DLAILA SUPPOWER : MEE UDANG TERBAIK DI NILAI, KINI TAMPIL DENGAN BUBUR NASI BERLAUK

DLAILA SUPPOWER : MEE UDANG TERBAIK DI NILAI. KINI TAMPIL DENGAN BUBUR NASI BERLAUK

Cayalahhhh. Akhirnya Mommy berjaya jejakkan kaki ke kedai kak Laila yang best ni. Dah lamaaaa sangat mengidam nak pergi. Apatah lagi kami selalu sangat berborak dalam grup Lembah Klang tu. Rasa macam rapat sangat-sangat masing-masing. Jadi, demi persahabatan, Mommy teruskan sokongan Mommy terhadap perniagaan Kak Laila.

Dan menjadi tugas Mommy, andai apa yang Mommy buat tu, Mommy suka dan jatuh cinta, pasti Mommy akan heboh merata-rata. Hiii. Ini bukan nak saja2 puji ye. Ini betul-betul. Terbaik tak, parking kereta pun betul-betul depan MMA.

mma-santai-corner-mee-udang-terbaik-di-nilai

MEE UDANG TERBAIK DI NILAI

Ini apa yang Mommy dan Daddy order hari tu (Jan 24, 2016)

Ini yang Daddy order, Mee Udang Saiz L.

mma-santai-corner-mee-udang-terbaik-di-nilai

Ini yang Mommy order, Mee Udang Saiz M.mma-santai-corner-mee-udang-terbaik-di-nilai

Mommy lapar sangat kot, sampai pic Mee Udang ni pun gegar. Hahaha. Pakai fon pun kena guna tripod ke apa kalau lapar?

Daddy punya menghayati mee udang ni, sampai licin der. Kuah pun dia hirup. Siap remind Mommy, nanti kita bawa family ke sini. Hee. Mommy makan, sampai hari ni masih terasa kesedapan tu. Pernah Daddy offer makan mee udang tempat lain baru-baru ini, Mommy dengan segeranya reject. No one can beat this one. Dah macam makan masakan mak gitu. Hiii

KINI TAMPIL DENGAN BUBUR NASI BERLAUK

Masa Mommy pergi tu, Ariq baru je baik dari demam. Dah banyak hari kurang selera makan. Salah satu sebab juga Mommy pergi sebab nak merasa bubur berlauk kak Laila.

Memandangkan HDAE ini makan simple2, Mommy cuma mintak bubur nasi bersama ayam yang diracik sahaja.

mma-santai-corner-mee-udang-terbaik-di-nilai-bubur-nasi-berlauk

Rasa dia.. Huu. Memang  nak nangis. Sedap kot. Mommy pula yang over suap kat mulut sendiri. Hii. Ariq selera betul. Selepas beberapa hari tak selera makan. Alhamdulillah.

Cuba tengok antara lauk yang disediakan untuk bubur nasi ini. Terliurrrrr.. Rasa nak terbang je ke Nilai sekarang. Menurut kak Laila, bubur nasi dimasak selama 2 jam tau. Fuh.. Jeles tau siapa yang stay dekat2 MMA ini.

mee-udang-terbaik-nilai

Mommy ni, kalau makanan tu sedap, jauh pun sanggup redah. Memang kami pergi ni semata-mata ke MMA Santai Corner je tau. Korang nampak Dlaila Suppower tu, sah la tu Kak Laila punya kedai. Yang Mommy belum sempat rasa lagi ialah asam pedas dan telur ikan mayong tu.. Hmmm..

mma-santai-corner-mee-udang-terbaik-di-nilai

Terbaik kak. Moga perniagaan akak sentiasa berkembang maju. Akhir kata, jom belanja saya pergi Vietnam? Nak ikuttttttttt.. Hahahaha

6 Replies to “DLAILA SUPPOWER : MEE UDANG TERBAIK DI NILAI, KINI TAMPIL DENGAN BUBUR NASI BERLAUK”

  1. alahai… taknak kawan shehan la….

    1. Hahaha.. kawan la.. kawan la..

  2. Huhuu… Rindu nya Mee Udang Kak Laila.. Mmg power!
    Nina Mirza recently posted…Resipi Congo Bar … Sedap! Sukatan cawan ni tak susah pun nak buatnya…My Profile

    1. Kan.. tringat2 lagi ni. Padahal pegi bln 1 hr tu.. huwaaa

  3. tak tahan tengok gambar bubur nasik tu..aih..hehe
    permohonan upu recently posted…Permohonan UPU Ke UA IPTA/Politeknik/ILKA Sesi 2016/2017My Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      hehe.. tu belum makan lagi tu.. sure menangis kesedapan..

Leave a Reply

CommentLuv badge