GIGI SUSU HANNAH DAMIA DICABUT!

GIGI SUSU HANNAH DAMIA DICABUT! Malam tadi, Mommy dah tak boleh tangguh dah. Sebab Mommy risau gigi Hannah tak cantik nanti. Ini kes selepas 3 Mac lalu, Mommy perasan ada 1 gigi extra di  belakang gigi barisan hadapan. Ini gambarnya.

gigi-susu-hannah-damia-dicabut

Nampak ada gigi belakang tu? Tak cantik kalau dibiarkan. Mommy pula cemas bila tengok ini. Hiii. Hannah sebenarnya particular juga bab gigi dia. Sehari kadang-kadang 3x dia berus gigi. Bukan main lagi jaga tu. Heee..

Artikel berkait : BILA GIGI KEKAL SEPATUTNYA TUMBUH?

Risau punya pasal, malam tadi akhirnya kami ke dentist juga.

REAKSI HANNAH

Teruja. Hari-hari sebut nak jumpa dentist. Pelik Mommy tau! Asyik postpone sebab ada hal lain.

Sebelum kena cabut, wajiblah ambil gambar kenang-kenangan dahulu.

gigi-susu-hannah-damia-dicabut

Masuk dalam pun memang tak menyabar. Kalut je bila nurse panggil nama.

gigi-susu-hannah-damia-dicabut

Behave. Seriously behave. Mommy memang risau kalau-kalau dia menangis ke, menjerit ke. Langsung tiada bunyi. Seram je tengok jarum bius tu. Doc suruh Hannah bilang di dalam hati 1 to 10. Angguk-angguk je Hannah setiap kali diarahkan doc. Heee. Good kakak! Doc pun puji dan mungkin juga sebab Hannah pernah jumpa dentist sebelum ini.

Siap!

2 batang sudah siap dicabut. Mommy minta gigi untuk disimpan. Gigi pertama kot dicabut. Wajiblah simpan seperti tali pusat dan rambut pertama yang dicukur dulu. Wajib simpan dalam journey box mereka.

gigi-susu-hannah-damia-dicabut

Tadaaa.

gigi-susu-hannah-damia-dicabut

Lubang sudah. Alahai tak comey dah gigi tu. Heeeegigi-susu-hannah-damia-dicabut

Mommy harap gigi belakang tu cepat-cepat la ke depan. Jangan la tak cantik please.

gigi-susu-hannah-damia-dicabut

Maka, hari ini bermulalah sesi tanpa gigi depan bahagian bawah. Hikhik

gigi-susu-hannah-damia-dicabut

Mommy harap kakak dapat gigi cantik selalu. Malam tadi ikutkan nak cabut 1 batang je. Doc advice cabut 2 batang terus sebab dah ada tanda gigi lain bakal muncul juga.

KLINIK PERGIGIAN LINA

Ini memang klinik pergigian favourite Mommy. Di sinilah tempat scaling mahupun cabut gigi, tampal dan segalanya. Selesa, cepat, tidak kasar dan memang puas hati.

Alamat : 219 A (Tingkat 1) Jalan Negara 2,  Taman Melawati, 53100 KL

Telefon : 03-41051834

Dibuka setiap hari

Isnin – Jumaat : 900 pagi – 930 malam

Sabtu : 900 pagi – 600 petang

Ahad & Cuti Am : 930 pagi – 130 petang

Rehat : 1 – 2 petang, 6 – 7 petang

Landmark : Wisma Achik Print, Melawati

gigi-susu-hannah-damia-dicabut
pic : Kosmo

HARGA CABUT GIGI SUSU

Harga cabut gigi susu hannah malam tadi ialah RM40 untuk sebatang gigi. So, total RM80. Kalau nak tahu, harga scaling (cuci gigi) yang Mommy biasa buat di sini around RM90 above macam tu.

Selamat menjaga gigi dan awasilah pertumbuhan gigi anak anda.

#SAYAJUAL #ROSETYARA

SERENDAH RM30 SETIAP BULAN

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.