KENA PATUK ANGSA

KENA PATUK ANGSA | Emosi menerpa tatkala Mommy tengok Siakap Keli share di timeline facebook perihal itik angsa. Huh. Musuh ni! Mommy dengan angsa memang tak berkawan. Memang takmau kawan ngan dia! Huh!

Kisah ini masih segar di ingatan. Masa tu kecil lagi. Rasanya belum masuk sekolah rendah lagi. Setiap kali nak ke kedai runcit, semua orang yang stay di kampung tu akan melalui jalan tersebut. Itu sahaja jalan tar yang ada. Bukan salah jalan tu pun. Salah angsa tu la!! Mommy panggil juga itik ang! Orang Kedah memang panggil macam tu kot?

Jadi, setiap kali lalu di jalan tersebut, mata masing-masing akan berjaga-jaga takut angsa tersebut tetiba lari ke arah kita. Hoih.. Dia punya larian memang kalah Watson Nyambek! Menerpa laju tanpa apa-apa petanda!

Jadi, suatu hari tu, Mommy jalan dengan 2 orang kakak Mommy. Nak ke kedai runcit katanya. Memandangkan Mommy ni kecil lagi, ikut je la jalan terkedek-kedek ke kedai tu. Ketika dalam perjalanan pulang tu la, tetiba bunyi ang ang ang kuat gila!! Menerpa ke arah kami bertiga!

kena-patuk-angsa
Gambar Hiasan. Sumber: momo-mumu blog

PUK!! Mommy kena patuk! Kat kepala. Atas sikit dari dahi. Tak jelas sangat tapi masih ada parut.

Mana kakak-kakakku?

Depa punya lariiiii.. kalah Usain Bolt. Tinggal adik depa ni ha!! Sedih gila! Jahat gila! Semua ada la masa tu.

Balik je rumah, semua dah menggelabah tengok kepala Mommy berdarah-darah. Meraung la Mommy ni. Kecik lagi kan?

Bila ingat balik, kelakar je rasa. Tapi tu la, angsa memang musuh Mommy la. Sampai sekarang! Kahkahkah.

13 Replies to “KENA PATUK ANGSA”

  1. Ya… Setiap kali lalu berhampiran dengan Angsa memang menakutkan… Masa kecil2 dulu ada juga pengalaman kena kejar dengan angsa… 😉
    Anuar recently posted…Ingin belajar Copywriting? Download ebook ini PERCUMAMy Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      emos smpai skrg woo. mmg xle tgk dia ni

  2. Kite pernah kene kejar je dgn angsa, patuk x pernah lagi 😛

    1. YB Shehan says: Reply

      huhu. kejar pun rasanya macam nak putus nyawa dah kot. masa dia meluru tu, memang fikir ‘matilah aku’ je..

  3. hahaha… kelakar… baru kenal rupa adik beradik sebenar kan? itu baru angsa yg kejar…
    rozita recently posted…Hari Terbuka dan Sambutan Ulangtahun RTM yang ke 70My Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      hahah. rasanya masa ni baru tadika kot. ke kecik lagi.. x igt.

  4. Hahahaa saya sampaNi sekarang takut angsa walaupun tak pernah kena apa apa. Setiap kali lalu tepi angsa, saya akan jalan laju laju sebab takut

    Kalau rajin, singgah lah baca blog 🙂 http://husnawho.blogspot.co.uk/

    1. YB Shehan says: Reply

      Haha. Mmg fobia. Bila dh kena.. trauma terus

  5. dari kecik smpai ke beso klu nampak angsa mesti lagi gak. hehehe
    zulhilmi tempoyak recently posted…WHAKAAHUA. EVENT PHOTOGRAPHER.My Profile

  6. memang la org dulu2 mcm aruah tok kami pon ada bela angsa sepasang.. keja depa dok hambat org .. lintang pukang lari . Memang kelakar la.. tapi xdak lg pengalaman sampai kena patuk HA HA HA ..
    PCL recently posted…Style menu orang lama gak sedap !My Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      PCL gelak. kena ligan baru tau. hahahaha

  7. Okey…ini sumpah kelakar..sambil baca sambil akak bayangkan macam mana YB kena kejar angsa…opppsss….

    1. YB Shehan says: Reply

      Jangan la gelak kak. wuwuwuwuw.. Dendam kesumat ada lagi kt kakak2 sy tu. hahahaha

Leave a Reply

CommentLuv badge