SEGMEN IRRAYYAN | SEJARAH BLOG SHEHANZSTUDIO.COM

SEJARAH BLOG SHEHANZSTUDIO.COM | Ini wajah baru blog shehanzstudio.com. Kenapa wajah baru? Apa maksud wajah baru. Sebenarnya, Mommy dah bertapak dalam arena blog ni sejak 2009 lagi dengan menggunakan platform blogspot. Dan baru-baru ini, Mommy buat keputusan untuk tukar ke platform wordpress. Mommy ada cerita di SINI kenapa Mommy buat keputusan tersebut. Inilah sebabnya Mommy gelarkan wajah baru.

Asal usul blog shehanzstudio.com pun Mommy dah banyak kali juga rasanya post dalam blog ini. Antaranya post ASAL USUL NAMA SHEHANZSTUDIO ni. Jemputlah baca.

Kadang-kadang Mommy terfikir, kenapa Mommy tak sedar kewujudan blog ni dari zaman universiti lagi. Rasanya life universiti Mommy penuh dalam friendster je masa tu. Sayangnya semua memori itu dah tak boleh tengok dah. Friendster dah jadi hub game pun. Kalaulah masa tu Mommy dah ada blog, mesti lagi banyak Mommy dah story dalam blog ini. Cuma 1 kenangan masa universiti ialah Mommy create nama Shehanzstudio untuk work station Mommy di universiti. Di situlah segala-galanya Mommy buat. Hadap PC, hadap business printing hasil inisiatif sendiri, kendalikan business topup. Wah. Macam-macam Mommy buat dalam bilik Mommy tu. Dan nama Shehanzstudio tu Mommy abadikan untuk blog ini.

Mommy create blog ini tahun 2009 sebelum Mommy kahwin lagi. Tapi kurang aktif. Finally selepas nikah, barulah Mommy aktif. Sehingga sekarang. Dari Lifestyle Blogger sehinggalah macam-macam pecahan niche lagi dalam blog ini. Perasan tak niche blog Mommy yang ada kat banner tu start dengan Health? Entri berkaitan Health memang sangat banyak dalam blog ini memandangkan dulu, anak Mommy selalu sakit dan Mommy akan buat research sendiri dan berkongsi untuk pedoman orang lain juga. Entri yang paling femes berkaitan proses Steaming & Percussion (tepuk) untuk kes batuk flu dan kahak, dan kaitan dengan Klinik Wangsa Dr Nadir. Entri tersebut memang hit sangat-sangat dari 2011 lagi. Alhamdulillah banyak membantu orang sehingga sekarang. Sedikit sebanyak Mommy pecahkan lagi entry dalam blog Mommy ni kepada niche lain seperti Parenting, Food dan Beauty.

Dan tahun lepas, bulan 8, 2015, Mommy dijemput menyertai Kelab Blogger Ben Ashaari dan KBBA Lembah Klang dan dari situ banyak sangat ilmu baru berjaya Mommy kutip. Berkenalan pula dengan team EFG yang banyak membantu dari segi ‘dalaman’ blog.  Dari tak kenal apa maksud GA, UV, PV, kini.. Alhamdulillah.. dengan ilmu2 hebat daripada team2 ini, Mommy berjaya ‘menjual’ penulisan melalui blog ini.

Itulah sedikit sebanyak sejarah blog Mommy ini.

Korang ada cerita jugak ke? Kongsi la kat komen Mommy juga tau. Boleh la baca sekali. Mekasih.

SEGMEN IRRAYYAN | SEJARAH BLOG SHEHANZSTUDIO.COM

Kalau korang nak join SEGMEN IRRAYYAN macam Mommy ni, boleh klik banner di atas.

#SAYAJUAL #ROSETYARA

SERENDAH RM30 SETIAP BULAN

5 Comments

  1. 1stly thanks for joining this segmen. Ececeh mommy irra speaking pulak. 2ndly, knowing u, irra boleh pinjam semangat tuk terus maju jaya dlm bidang ni. 3rd, tahniah sebab dah lama berada dalam dunia blog. Semoga terus maju jaya! Tq she

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.