APA ITU RADANG TONSIL – TONSILIITIS

RADANG TONSIL – TONSILITIS

APA ITU TONSIL

  • Tonsil adalah gumpalan tisu limfoid (sub-epitelium) yang terletak di bahagian tekak (orofarinks)
  • Setiap manusia mempunyai 2 biji tonsil. Tonsil berbentuk bujur dan terletak di dinding sisi tekak (orofarinks) di antara tiang anterior (“anterior pillar”) dan tiang posterior (“posterior pillar”)

apa-itu-radang-tonsil-tonsillitis

  • Saiz sebenar tonsil adalah lebih besar dari apa yang kita dapat lihat. Ini adalah kerana ianya memanjang ke arah lelangit, memanjang ke arah pangkal lidah dan memanjang ke arah lengkung palatoglosal di sisi.

FUNGSI

  • Membangunkan sistem keimunan dan antibodi badan (di peringkat awal usia)
  • Melindungi saluran pernafasan dengan mengawal pintu laluan udara pernafasan
  • Membentuk sel limfosit dan plasma untuk pertahanan badan
  • Memantau dan memberi amaran kepada badan akan jangkitan bakteria yang masuk melalui udara dan makanan

TONSILLITIS AKUT

AETIOLOGI / PUNCA

  • Banyak dialami oleh kanak-kanak bersekolah
  • Jarang berlaku di kalangan kanak-kanak berusia kurang 2 tahun atau dewasa melebihi 50 tahun
  • Punca:
    • Kuman Virus adalah di antara penyebab utama. Contohnya seperti Herpes Simplex Virus (HSV), Adenovirus, Epstein-Barr virus (EBV), Cytomegalovirus(CMV) dan virus campak
    • Kuman Bakteria pula menyebabkan 15 hingga 30% jangkitan tonsillitis. Bakteria yang paling kerap adalah Group A Beta-Hemolytic Streptococcus (GABHS). Bakteria yang lain adalah seperti streptococcus pneumoniae, staphylococci dan Hemophilus Influenza

KLASIFIKASI

  • “Catarrhal Tonsillitis” akut atau “Superficial Tonsillitis” akut
    • Kemerahan pada permukaan tonsil sahaja akibat daripada sakit tekak umum (pharyngitis). Kebanyakkannya disebabkan oleh jangkitan kuman virus
  • “Follicular Tonsilitis” akut
    • Bintik-bintik kuning nanah di atas permukaan tonsil disebabkan jangkitan merebak ke dalam kripta (rongga kecil dan halus di permukaan tonsil)
apa-itu-radang-tonsil-tonsillitis3
sumber : www.entspecialistlahore.com
  • “Parenchymatous Tonsilitis” akut
    • Keseluruhan tonsil terjejas, membengkak dan merah
  • “Membranous Tonsilitis” akut
    • Pembentukan membran/lapisan putih pada keseluruhan permukaan tonsil.

GEJALA

  • Sakit tekak
  • Sukar menelan
  • Demam panas – 38°C hingga 40°C, seram sejuk dan menggigil
  • Sakit telinga – disebabkan oleh “referred pain” (sakit yang berasal di tekak tetapi turut dirasai ditelinga kerana mempunyai saraf yang sama) atau disebabkan oleh komplikasi tonsillitis seperti jangkitan kuman di telinga tengah (Otitis media akut)
  • Gejala lain – sakit kepala, lemah tubuh, sakit badan, sembelit, hilang selera makan, sakit perut (limfadenitis mesentrik)

TANDA

  • Nafas berbau busuk dan lidah kering bersalut putih
  • Lelangit dan anak tekak berwarna merah terang
  • Tonsil – merah, bengkak dengan nanah di pembukaan kripta (“follicular tonsillitis”) atau membran/selaput putih di permukaan (“membranous tonsillitis’)
  • Tonsil – membesar, bertemu di garis tengah dan menyempitkan kerongkong. Bengkak (edema) di anak tekak dan lelangit (“parenchymatous tonsillitis”)
    Kelenjar limfa di leher (“jugulodigastric lymph node”) membesar dan sakit

RAWATAN

Rawatan sokongan

  • Berehat
  • Minum air secukupnya
  • Makan secara sihat
  • Melegakan kesakitan
  • Meredakan demam

Antibiotik

  • Rawatan antibiotik hanya diberikan jika tonsillitis disebabkan oleh kuman bakteria
  • Tanda-tanda kehadiran bakteria seperti:
    • Rembesan keputihan pada permukaan tonsil
    • Demam
    • Leukositosis (peningkatan sel darah putih leukosit dalam darah)
    • Berhubung rapat dengan pesakit atau indiividu yang dijangkiti Group A Beta-Hemolytic Streptococci (GABHS)
  • Walaubagaimanapun, secara klinikal, jangkitan diantara kuman bakteria ataupun virus adalah sukar dibezakan

Peranan antibiotik dalam GABHS

  • Mencegah demam reumatik akut
  • Mencegah komplikasi bernanah
  • Mengurangkan jangkitan kepada orang lain yang berdekatan

Antibiotik yang biasa digunakan

  • Oral Penicillin selama 10 hari
  • Kumpulan Cephalosporin
  • Kumpulan Macrolides

KOMPLIKASI

  • Tonsillitis kronik dengan serangan akut yang berulang. Ini disebabkan oleh jangkitan kuman yang masih berterusan di dalam tonsil walau dengan kuantiti yang amat sedikit
  • Nanah peritonsil (di sekitar tonsil)
  • Nanah parafaringeal (di dalam leher)
  • Nanah di permukaan leher (dikelenjar limfa)
  • Otitis media akut (jangkitan telinga tengah)
  • Demam reumatik disebabkan oleh GABHS
  • Glomerulonephritis akut (AGN)
  • Endokarditis bakteris subakut (SBE) dalam kalangan pesakit yang mengalami penyakit injap jantung di sebabkan oleh bakteria Streptococcus viridans

