CARA SEMAK STATUS BLACKLIST SEBELUM KE LUAR NEGARA

CARA SEMAK STATUS BLACKLIST SEBELUM KE LUAR NEGARA

CARA SEMAK STATUS BLACKLIST SEBELUM KE LUAR NEGARA | Oleh kerana lebih daripada 820,000 rakyat Malaysia telah disenarai hitam ke luar negara , rakyat Malaysia boleh menyemak status imigresen semasa mereka melalui sistem semakan dalam talian Jabatan Imigresen Malaysia.

LANGKAH MUDAH UNTUK SEMAK STATUS BLACKLIST

LANGKAH-MUDAH-UNTUK-SEMAK-STATUS-BLACKLIST

 

1. Lawati http://sspi.imi.gov.my/sspi/

2. Masukkan no kad pengenalan anda

3. Klik butang “Semak”

4. Lihat keputusan semakan anda

Jika status anda “Tiada halangan”, maka anda tidak dihalang untuk ke luar negara.

Alternatif lain untuk semak status imigresen anda dan untuk mengetahui agensi kerajaan yang mana kah yang telah mengeluarkan perintah senarai hitam adalah dengan menghubungi Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) di 0388801000.

******

NAK MELANCONG KE LUAR NEGARA?

INTERNET AMAT PENTING KAN? APATAH LAGI KAKI TRAVEL YANG SUKA UPDATE INSTAGRAM, FACEBOOK SEMUA TU..

NAH.. JANGAN LUPA SEWA POCKET WIFI SAMURAI INI. TERBAIK!

PERLUKAN WIFI DI LUAR NEGARA (SEWA POCKET WIFI KE INDIA) RESIZE (1)

(Visited 27,598 times, 11 visits today)

90 thoughts on “CARA SEMAK STATUS BLACKLIST SEBELUM KE LUAR NEGARA

  1. Sesiapa yang planning nak ke luar negara, sama ada bercuti atau beribadah tu, elok semak awal-awal. Kalau sebab hutang pun, rasanya ambil masa juga nak keluarkan nama dalam list tu. Nak semak senang, tapi cara nak unlisted tu yang masih samar-samar.

      1. Saya dah check status tp tak ada apa-apa maklumat yg keluar… Dah masukan 12 digit no ic

  2. Setelah di semak diarahkan rujuk kapejabat imigrrsen berdekatan.saya dibebaskan dari bankrap bulan september lagi tapi tiada perubahan bila saya buat semakan.saya hendak kemekah untuk menunaikan umrah sekian terima kaseh.

  3. nama saya sudah clear dari istihar bangkerap tetapi dalam sistem masih lagi disekat dimana saya patut pergi bertanye samaada di pejabat insolvensi atau kepada peguam dan adakah patut saya serahkan sendiri surat clear name atau macamane mohon pencerahan

  4. jika blacklist (ada ccris & cctos) boleh keluar negara ke? dan baki hutang masih ada, dlm proses utk buat bayaran secara ansur2 ran. boleh advised? tapi tiada halangan pada website imigreesen

    1. ctos kalau dah bankrupt xble kuar negara.. ccris kalau under ptptn mungkin kena block juga. ccris selain ptptn rasanya tiada masalah. Cer semak lagi ye..

    2. Apa itu ccris dan ctos?

      Sebelum meluluskan pinjaman bank, kebiasaannya pihak bank akan menyemak dahulu senarai ccris dan ctos pemohon pinjaman. Sekiranya si pemohon mempunyai rekod bagi ccris atau cctos yang negatif pinjaman kebiasaannya pinjaman tidak akan diluluskan oleh bank.

      Ctos ini adalah sistem maklumat berkenaan rekod individu yang diguna pakai oleh institusi kewangan/perbankan. Ctos dimiliki oleh sebuah syarikat di Malaysia manakala CCRIS adalah dikawal oleh bank negara.

      Segala maklumat yang diperolehi berkenaan status perundangan atau kegagalan bayar dalam cctos adalah daripada institusi kewangan, syarikat-syarikat pemiutang atau firma guaman. Manakala maklumat yang terdapat dalam ccris diperolehi dari institusi perbankan atau institusi kewangan yang akan dicatatkan dalam laporan ccris.

