9 TIPS FIRST DATE UNTUK LELAKI

9 TIPS FIRST DATE UNTUK LELAKI | Menyahut cabaran acik akupenghibur.com, Mommy nak cuba kongsi tips perihal CINTA hari ini. Tapi lebih kepada Tips untuk sang jejaka ketika pertama kali nak dating.

TIPS FIRST DATE

1. Tolong jaga jarak anda

Tiada istilah manja atau mesra dalam first date! Kalau dari mula lagi anda cuba rapat2, dijamin gadis tu berfikir anda seorang yang miang dan punya niat jahat! Cool down. Rilek.

Benarlah kata Sohaimi Meor, Ana Rafali & Altimet“Boleh pandang-pandang. Jangan pegang-pegang. Duduk renggang-renggang. Bertambah sayang”

2. Tolong jangan sentuh si dia

Amboi.. First date dah nk pegang-pegang? Nak kena lepuk?

Hello.. Nak gegirl open minded pun, jangan sangka semua gegirl boleh accept lelaki pegang-pegang ni. Starting tu, biarlah berpada2!!

Lagi sekali benarlah seperti lagu tadi. Hii

3. Tolong jangan gelabah

Adoi.. Ini kategori semua benda yang ada depan mata, nak dipegangnya. Gelas la, bunga la, kain lapik meja la, usha tmpt lain la! Adoi, Tenang! Cool! Both malu kot waktu tuh. Tapi, gegirl nih, suka sangat org yang tenang, nampk cool & ada karisma sebagai lelaki pelindung. Aumm. Eh.

4. Tolong elak terlalu jadi burung belatuk

Maksud? Memang la gegirl suka lelaki yang mampu jadi pendengar yang baik, tapi kalau semua cerita asyik angguk-angguk geleng-geleng ja.. macam mana tu? Bukan tak boleh, cuma, jgn TERLALU KERAP sangat angguk tu.

Angguk2, geleng2, tunduk2, ikut telunjuk iya2, saya2, kiri kanan ikut saja. Kita tunduk pabila diketuk. Biarkan terhantuk tak usah dipujuk – Ahli Fiqir pn dh bg nasihat jugak!

5. Ikuti topik

Hmm.. kalau dah over excited sgt, mula la nak show off yang dia pandai semua isu. Sampai kadang-kadang cakap luar topik. Dik oii.. Fokus!! Fokus!! Cakap yg perlu sahaja & ikut topik yang tengah dibicara.

6. Jangan bertanya soalan yang TERLALU PERIBADI

Tau apa penilaian gegirl tu? Anda busy body. Kali pertama jumpak pun, tak menyempat nak tanya semua. Dik oii.. rilek suda.. Tanya yang biasa2 je dulu. Masa kan masih ada lagi. Tunggu je next dating. Macam blogging la, bukan ke ramai bloggers kasi tips, jangan humbankan semua, nanti orang dah tak minat nak baca. Better buat macam siri. Macam tu jugak lah isu soalan2 dalam dating. Biar nampak misteri gitu!

7. Bangkitkan hal remeh temeh

Haa… yang ni memang nak kena torture!!! Sila abaikan lipstiknya yang terlaluuuu merah, baju tak matching, kasut tak ngam, rambut atau tudung serabai. Abaikan!! Itu diri gegirl yg sebenar. Ala, lama kelamaan, orang boleh berubah kn?

Pengalaman Mommy, Mommy adalah seorang yang agak tomboy. Tapi, bakal suami Mommy waktu tu, ubah Mommy satu persatu. Dia tak kisah pun pada mulanya bila dating je, ngan kasut sport Mommy lah, kemeja kotak lah, gaya tak ubah persis jantan. Huhu. Namun, kerana sayang, Mommy ubah sendiri penampilan Mommy & now, Mommy tak lekang dengan makeup, handbag, etc. So, terimalah gegirl itu seadanya.

8. Mengerling wanita lain

Tolong lagi sekali. Fokus. Fokus pada hubungan yang bakal terjalin itu. Pendapat gegirl tu mungkin mengatakan yang korang tu BUAYA yang obviously pantang tgk mangsa. Mengerling hanya buatkan anda nampak seperti seorang yg tak boleh dipercayai & playboy. Ok?

9. Ambil kesempatan

Haaa.. Yang ni paling kronik. Belum apa2, dah ajak pergi rumah, masuk bilik & nak ehmm.. Adoiii.. Gegirl, jagalah maruah anda. Buat Boboy, sila lah jaga gegirl itu & hormat dia spt mana anda hormat ibu anda.

Tq for reading.

Gegirl.. mohon jangan macam ni. Kihkih.

9-TIPS-FIRST-DATE-UNTUK-LELAKI

2 Replies to “9 TIPS FIRST DATE UNTUK LELAKI”

  1. Dah lama tak dating..tak tau rasa camne dating tu..hee

    1. Heheh.. cpt kawen. Nt rs la

Leave a Reply

CommentLuv badge