CARA PERLI YANG SOPAN PERIHAL CANGKUNG ATAS TANDAS DUDUK

CANGKUNG ATAS TANDAS DUDUK | Pernah tak korang nampak kesan tapak kasut tatkala korang baru je nak duduk atas tandas duduk tu? Pernah? Mesti pernah kan? Jadi, selalunya apa yang korang buat?

  • Tukar tandas
  • Cuci
  • Letak tisu banyak-banyak

Apapun yang anda buat, termasuklah pelekat sticker jangan mencangkung, masalah manusia ‘kurang faham’ ni pasti sentiasa ada. Tension juga kan?

cara-perli-yang-sopan-perihal-cangkung-atas-tandas-duduk

CARA PERLI YANG SOPAN PERIHAL CANGKUNG ATAS TANDAS DUDUK

Kalau cara letak sign pun tak berkesan, jadi kena guna cara ‘lembut’ sikit. Pesanan ditaja oleh office Mommy. Rasanya pihak HR ambil dari Google juga. Hiii

Percaya ataupun tidak banyak dikalangan orang ketika menggunakan tandas, terpaksa naik dan mencangkung di atas tandas mangkuk untuk menghindari dari duduk di mangkuk tandas yang kadang kalanya untuk mengelak dari kekotoran.

Bagaimanapun tindakan ini akan mengakibatkan kita berada pada posisi yang sangat berbahaya. Mencangkung pada saat menggunakan tandas mangkuk duduk sangat dilarang, kerana bahannya terbuat dari seramik / porselein, tidak mampu untuk menampung berat seluruh badan pada satu masa.

Saya ingin berpesan pada mereka yang suka sangat mencangkung atas tandas duduk agar hentikan perbuatan anda. Ianya adalah kerana jika anda mencangkung, terdapat possibility untuk perkara di bawah berlaku.

posisi-betul-di-tandas-dudukposisi-betul-di-tandas-dudukposisi-betul-di-tandas-duduk

Keadaan yang terakhir sekali tu memang jarang berlaku tapi PERNAH berlaku. Jadi, sebelum kaki anda dipotong kerana cedera parah, adalah lebih baik jika anda belajar untuk menggunakan tandas duduk dengan betul.

P/S : Tandas di pejabat tidak digunakan oleh kakitangan sahaja, kerana tetamu dan pelanggan yang hadir juga ada menggunakan tandas syarikat.

Diharap anda semua memberi kerjasama yang baik demi menjaga imej dan kebersihan di pejabat.

Sentap ke Sentap?

Faham ke Faham???

Mommy harap, siapa-siapa yang buat perangai macam tu, ubahlah sikap tu. Nak guna tisu pun ok. Asalkan kebersihan terjaga. Oh ya. Nak tahu tak, kalau duduk di atas tandas duduk pun sebenarnya ada caranya. Posisi duduk ini berkesan terutamanya bagi mereka yang selalu ada masalah sembelit.

posisi-betul-di-tandas-duduk

Selamat beramal.

10 Comment

  1. huhuhu…tension gayanya…

    yg no 3 tu ngeri…

    kalau akak akan spare tisu pastu basahkan dan lap dulu..sental2 sikit..(eh asal aku jadi makcik cleaner ni?) pastu baru guna…

    penampilan blog baru…wow…caner buat iklan comel tu eh?

    1. html code je kak. letak tepi kat sidebar. jadi la comel. tgh cari cara nak ltk kt header. hmmm

  2. kat farmasi ada je jual alas macam tisu untuk duduk kat tandas macam tu.. memang tisu tu bentuk mangkuk tandas.. dalam 5 ringgit je macam tu lahh.. tp yoorin selalu standby sanitizer @ sabun dettol dalam handbag.. so, kalau dpt tandas macam tu, memg dok cuci laa dulu..

    1. YB Shehan says: Reply

      aah. tisu tu tahu. rasanya shehan last guna tahun 2009 dlu. lps tu x guna dah. x larat beli. hahaha

  3. hehe.. bagus peringatan mcm nii..

    1. ni nama dia perli beradab. hahaha

  4. SAKIT PLAK MONTOT SA BACA YANG NO 3 TUH…SEBAB TU KENA STANBY TISU TANDAS KLEENEX TU, LAP TEMPAT DUDUK TU SEBELUM GUNA..KAN?TYPICAL MALAYSIAN KADANG2 TAK FAHAM BAHASA..SENGAJA ADA LA CANGKUK ATAS MANGKUK TANDAS

    1. YB Shehan says: Reply

      itu lah. ada gak kes kaki masuk dalam lubang kan? tu kes cangkung la tu.. hehe

  5. bab cangkung dan pecah tu mmg ada. kite pernh tgok gmbr org putih punya muntot rabak sbb jamban pecah haha. ngeri nya!

    1. YB Shehan says: Reply

      ngeee.. sakit tu

Leave a Reply