BAYI ‘AJAIB’ TRAGEDI HIGHLAND TOWERS TIBA DI MALAYSIA

BAYI ‘AJAIB’ TRAGEDI HIGHLAND TOWERS TIBA DI MALAYSIA | Siapa masih ingat tragedi runtuhan Highland Towers? Mommy pernah kongsi KRONOLOGI TRAGEDI HIGHLAND TOWERS di sini.

bayi-ajaib-tragedi-highland-towers-tiba-di-malaysia (3)
Dan ketika kejadian tersebut (pada 11 Disember 1993), pembantu rumah seorang penghuni kondominium di Tingkat 7, Umi Rashidah Khoruman, 22, dan anaknya, Nur Hamidah Najib, 18 bulan, diselamatkan. Dan pada tahun tersebut, pegawai bomba ini (Penguasa Kanan Bomba II, Norizan Saad) menjadi perhatian apabila dia menyelamatkan bayi tersebut dan kini dia sangat berharap dapat bertemu dengan insan yang diselamatkannya itu.

bayi-ajaib-tragedi-highland-towers-tiba-di-malaysia
PUTRAJAYA 01 MARCH 2016. Gambar tragedi “Highland Tower” ketika temuramah khas bersama Penguasa Kanan Bomba II, Norizan Saad di Ibupejabat Bomba dan Penyelamat di Putrajaya. NSTP/FARIZ ISWADI ISMAIL.

BAYI ‘AJAIB’ TRAGEDI HIGHLAND TOWERS TIBA DI MALAYSIA

Impian bakal jadi kenyataan apabila bayi ‘ajaib’ tersebut tiba di KLIA hari ini.

Menurut hmetro:

Nur Hamidah Nadjib, 24, bayi ‘ajaib’ yang terselamat dalam tragedi Highland Towers, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di sini, jam 8.40 pagi tadi, untuk menemui pasukan penyelamat yang menyelamatkannya pada 23 tahun lalu. Hamidah bertolak dari Surabaya bersama tiga ahli keluarga lain kira-kira jam 5.10 pagi tadi. Turut menemani Hamidah adalah ibunya, Umi Rasyidah Khoiruman, 43, adik perempuan, Iftitahun Nabilah, 22, dan suaminya, Zahroni Ahda Ghoni Pratama, 26. Kehadiran mereka yang berasal dari Jawa Timur itu disambut bapa Hamidah, Nadjib Mustahar, 53.

bayi-ajaib-tragedi-highland-towers-tiba-di-malaysia

Hamidah dijadualkan menghadiri sesi temuramah khas bersama TV9 di Sri Pentas dan menemui pasukan penyelamat dalam tragedi itu hari ini.

Mommy kagum!

UPDATE : Hamidah dan ibunya dibawa berjumpa dengan Tuan Norizan yang kini bertugas Penguasa Kanan Bomba II Bahagian Pengurusan Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ditempat yang penuh bersejarah bagi mereka iaitu lokasi kejadian runtuhan Highland Tower.

Menurut Norizan, hasrat beliau dan tiga rakannya yang lain untuk bertemu dengan dua beranak terbabit yang diselamatkan mereka dulu, termakbul selepas 23 tahun atas usaha dan doa semua pihak.

Screenshot_2016-03-28-19-04-56-1

“Ada lagi empat rakan kami (yang babit dalam operasi) tidak dapat hadir tetapi akan ada pertemuan diatur esok,” katanya dipetik laporan Harian Metro.

bayi-ajaib-tragedi-highland-towers-tiba-di-malaysia (3)

Di dalam pertemuan itu, Nur Hamidah dan Umi Rasyidah juga dipertemukan dengan bekas majikannya iaitu Susan Tan, 76.

bayi-ajaib-tragedi-highland-towers-tiba-di-malaysia (3)

Tangisan sayu dan gembira mengiringi sepanjang pertemuan, malah kebanyakan yang hadir termasuk petugas media menitiskan air mata.

Huu.. touching Mommy!!

5 Replies to “BAYI ‘AJAIB’ TRAGEDI HIGHLAND TOWERS TIBA DI MALAYSIA”

  1. bomba tu memang teringin nak jumpa budak tu.. akhirnyaaa… ^_^
    yoorin recently posted…Kenapa Best Sangat EPHYRA SKIN NANO – SERUM ni ekk??My Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      Tu la pasal..

  2. masuk tv ke? bila? rancangan ape?hihih
    Izzati Suhaide recently posted…Aku Yang Semakin KurusMy Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      Akk kan dah berita.. hehehe

  3. siyesly masa i baca kisah ni kat paper terus berlinang airmata..sedih giler..
    Suriaamanda recently posted…Anggun Sungguh Jihan Muse Dalam Persalinan TraditionalMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.