      Segala maklumat individu akan dimuat naik dalam cctos secara data elektronik untuk rujukan dan semakan bagi pinjaman hutang dan segala hal berkaitan pinjaman.

      Berbeza dengan CCRIS yang akan menyimpan maklumat dalam tempoh 12 bulan sahaja. Manakala sebarang maklumat kebankrapan , tindakan undang-undang akan kekal dalam cctos sehinggalah mendapat pengesahan dari peguam untuk diketepikan.

      Antara maklumat yang boleh disemak dalam cctos:
      – nama/ no. Kad pengenalan/ no. Pendafataran syarikat.
      – maklumat berkenaan directorship dan maklumat perniagaan.
      – tindakan undang-undang.

      Bagaimana hendak mengenepikan rekod ccris dan cctos. Sekiranya anda mempunyai rekod buruk dalam ccris, contohnya dicatatkan pada setiap bulan anda gagal bayar 2 bulan bagi kenderaan. Cara untuk menghapuskan status ini adalah dengan melupuskan kenderaan seperti menjual dan menukar hak milik kenderaan tersebut. Maka semua rekod lama selama 12 bulan akan terpadam. Atau cara lain, anda kemas kini semula bayaran dan menantikan kitaran 12 bulan itu tamat.

      Untuk menghapuskan rekod dalam ctos. Sekiranya anda mempunyai rekod hutang atau tindakan undang-undang. Anda perlu menghubungi pihak pemiutang dan membuat penyelesaian. Kemudian, anda perlu mendapatkan surat pelepasan dari pemiutang dan salinannya diberikan kepada ctos.

  5. kalau ada saman polis kenderaan bole travel ? tp check xde halangan , masa buat passport pun pegawai tu x cakap pape pun dy ckp lepas yekew ? sebelum buat passport diaorang dah check dulu kn kita clear ke x ?

  6. Thanks for info.. Risau plak bila tarikh nak keluar negara tu tetiba kena blacklist. Sekarang masih ok.. huhu
    Saya rasa kena ke kaunter imegresen untuk betul2 confirm. Takut sistem ada ralat je..

  7. Klau blacklist, dlm negara masih boleh lagi kan? utk penduduk sarawak kalau masih dlm negara pakai ic je kan?

    1. dlm negara xde mslh klu blacklist. nak masuk sbh srwk ada form khas. Kecuali kerajaan negeri sana blacklist.. Kat sini tak dpt check samada blacklist ke x nama kita di sana.

  8. Ooo… mcm tu.. nak tanya, kalau kita bawa anak sepupu (penduduk sarawak) bawah 12 tahun bersiar (sarawak ke negeri lain), tak perlu apa² dokumen lain tak selain surat beranak / atau mykid?

    1. Assalam. Sy nk ke indon bulan 9 tahun ni dah cek kt web yg awk bagi, status ‘tiada halangan’. Tpi ada pinjaman ptptn dan belum buat bayaran lagi. Dah pergi pejabat ptptn utk tanya samada lepas ke luar negara atau tak. Mereka kata lepas je, takda masalah. Mereka dah tarik sistem cmtu. Sy cuma risau kalau tetiba tak lepas masa cek immigration kt airport nanti. Camna ye?

  9. Salam,saya ade hutang bank,bisnes loan .. Da 10 tahun lepas x dapat bayar, jumlah hutang 15k,tapi baki hutang tinggal 12k,sampai skrg x mampu bayar,saya dah dikira blacklist kn? Saya memang x bole keluar negara kn? Mohon pencerahan tuan

  10. salam..nk tnya..sy dh check laman ptptn tp tk blacklist tp bila sy masuk semakan imigresen dia bgtau sila rujuk jabatan imigresen berdekatan.

  11. Salam..sy nk ke medan 6hb april ni..bile check ade keluar sila rujuk ke pejabat imegresen terdekat..kalau sy diblacklist mcm mane nk bg clearkn nama tu?kalau nk clearkan nama ambik masa yg lama ke?sbb lg seminggu nk ke medan..tiket dah beli.

