WAJAH BARU SHEHANZSTUDIO.COM

Salam. Wuhuu! I’m back. With brand new look blog. Sekarang, apa yang anda view inilah WAJAH BARU SHEHANZSTUDIO. Walaupun sedih tapi Mommy yakin ia berbaloi.

WAJAH BARU SHEHANZSTUDIO.COM

Blog yang berimej seperti di bawah sebelum ini dah tiada ya kawan2. Sekarang Mommy gunakan platform wordpress pula. Banyak juga Mommy perlu belajar selok belok mengenai wp ini. Cuma warna kuning tu tak boleh nak tinggal. Bukan sebab minat, bukan sebab Mommy otak kuning, tapi sebab jiwa rasa macam KENAAAAAA je. Paham tak? Hiii
blog-shehanzstudio-baru
Alhamdulillah, semua proses transfer berjalan lancar. Ambil masa juga (SEJAK 19 Jan 2016) la sebab content blog Mommy memang besar. Hari ini (21 Jan 2016) baru boleh mula update blog. Content blog Mommy ada almost 2 ribu entry. Belum masuk bab gambar yang hampir penuh storage. Huhuhu. Nampak tak di situ yang Mommy memang GILA GAMBAR!

KENAPA BERTUKAR PLATFORM?

Keputusan Mommy ini dibuat secara tiba-tiba sebenarnya. Nak ‘korbankan’ blog kesayangan Mommy yang platform dari blogspot ke wordpress bukanlah sesuatu yang mudah untuk diputuskan. Tak mudah. Nak decide, kena ada kekuatan diri. Tapi kenapa TIBA-TIBA? Nak kata tiba-tiba dapat mimpi tu tidaklah. Tapi Mommy berbekalkan ilmu sebenarnya. Ilmu yang dikutip daripada kelas SEO yang dianjurkan oleh MYSCREATIVE baru-baru ini sedikit sebanyak buat Mommy terbuka hati untuk belajar lebih lagi perihal wp.

KELAS SEO dan APAYBMAKAN.COM

Mulanya niat belajar kelas SEO ini untuk blog wp Mommy yang lain. Nak beritahu kat sini ke blog WP Mommy yang baru tu? Baca tajuk ke tidak ni? Hihi.. Ok linknya ialah APAYBMAKAN.COM. Blog ini masih baru. Sejak November 2015 lagi. Tapi, idea asalnya lebih kepada DIARI apa yang YB makan. YB tu Mommy la. Hii. Dan blog yang ber ‘niche’kan FOOD itu lebih kepada nak belajar SKILL FOOD PHOTOGRAPHY. Banyak lagi perlu dibaiki dari segi content segala. Tapi Mommy nak fokus kepada IMAGE SEO. Sebab tu Mommy pergi kelas. Dan ilmu dari kelas ini juga sedikit sebanyak mempengaruhi Mommy untuk dapatkan lebih ilmu perihal wp untuk dipraktikkan di shehanzstudio.com (dah ada minat di situ masa tu, tapi masih 50-50).

KELEBIHAN MYSCREATRIVE

Once Mommy join kelas MYSCREATIVE dimana tenaga pengajarnya ialah orang yang memang Mommy kenal sebelum ini lagi, En Sohoque dan En Hafiz, Mommy dapat ilmu agak banyak perihal teknikal WP dan juga writing skill. Writing skill ini kalau nak gunakan di mana-mana platform pun tak kisah sebenarnya. Once ada ilmu tersebut, memang senang. Dan kelebihan Myscreative ini ialah, sejurus selepas tamat kelas, khidmat mereka tidak berhenti di situ. Siap ada LIFETIME SUPPORT GROUP lagi. Berbaloi-baloi!! Kalau anda nak ke kelas mereka, silakanlah KLIK website myscreative.com ini. Terima kasih atas ilmu dan sokongan berterusan seumur hidup ini Mommy harap. Hii.

Moga kalian enjoy blog Mommy. Maaf tiada lagi butang follower macam zaman blogspot dulu. Boleh subscribe blog Mommy melalui email di sidebar ok? Terima kasih daun keladi. Kalau boleh datang hari-hari. I love uols.

21 Replies to “WAJAH BARU SHEHANZSTUDIO.COM”

  1. Fewittt.. Blog makin mantap. Fewit.. Fewit. Hehehe
    Hafiz Rahim recently posted…WhatsApp MengalahMy Profile

  2. Tahniah Shehan…
    Kak Nina pun baru dalam wp ni. Kita belajar sama-sama lah yaa….
    Blog baru ni cantik, kemas, nampak matang 😉
    Nina Mirza recently posted…Resepi Lepat Pisang mudah | menu ringkas minum petangMy Profile

  3. saje komen sebab nak bagitahu dah boleh buka blog YB.. hehehehe.. 🙂

    semoga terus success…!

    p/s : nice.. kemas.. i like.. *kenyit mata*.. hihihihii..

  4. semakin ke arah blogger fofular ni..wohoaa! ^_^

  5. lifetime support group tu yg berbaloi-baloi ye tak.
    nampaknya tahun 2016 YB akan bertambah dan berlipatganda sibuk dengan hal-ehwal pengurusan blog.

    moga sukses

  6. Kemas weh! Suka tengok.
    Good luck babe!

    Finally tau blog baru. Hahaha.

  7. Hahaha kak DYatie
    Dapat tau jugak eh wp baru tu.. hii

  8. 1 peningkatan…hehehe..terbaikk

    1. Suka ke tak suka? Hihi. Tq

  9. Nak komen jugak sebab nak bagitahu dah boleh buka blog Kak She 🙂

    P/s: Semoga lebih maju jaya di amsa akan datang. Go go mummy 🙂
    Nurul Shahira recently posted…Jimat Berganda Shopping Online Di CouponBelanja Tahun Baru Cina IniMy Profile

    1. Yeay. Tq Sha. Amin

  10. Perghhhh dah wordpresss!!! Tahniahhh kak! Ena je nak tuka hosting tak tertukar lagi

    1. Hihi.. Tq. Cpt2 la tuka tu. Hii

  11. Waahh. Mcm menarik je..kne menuntut juga ni.

    1. YB Shehan says: Reply

      X rugi pergi menuntut. Berbaloi2

  12. Semoga terus berjaya.. saya masih kekal pada Bs.. hehe.. beginner2 cm saya ni nnt blh bljr dr yg dh WP.. hehe..

    1. YB Shehan says: Reply

      Amin. Tq for your doa

  13. semoga bertambah maju jaya….blog yb memang berpotensi untuk menjadi tops blogger dan media influencer

    1. YB Shehan says: Reply

      Amin. Tq kak

  14. Terbaiklah blog kak she..maju setapak kehadapan

    1. YB Shehan says: Reply

      Tq mai.. hihi

Leave a Reply

CommentLuv badge