LIRIK BAGAI HIDUP SEMULA – AIZAT AMDAN

Salam, pagi ni masa Mommy dengar Johara, tetamu mereka pagi ini ialah Aizat Amdan. Beliau diminta menyanyikan single terbarunya “BAGAI HIDUP SEMULA” dalam keadaan berlari (jogging). Memang mengah la dengar.

Kata Aizat – “This video clip sangat special pasal lagu ni aku dapat semangat from cerita macam mana aku kurus dulu. Dulu berat aku pernah cecah 114kg! Hopefully, lagu ni dapat beri korang semangat baru, idea baru, dan lahirkan diri korang sendiri pada tahun baru 2016 ni! ENJOY!!”

Video pula sangat simple. Hanya Aizat, jogging dan menyanyi. Aizat ada juga beritahu yang setiap bulan dia akan keluarkan single dan akan dimuat naik di Youtube Channel miliknya. Tak semua lagu akan masuk radio. Btw, Mommy dah dengar lagu ini pagi tadi. Best wey!

lirik-bagai-hidup-semula-aizat-amdan
saje collage pic aizat dulu dan sekarang. ensem aih

LIRIK BAGAI HIDUP SEMULA – AIZAT AMDAN

Setiap kali aku berfikir
Terlalu banyak berkucar-kacir
Akhirnya lagu kita jadi nyata

Sekarang telah tiba waktunya
‘Tuk mengambil langkah yang seterusnya
Di mana tak mahu lagi aku sendiri

Kini ku berikan segalanya
Jiwa dan raga sedia ‘tuk bertemu
Terasa bagai hidup semula
Tiada lelah asyik memikirkanmu
Kiranya dirimu aku tak menentu

Tak terkata betapa syukurnya
Kita berdua untuk bersama
Merasa tiap saat suka dan duka

Tapi ku bukannya naif
Pasti ada dugaan yang menunggu
Denganmu aku tahu ku mampu

Kini ku berikan segalanya
Jiwa dan raga sedia ‘tuk bertemu
Terasa bagai hidup semula
Tiada lelah asyik memikirkanmu
Kiranya dirimu aku tak menentu

Pertama kali ku rasa
Tiada salahnya
Ku akui kelemahanku
Bawaku bersama dirimu

Kini ku berikan segalanya
Jiwa dan raga sedia ‘tuk bertemu
Terasa bagai hidup semula
Tiada lelah asyik memikirkanmu

Kini ku berikan segalanya
Jiwa dan raga sedia ‘tuk bertemu
Terasa bagai hidup semula
Tiada lelah asyik memikirkanmu
Kiranya dirimu

Kini ku berikan segalanya
Jiwa dan raga sedia ‘tuk bertemu
Terasa bagai hidup semula
Tiada lelah asyik memikirkanmu
Kiranya dirimu aku tak menentu

VIDEO LAGU BAGAI HIDUP SEMULA

Ini cerita Aizat mengenai misi untuk kurus beliau.. sebelum terhasilnya lagu ini.

Aizat Amdan – Bagai Hidup SemulaAizat Amdan – Bagai Hidup Semula. video lek je pasal dia jogging tapi kata2 dalam lagu tu yg menarik dan berkait dgn ramai antara kita yg selama ni nak kurus tapi tak dapat2 – Posted by Haniff ERA.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge