KRONOLOGI KES 4 SAHABAT HILANG DITEMUI MATI LEMAS

KRONOLOGI KES 4 SAHABAT HILANG DITEMUI MATI LEMAS | Sedih bila Mommy baca kisah 4 sahabat hilang ditemui mati lemas baru-baru ini. Lagi ralat bila baca luahan bapa salah seorang dari mangsa yang beliau hampir setiap hari, siang dan malam memandu mencari anaknya yang hilang. Huwaaa. Nak nangis. Sobbsss.

Menurut bapanya, sepanjang pencariannya, beliau tak terlintas nak mencari di sungai, tempat mereka ditemui.

kronologi-kes-4-sahabat-hilang-ditemui-mati-lemas
Sumber : The Star

Selain Nik Shakir Zufayri, 21 tahun, 3 lagi sahabatnya iaitu Luqman Jainie, 21 tahun, Abu Izzani Abu Bakar, 21 tahun, Muhammad Asyraf Isa, 21 tahun disahkan Meninggal Dunia 17 Februari 2016

Kronologi Kes 4 Sahabat Hilang Ditemui Mati Lemas

10 Februari 2016: Kesemua 4 sahabat yang berusia 21 tahun telah bertolak dari Bandar Seri Alam pada jam 9.30 Malam Rabu ke Terengganu untuk bercuti. 2 Jam selepas itu, kesemua mangsa gagal dihubungi oleh ahli keluarga

11 Februari 2016: Laporan polis dibuat mengenai kehilangan kesemua 4 mangsa

17 Februari 2016: 4 mayat dengan kenderaan mereka “JEB9978″ ditemui orang awam dalam sungai di Jalan km50 jalan kota tinggi-mersing pada jam 10.00 pagi. Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia akibat mati lemas sejurus kenderaan yang dinaiki mereka terbabas. Kesemua mayat telah dijumpai selepas 7 hari hilang.

kronologi-kes-4-sahabat-hilang-ditemui-mati-lemas

Doa Mommy, moga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. Moga keluarga arwah bertabah. Alfatihah.

4 Comment

  1. innalillahiwainnailaihirojiun..moga syurga tempat mereka..

    1. YB Shehan says: Reply

      amin..

  2. sebak rasa… td ada baca status mak salah sorang arwah.. =( dah la anak bongsu..terasa betul kehilangan dia…

    1. YB Shehan says: Reply

      kan.. Allah syg anak dia

Leave a Reply

CommentLuv badge