TONSILEKTOMI (PEMBEDAHAN)

Pembedahan untuk membuang kedua-dua tonsil disyorkan dengan sebab-sebab di bawah:

Petunjuk mutlak

  • Serangan tonsillitis teruk yang berulang – 4 serangan setahun beserta dengan demam panas, tonsillar eksudat dan bengkak kelenjar leher
  • Obstruksi/halangan saluran pernafasan – mengganggu pernafasan, proses menelan dan percakapan. Halangan saluran udara atas boleh membawa kepada sindrom apnea (berhenti pernafasan) tidur dan ‘pulmonale koronari’
  • Nanah perintonsil (di sekitar tonsil) yang >1 episod. Tonsillektomi di lakukan selepas sembuh 4 hingga 6 minggu
  • Bengkak 1 sisi tonsil sahaja – tonsil membesar pada satu sisi sahaja yang berkemungkinan kanser seperti kanser limfoma (kanak-kanak) dan karsinoma epidermoid (dewasa)

Petunjuk Relatif

  • Pembawa kuman “Difteria” – tidak sembuh dengan antibiotik
  • Demam reumatik dan sindrom nefrotik – profilaksis antistreptokokus tidak dapat dikekalkan
  • Halitosis (nafas berbau) – disebabkan oleh nanah yang masih terdapat dalam tonsil

Sebagai sebahagian dari pembedahan lain

  • Palatofaringoplasti – rawatan untuk “sindrom apnea” semasa tidur
  • Glosofaringeal neurektomi – rawatan untuk memotong saraf glosofaringeal (IX) di dasar tonsil
  • Pemotongan tulang “styloid” – rawatan untuk pesakit “eagle syndrome”

Kontraindikasi

  • Jangkitan saluran nafas atas (URTI) yang baru – cenderung kepada perdarahan yang banyak semasa pembedahan
  • Lelangit merekah (“submucous cleft palate”) – cenderung kepada suara sengau
  • Gangguan sistem pembekuan darah – leukemia, purpura, anemia aplastik dan hemofilia
  • Wabak polio
  • Penyakit sistemik yang tidak terkawal – Diabetes Melitus, hipertensi, penyakit jantung atau asma.

RUMUSAN

Tonsillitis adalah radang pada tonsil yang disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Gejala tonsillitis termasuk sakit tekak. Tonsillitis yang disebabkan oleh virus sembuh dengan sendirinya, manakala tonsillitis yang disebabkan oleh bakteria boleh dirawat dengan antibiotik. Tonsilektomi dilakukan dengan sebab-sebab tertentu setelah pesakit mendapatkan nasihat pakar bedah.

Sumber MyHealth

RAWATAN BATUK SELSEMA SECARA NATURAL

Mommy dah banyak kongsi cara rawatan batuk selsema ini sebenarnya. Tapi, memandangkan sekarang Mommy lebih mengamalkan rawatan menggunakan Young Living Essential Oil, Mommy nak kongsi 1 jenis EO yang agak berkesan ketika BATUK & SELSEMA.

Young Living Frankincense Essential Oil

apa-itu-radang-tonsil-tonsillitis-Young-Living-Frankincense-Essential-Oil

Frank ini sangatttt BANYAK KEBAIKAN tau. Antaranya ialah untuk respiratory problem dan juga untuk skin support.

apa-itu-radang-tonsil-tonsillitis-Young-Living-Frankincense-Essential-Oil3

Patut la ramai mommies yang cakap kat Mommy, “sayang nak guna Frank. Dah macam mahal lagi dari emas dia punya value”. Bukan mahal harga yang Mommy maksudkan. Kelebihan tu. Selalunya memang jimat je nak guna. Tak boleh bazir2. Hehehe. 1 drop pun dah cukup.

Makan & Sapu

Titis 1 drop di dalam mulut (bawah lidah) – Kawal batuk

Sapu 1 drop di spine (tulang belakang) & belakang telinga – Kawal flu

Saranan Mommy

Jadi kalau ada batuk2 dan flu bermula tu, Mommy sarankan gunakan Frank ini untuk elak keadaan berlarutan. Susah juga kalau tetiba tekak merah atau jadi tonsil ini. Kalau ada yang berminat nak tahu lagi pasal jenis2 EO yang lain, boleh join group whatsapp YBYOUNGLIVING Mommy. (whatsapp 0123498262). Terima kasih.

8 Replies to “APA ITU RADANG TONSIL – TONSILIITIS”

  1. saya selalu jugak kena, paling teruk masa kna demam denggi tahun lepas.

    1. YB Shehan says: Reply

      dah la seksa tonsil. denggi pulak? aduuuu..

  2. rasa macam selalu jadi ni. seram lak… huhu

    1. YB Shehan says: Reply

      banyakkan mnum air..

  3. akak kena tonsil tahap 3…tapi dah buang pun ….dia punya bahaya sebab boleh menyebabkan sleep apnea…..sleep apnea adalah pembunuh senyap yang boleh membawa maut ketika sedang tidur sebab oksigen tak cukup sampai ke otak nak bila tonsil membengkak .
    saidila recently posted…Resepi Mudah Masak Daging Lada HitamMy Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      oo. risaunya..

  4. Belum ada pengalaman kena sakit tonsil…tp bagus utk rujukan masa depan
    Julia Johari recently posted…Haters Terima Kasih Tau Tolong Baca, Hargai Sangat !My Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      anak2 la. asal tekak merah, doc cakap tonsil kan. so, mmg info ni kita ptt tahu. huhu

Leave a Reply

CommentLuv badge