‘DEKAT JE’ | KEMBARA KBBA9 KE TAMAN NEGARA PAHANG – PART 1

‘DEKAT JE’ | KEMBARA KBBA9 KE TAMAN NEGARA PAHANG | 19 – 22 FEB 2016 | Alhamdulillah. Bermula kembara KBBA9 ke Taman Negara pada malam 19 Februari (Jumaat) yang lalu.

Mommy mewahkan entri ini dengan gambar. Moga pembaca tertarik dengan semua aktiviti KBBA9 sepanjang kembara ini. Eh. Confirm tertarik punya! Aktiviti sesuai untuk pelajar, keluarga malah korporat, i tell u!

Gadget : Note 5, SJ 5000, Travel gadget i.e Lego

Lets!!

han-rainforest-resort-taman-negara

19 FEB 2016 (Jumaat) – TAMAN NEGARA PAHANG ‘DEKAT JE’

Kami bertolak jam 9 malam dengan bas yang disediakan pihak Han Rainforest Resort dan tiba di sana jam 230 pagi.

han-rainforest-resort-taman-negara

PENGINAPAN

Penginapan selesa di resort ini, boleh baca di sini.

han-rainforest-resort-taman-negara (17)
bersama KBBA9 Bloggers – Mera & Mimin

20 FEB 2016 (Sabtu) – JUNGLE TREKKING, CANOPY WALK, RAPID SHOOTING

Sedikit briefing dimulakan oleh Encik Wan Abu Bakar, pengurus resort mengenai aktiviti hari ini. Kami akan mulakan aktiviti dengan Jungle Trekking ke Bukit Terisek, diikuti dengan Canopy Walk serta Rapid Shooting.

han-rainforest-resort-taman-negara

Jungle Trekking ke Bukit Terisek

Bertolak menuju aktiviti jungle trekking dengan menaiki 4WD yang disediakan pihak Han.

Jungle-Trekking-Bukit-Terisek
4WD Han Rainforest Resort

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

Menyeberangi sungai untuk ke trekking.

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan. Mommy kumpulan ke 3.

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

Oh ni saja nak interframe. Ayamen ini memang kena bawak. Sebab ayamen ori kat rumah, tolong jaga anak-anak. Hee. Tq ayamenku..

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

Ini pula peneman Mommy sepanjang kembara ini. Segala sakit, pening, lenguh, elak nyamuk segala, Mommy depend juga kat dorang ni. Young Living Essential Oil.

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

Ada la beberapa kali berhenti sekejap sambil diterangkan flora dan fauna oleh leader kami.

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

Ok.. rindu la askar-askar Mommy (HDAE)

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

Mommy tak pasti, mungkinkah masa ini Mommy terkena pacat tu? Peliknya sebab kena kat pinggang seluar. Tepi pusat. Huhu. Mujurlah masa realize tu dah tak wujud. Agaknya dah kenyang. Huuuu. Ingatkan sembur Mosi Spray dah selamat. Huhuhu

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

Akhirnya Mommy dah sampai ke pit stop yang menghubungkan puncak Bukit Terisek atau turun menghala ke Canopy Walk. Mommy nak giveup sebenarnya. Letih tak perlu cakap la. Tak biasa melasak macam ni. Memikirkan Mommy mungkin takkan datang lagi ke sini (mungkin), jadi gagahkan jua. Masa ni baru realize, kasut Mommy dah tercabut tapak depan. Ni kes kasut lama dah tak pakai.. Hmmm…

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

Kemudian, abam yang folo tu tolong ikatkan kasut Mommy dengan Akar Liana. Wujud ok nama akar tu. Hihi

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

Hampir ke puncak, abam tu intro akar pokok sarsaparila. Dia kikis-kikis dan hulur untuk Mommy cuba.

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

Wow. Bau sarsi! Boleh masukkan dalam air terus. Memang ada bau sarsi air kosong Mommy tu.

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

Selepas mendaki dari jam 9 pagi sehingga 1 petang, Mommy berjaya juga. Ingatkan lembik sangat dah Mommy ni. Kalau Ayamen Mommy kat umah tu ada, sure Mommy manja kededek. Dia takde, terpaksa la kuatkan juga diri ini. Berjaya. Alhamdulillah.

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek
Mommy sampai sini. Yeay! 344m!

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

Bersama KBBA9 yang berjaya ke puncak. Ada yang tak sempat naik dek kekangan masa.

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

Ayamen dah sampai jugak. Yeay!

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

Canopy Walk

Rasa penat tu macam hilang begitu sahaja selepas berjaya sampai ke puncak. Tetiba rasa macam “cool laaaa jungle trekking. macam nak lagi je.” Hee. Mommy menuju ke Canopy Walk. Actually ada tiket untuk naik ke Canopy Walk (jambatan gantung) sepanjang 300m ini (500m ditutup sementara).

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

Mommy sukaaaaaaaaaaaaa gila Canopy Walk ni. Serius! Tak puas rasanya. Macam tak penat langsung walaupun jalan jauh. Sambil pandang tepi, pandang bawah. Oooo.. tinggi jugak eh jambatan gantung ni. Hihi. Sambil mengusik orang depan dan belakang Mommy. Sori ye kak Julia dan Widad Azura. Hahaha. Nasib uols ler iols enjut kuat2 jambatan tu. Hii.

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

Rapid Shooting

Saat yang ditunggu-tunggu selepas lunch di Han Resort, kami sekali lagi menuju ke sungai untuk Rapid Shooting. Beg dan kasut untuk camping dibawa terus ke perkampungan Dedari, manakala KBBA9 menuju ke sungai. Wuhuu. Mommy cuma berselipar, barang-barang berharga simpan sahaja dalam Hyper Gear Mommy (ini pentingnya dry bag, sila pastikan juga waterproof casing untuk handphone anda powerful). Confirm kaw-kaw punya lenjun uolsssss!! Action pic and video masa rapid shooting tu, Mommy tak dapat upload sini. Berat kot. Tapi, serius Mommy cakap. Kalau sebut je nak Rapid Shooting, confirm basah sebasahnya!

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

Kampung Dedari (Orang Asli Batek)

Selepas anak tekak memasing dah keluar, selepas basah sebasah-basahnya, selepas air pun masuk dalam telinga, akhirnya kami sampai ke tepi sungai tembeling ini. Di perkampungan Dedari, di mana kaum Asli Batek tinggal. Inilah satu lagi keistimewaan Taman Negara.

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

Kami ditunjukkan kemahiran istimewa mereka, menyumpit dan menghasilkan api dengan seutas rotan yang ditarik berasaskan tapak yang dibuat daripada kayu meranti. Dalam masa kurang seminit, geseran menghasilkan api menerusi habuk kayu yang dijadikan bahan bakar. Ia kemahiran warisan turun menurun kaum asli Batek.

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

Kediaman mereka, mungkin daif pada pandangan kita. Tiada bilik, cuma pondok kecil. Tapi itu memang kehidupan mereka. Ciri-ciri mereka pula ialah hitam manis, rambut berkerinting halus dan wajah bulat. Mommy akan cerita next entry perihal lawatan Mommy ke kampung ini.

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

Camping di tepi sungai Tembeling

Ini Mommy boleh katakan saat yang paling manis dan akan dikenang sampai bila-bila.

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

Masakan tidak, tiada tandas seperti kebiasaan kita. Jadi, kat mana nak buang air kecilnya?? Itu kira ok la air kecil, kalau air besar? Ya Allah.. Mommy doa sangat-sangat masa ni, jangan la Mommy sakit perut. Tandas yang ada di sini, berbumbungkan langit, dan berdindingkan lalang. Hahaha. Kenangan manissssss tu!

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek
Sibuk pasang khemah masing-masing

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

Mommy nak mandi sungai? Gerun. Hahahaha.. Ayamen pun tengok je tu.

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

Aktiviti malam untuk night walk tak dapat diteruskan kerana masing-masing keletihan, kekejangan kaki dan sebagainya. Mommy cuma mampu lepak depan unggun api sambil berborak dengan yang lain. Btw, masa ni kaki Mommy ok je lagi. Tak rasa apa-apa sakit.

Bersambung… Part 2

2 Replies to “‘DEKAT JE’ | KEMBARA KBBA9 KE TAMAN NEGARA PAHANG – PART 1”

  1. Seronok baca tapi tak tau la ada keberanian ke tak nak cabar diri joint aktiviti macamni..sebab daku bukan kaki lasak punya olang..

    1. YB Shehan says: Reply

      saya pun bukan kaki lasak. sekali join, yang tak lasak pun jadi lasak. cabar diri. tak rugi. terbaik sangat. plan lah bercuti ke taman negara. no regret!

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.