VIRUS ZIKA : AMARAN TERHADAP WANITA HAMIL

VIRUS ZIKA : AMARAN TERHADAP WANITA HAMIL | Salam. Mommy terkesan dengan berita hari ni mengenai Virus Zika iaitu satu virus bawaan vektor nyamuk. Mommy harap virus ini tidak menular ke Malaysia. Oh Allah. Help us!
zika-virus-danger
Petikan berita : Kira-kira 80 peratus jangkitan tidak menunjukkan sebarang gejala. Namun kebimbangan terbesar adalah kesannya ke atas bayi yang berkembang dalam rahim. Ada kira-kira 3,500 kes mikrosefali (bayi dilahirkan dengan otak kecil) di Brazil sejak Oktober lalu. PAHO memberi amaran terutama wanita hamil supaya “berhati-hati” dan berjumpa doktor sebelum dan selepas mengunjungi kawasan dijangkiti virus terbabit. Selanjutnya di bharian

APAKAH VIRUS ZIKA

  • Secara amnya, Virus Zika adalah satu virus bawaan vektor iaitu nyamuk daripada spesies “flaviviridae” dan disebarkan oleh nyamuk aedes. Pada kebiasaannya, nyamuk ini akan aktif pada waktu pagi.
  • Antara simptom yang akan terjadi jika terkena gigitan nyamuk ini ialah mirip akan jangkitan virus iaitu sakit kepala, “rashes” (kemerahan), demam, keletihan, mata kemerahan, kesakitan pada sendi.
  • Apa yang paling ditakuti adalah apabila para pengkaji sains telah menemui satu “link” antara kecacatan kongenital sewaktu lahir dan virus ini yang di namakan sebagai gejala “microcephaly” iaitu kekecilan kepala pada bayi yang baru dilahirkan.

RAWATAN

  • Setakat hari ini, tiada ubatan mahupun vaksin yang berjaya bagi menangani perkara ini. Rawatan yang di berikan adalah rawatan simptomatik sahaja.
  • Tambahan lagi, “ubatan” terbaik bagi mengelak terkena penyakit ini adalah dengan mencegah.
  • Pencegahan adalah sama seperti pencegahan membasmi penyakit denggi di mana iaitu dengan memusnahkan tempat pembiakkan nyamuk.
  • Ibu yang mengandung dinasihati agar tidak melawat pada negara negara yang diwarna di dalam gambar. – Sumber : Pen. Peg. Perubatan

virus-zika-bahayavirus -zika-nyamuk
NEGARA TERSENARAI

AFRICA
Angola
Burkina Faso
Cameroon
Cape Verde
Central African Republic
Cote d’Ivoire
Egypt
Ethiopia
Gabon
Gambia
Kenya
Nigeria
Senegal
Sierra Leone
Somalia
Tanzania
Uganda
Zambia

AMERICAS
Brazil
Colombia
El Salvador
French Guiana
Guatemala
Guyana
Haiti
Honduras
Martinique
Mexico
Panama
Paraguay
Puerto Rico
Suriname
Venezuela

OCEANIA/PACIFIC ISLANDS
Cook Islands
Easter Island
Federated States of Micronesia
French Polynesia
New Caledonia
Samoa
Solomon Islands
Vanuatu

ASIA
Cambodia
India
Indonesia
Malaysia (p/s : Malaysia dalam keadaan berjaga-jaga – dalam pemerhatian CDC antarabangsa)
Pakistan
Philippines
Thailand
Vietnam
Sumber : CDC

TINDAKAN KITA

  • Tolong bagi kerjasama andai ada pihak berkaitan merancang lakukan semburan serangga / fogging di kawasan kita. Macam kawasan rumah Mommy memang kawasan berisiko tinggi untuk Aedes. Dan redha je kalau mereka datang fogging.
  • Jangan buang sampah sesuka hati. Jaga kebersihan sekitar rumah.
  • Periksa tiada takungan air di kawasan rumah, luar mahupun dalam rumah. Nyamuk memang suka tempat gelap dan air adalah tempat mereka membiak dengan cepat.

Moga kita terselamat dari virus-virus bahaya seperti ini. Amin.

4 Replies to “VIRUS ZIKA : AMARAN TERHADAP WANITA HAMIL”

  1. Fuuuh virus baru ni…

    1. yup. Malaysia dlm keadaan berjaga2. ini memang baru. hmm

  2. cantiknya wordpress dia…..

    1. YB Shehan says: Reply

      mekasih. biasak2 saja

Leave a Reply

CommentLuv badge