PATUTLAH TAK SEDAP HATI

TAK SEDAP HATI | Sejak dari pagi, hati Mommy ni dubdab.. dubdab.. Tak tahulah kenapa.

Hantar HDAE ke tadika, diiringi tangisan taknak ke sekolah dari AE macam biasa, masih tidak mampu menghilangkan keresahan hati.

hannah-damia-ariq-emir-hdae-little-caliph
Budak kecik takmo gi tadika

Masuk office, buat kerja macam biasa, cuti panjang ni Mommy yakin mesti data Facebook company down. Hmmmm.. Inilah susahnya nak jaga media sosial. Huwaaa. Insight data kena sentiasa memberansangkan.

Mommy ingat, bila dapat soft copy semua watermark dari designer favourite Mommy serta soft copy business card (gambar di bawah ini), hati Mommy akan tenang.

shehanzstudio-mommys-diary-of-life
Front view of my ‘BLOG’ card

Namun.. tidak tenang juga.

Sehinggalah jam 3 petang, Mommy dikejutkan dengan berita salah seorang officemate Mommy pengsan. Lama rupanya beliau pengsan tapi masing2 ingat beliau berehat sebab sakit kepala. Berkejaran Mommy dan 2 orang lagi staff ke Klinik. Awal2 lagi Mommy dah info yang Mommy akan drive laju2. Memang dah macam F1 dah kot Mommy pecut. Ye lah.. budak tu rasanya tak sedar dah lebih 10 minit! Biar betul laaaa budak ni.

Jadi bila sampai ke Klinik, doc tekan2 dada, tapi beliau masih tak sedar. Ohmai. Dah kenapa la budak ni. Bila doc sarankan ke Hospital, Mommy dah get ready nak keluar dah dari klinik, tetiba officemate Mommy tersedar dari pengsan. Phewww! Doc dah check dan masukkan air. Mommy tinggalkan beliau dengan saudara beliau yang datang. Urusan ubat semua mereka akan selesaikan memandangkan kami perlu kembali ke pejabat. Mommy harap officemate Mommy tu cepatlah sihat.

Dalam perjalanan pulang, inilah kemuncak debaran Mommy rasanya. Di mana Mommy ternampak sendiri ada kemalangan di sebelah jalan di mana penunggang motosikal bersama pembonceng melantun bagaikan anak patung. Terhempas ke jalan dan terus diam tak bergerak. Allah. Motor remuk. Kereta yang masuk ke arah simpang tu pun remuk sebelah pintu penumpang. Mommy yakin memang salah kereta tu pun. Laju dan sekelip mata. Dan Mommy masih terbayang-bayang lantun dan hempas tu. Tskkk.

Teringat zaman Mommy kemalangan tahun 2008 di mana sebuah kereta menyelit masuk naik ke flyover dan Mommy tak sempat mengelak. Tergolek-golek atas jalan dan kesannya otot lutut ‘tercabut’. Sehingga sekarang lah kesakitan itu masih terasa. Teringat kemalangan tadi, bagaimana nasib pembonceng yang tak bergerak tu. Tskkk.. Moga selamat hendaknya.

Harap-harap itu sahaja perasaan tak sedap hati Mommy hari ini. Jangan la ada yang lain. Hmmm.

8 Replies to “PATUTLAH TAK SEDAP HATI”

  1. allah gerakkan hati kita benarnya…tu pasal bedebar-debar lain macam…..tahniah …awaa dah jadi driver ganti schumi…..
    saidila recently posted…Kempen Perangi Dadah Habis HabisanMy Profile

    1. Itulah. Schumi pun belum arwah lg, dah nampak pengganti ni..

  2. nasiblah semalam jalan raya sunyi, bolehlah bawak laju, kalau jem…sempat kawan tersedar dulu baru sampai
    FR & Majistret recently posted…Belum Terbuka Hati Untuk BertudungMy Profile

    1. x paham la. hahahaha

  3. fuuuh dahsyat.. bab kemalangan ni sy blh dianggap hero juga lah… banyak kali sgt accident jalanraya. dengan motor ada, dengan kereta pun ada. tp yg paling dhsyat dan tak dpt dilupakan adalah accident dengan kereta 10 tahun yg lalu. kereta total loss. claim insurans dpt kereta baru. 6 bulan bedridden… perghhh.. nasib baik masih diberi kesihatan dan kudrat seeprti skrg.

    1. nasib baik umur panjang.. amin

  4. ofismate laki ke perempuan… Sebelum nie pernah pengsan x?
    Bro Framestone recently posted…Luahan Hati Seorang Blogger – Part 45 : Blogger Otai Malas Balas Komen BlogMy Profile

    1. Rs mcm pnh. Tp ni smpai tahap jantung laju n x sedar diri agak lama. Ada nadi tp x respon..

Leave a Reply

CommentLuv badge