    1. kena segera semak dengan ptptn/imigresen. kalau tak, memang tak lepas nanti. cthnya kalau sangkut ptptn yg dh lama x byr, boleh consult utk byrkan kos aktif smula akaun ptptn tu. n ambil ujrah. ini benda serius. klu x, mmg burn tiket tu nt

  12. Tumpang tanya sikit kalau semasa membuat semakan di imigresen dan status disana memberitahu kita sila datang ke pejabat imigresen apakah maksudnya. Adakah kita akan ditangkap?

  13. salam ..sy nak buat umrah 23 hb ni..nama sy baru nak masuk ccrist ..chek online tiada halangan rasanya tiada apa2 masaalah ke?

  14. sy dh cek on9 alhamdulillah tiada halangan ..tp sy ragu2 sbb sy ad personal loan yg sangkut..so mcm mn tuk sy cek detail ye?perlu ke imigresen ke?atau jabatan lain?

  15. hi nak tanya, kami mahu pergi ke kuching, ada seorang penumpang dia blacklist bank. maksudnya bukan PTPTN. dia boleh pergi ke Kuching atau tidak. atau perlu dapatkan kebenaran pihak imigresen atau bagaimana. saya takut bila sampai di Kuching Airport dia tidak dibenarkan masuk ke kuching.

  16. saya ada blacklist Mara bermula 2016. 2018 baru saya tahu saya ada blacklist tu. kalau saya nk ke Thailanda rasa2 lepas tak? sbb dekat imig lepas, nk buat passport pun lepas. mohon penjelasan sis.

      1. Kiranya personal loan atau edu loan under Mara mmg Mara xkan blaclist dengan imigresenye..saya x berapa faham sangat..

  17. Hi , My name capture under CTOS for 1 court case with Kastam.
    Actually m not longer the director of the company from year Jan 2016 but the court case bring on year Jan 2017. I have email to CTOS with the updated SSM & court letter which my name not longer in the hearing. The CTOS requesting for release letter from the Kastam but Kastam request to use the letter from the court. Please advise what the next action i should take on this

  18. nak tanya..nama sy tiada halangan untuk keluar. tapi sy ade sangkut dgn ptptn. macammana ye? perlu cek dgn imigresen or ptptn?

  19. Kalau masih ada hutang dengan kastam berkaitan GST akan ada sekatan x?Dah check online tiada halangan tp takut juga…sbb nak ke luar negara mgu dpn.

  20. Saya blacklist bank islam, sebb acc saya digunakan untuk menipu org atas talian, adakah blacklist ini kekal, atau akan hilang bila saya settle kan kes?

  21. Saya nak pergi Umrah tetapi nak sama Di halang sbb Bankrupt tak bayar Pinjaman Rumah. Sekarang saya duduk rumah sewa dan sbb tak mampu bayar Hutang Pinjaman. Tak pergi Immigeresen sbb takut kena bayar. Ada cara penyelesaian ke?… Terima Kasih

    1. Sudah bankrupt ya? Cuba pergi ke insolvensi dulu, tanya pegawai di sana, ada procedure kna buat utk org bankrupt dptkn kebenaran untuk ke luar negara. Wallahua’lam.

  22. Saya ada hutang credit card,tp below rm3k..sy pun dh check kt website,mmg x de halangan.. so nak tnya, rasa2 lepas tak klu saya nak ke luar negara?

  23. Hi saya takde hutang mane2, tapi ada saman polis trafik+waran tangkap. cek website takde halangan tapi visa direjek. blh tau knp tak tq

    1. visa kena reject ada macam2 faktor.. encik boleh try google penyebab visa kena reject. salah satu ialah kurang lengkap docs, fail interview, sponsors x lengkap details, dan banyak lg

  24. Emegresen malaysia ngan Singapore sistem sama ker…
    Atau Kat malaysia kite Lepas…
    Tapi Kat Singapore plak sangkut…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!