terikat dengan seseorang atau suatu perkara. Walaupun ciri-ciri ini biasa berlaku dalam OCD, mereka yang mengalaminya tidak semestinya menghidap OCD. Mereka mungkin menghidap ‘obsessive-compulsive personality disorder’ (OCPD), sejenis kecelaruan dalam juzuk autisme.

Ketaksuban pemikiran dalam OCD boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian:
a) Was-was
b) Kebersihan
c) Kewaspadaan (melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan / slowness)

Ciri-Ciri OCD

Kriteria sebelum dilabelkan sebagai OCD :

  • Orang itu obsesional dari aspek pemikiran, bayangan atau cara yang bertubi-tubi (rumination), contohnya dia merasa tangannya kotor walaupun hakikatnya tidak
  • Individu terbabit berada dalam keadaan resah, cemas, tertekan dan merasa tidak selesa dengan keadaan ini
  • Sedar dan apa yang berlaku sebenarnya bukan sesuatu yang sengaja dibuat-buat tetapi datang dari luar ‘ego-alien’ pada dirinya
  • Individu tersebut tahu bahawa idea atau bayangan yang hadir dalam dirinya itu adalah karut, tidak logic dan tidak sepatutnya berlaku
  • Melawan dan menahan idea yang datang dan menyebabkan dirinya menjadi resah.

Ermm..

Individu yang tergolong dalam kumpulan ini biasanya sering berkeadaan seperti:

  • Kemurungan
  • Sedih
  • Kurang selesa
  • Cepat letih
  • Berat badan menurun
  • Cepat marah

Sekiranya pesakit berhadapan dengan konflik, symptom OCD ini boleh berubah dari segi keterukannya dimana ia boleh menjadi lebih serius.

PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda.

Sumber rujukan: Wikipedia, mmha.org.my

Kalau diteruskan pembacaan, nampaknya kategori OCD ni macam ke arah agak kronik kalau dibiarkan.

OCD atau OCPD?

Malam tadi Mommy terbaca 1 website agak best mengenai OCD dan OCPD (selepas ada sedikit diskusi dengan seorang doktor di dalam salah satu group whatasapp). Boleh baca di perbezaan OCD dan OCPD di sini. Memang complicated!

Ini hanya boleh ditentukan melalui diagnosa. Tidak boleh simply decide kau OCD, aku OCPD. Huuu. Macam tu rupanya. Boleh rujuk Utusan Melayu untuk Jenis-jenis kecelaruan

OCD atau OCPD sebenarnya??

Hmmm..

Dan kalau korang biasa dengar masalah2 di bawah, korang rasa nak labelkan OCD ke OCPD?? Ini contoh-contoh dari Mommies HDAE CREW.

  1. Hanger kena warna sama, penyepit pun. Gantung baju ikut warna dan jenis
  2. Kerusi susun elok, tidak boleh senget
  3. Susun atur ikut ‘geng’. Tak boleh campur aduk. Siap label. Tak label habis, tak boleh duduk
  4. Basuh tangan berkali-kali
  5. Sanggup bangun walaupun sedang tengok tv sebab terpandang bakul dalam peti ais yang dibuka anak tu senget (eh over. tapi ada tau)
  6. Kalau iron baju, kena tajam betul dan tiada kedut langsung
  7. Pergi mana2 ada tisu basah, untuk lap tempat duduk, meja, kerusi yang ada
  8. Basuh baju dalam laundry net ikut tuan empunya baju
  9. Garfu, Sudu, semua ikut geng sendiri. Tak boleh campur
  10. Susun atur pinggan, mangkuk atas meja tak boleh salah. Mangkuk sup pun ada yang khas punya
  11. Lipat baju kena saiz yang sama
  12. Kasut susun elok-elok. Tak boleh senget langsung
  13. Hari-hari mop lantai. Tak boleh tak mop
  14. Cadar katil wajib tegang sampai melantun la apa yang kita letak. Ekeke
  15. Tidak boleh menerima istilah cincai. Wajib sempurna. Even satu titik kesalahan pun boleh jadi faktor pergaduham (sengaja typo. stress tak?)

Mommy marah Hannah malam tadi. Sampai merajuk dia. Daddy asyik suruh sabar. Tapi Mommy tak tahan. Sebab tudung dia penyet masa pergi trip 5 April lalu. Bengang sangat bila tengok gambar. Bukan apa, Mommy dah pesan dan ajar banyak kali untuk tarik tudung tu ke belakang. Kasi selesa bila pakai. Mata pun jelas nak tengok. Siap pesan kat teacher juga, tolong tengokkan tudung Hannah sebab selalu sangat terkedepan sampai tutup mata. Kesian la. Dah la pergi trip, penyek dan hampir tertutup mata tu. Ini bukan OCD. Ke OCPD eh? Hmm.. Nak keselesaan aje. Bengang. Sobs.

ocd-kah-aku
Hannah kanan sekali. Kasut purple

Emos.

p/s : sukahati Mommy la nak emos ke apa. Nak viral juga? Silakan. Hahaha.

9 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge