ELAK SUNBURN, ELAK NYAMUK, GUNAKAN COSMODERM

COSMODERM : TIPS ELAK SUNBURN & ELAK NYAMUK

Wah.. apakah yang Mommy cuba nak sampaikan ini?

cosmoderm-bb-cream-magic_4

Tudia tudia.. Inilah dia produk yang Mommy baru je cuba baru-baru ini ketika kembara KBBA9 ke Taman Negara. Produk Cosmoderm. Yang kamera tu bukan la. Yang tu gadget je. Hehe.

BB Cream SPF 35 PA+++ : SUNBURN.. GO AWAY!

Mommy memilih code Nude 01 untuk BB Cream ini. Ia sesuai untuk kulit berminyak seperti Mommy ini. Kandungan BB Cream ini ialah Minyak Tea Tree, Minyak Jojoba, Kulit kayu manis & Glutathione. Dan cara menggunakan cream ini sangat mudah ye kawan-kawan. Selepas membersih dan menyegar muka, cuma sapukan Krim BB dengan menggunakan hujung jari anda pada wajah dan ratakan. Selain bertindak sebagai pelindung UV, ia juga boleh dijadikan sebagai bedak asas dan dalam masa yang sama bertindak sebagai pelembap! Ini sudah jimat! Nak bawa ke mana-mana pun tiada masalah.

KEBAIKAN BB CREAM

– Formulasinya yang ringan, serta mudah dipakai boleh dijadikan bedak asas (foundation)
– Ia membantu mengembalikan kelembapan semulajadi kulit
– Ia mencerah dan mengawal pengeluaran minyak berlebihan
– Tabir Suria dengan SPF35PA+++ bertindak sebagai perisai kulit dari sinaran UVA yang rosakkan sel kulit punca penuaaan awal dan jeragat dan UVB punca kulit lebih gelap dgn menggalakkan pengeluaran melanin yang berlebihan
– Ia membantu meredakan kemerahan dan iritasi kulit wajah

Best kan?

ELAK NYAMUK DENGAN MAGIC LOTION!

Mommy ada baca yang magic lotion ini sesuai untuk Badan Berjerawat & Bau Badan. Wow. Sesuatu perkara baru untuk Mommy. Kandungan lotion ini terdiri daripada Lidah Buaya, Vitamin B5 dan Vitamin E untuk kelembapan semulajadi. Btw, lotion ini boleh dikatakan pelbagai guna. Macam Mommy ketika camping di Kampung Dedari, Taman Negara baru-baru ini, sebelum tidur Mommy sapukan seluruh badan Mommy. Elak nyamuk dan dalam masa yang sama ‘elakkan bau badan’. Hihi. Dan pagi esoknya, Mommy sapu lagi magic lotion tu. Untuk elak diri daripada berbau dek tak mandi serta bertindak sebagai pelindung uv untuk aktiviti Mommy yang akan menempuh panas pagi itu. Cara guna, sapu sahaja seluruh badan.

KEBAIKAN MAGIC LOTION :

– Rawatan semulajadi untuk kulit bermasalah seperti jerawat badan, ruam, jangkitan kulat dan bakteria serta selar matahari
– Mencegah bau badan agar nyaman sepanjang hari
– Diperkaya dengan lidah buaya, Vitamin B5 dan E untuk kelembapan semulajadi

Menarik!!

PEMBELIAN

Boleh didapati di laman web cosmoderm dan juga di Guardian.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.