NAMA ANAK PANJANG, PATUT RASA BERSALAH ATAU TIDAK?

NAMA ANAK PANJANG, PATUT RASA BERSALAH ATAU TIDAK? | Salam

Hai Wan Qaisara Syafiqah binti Mohammad Hosni
Hai Dania Irdina Kasmawati Melur binti Mohd Imran
Hai Mohammad Irfan Hasmawi bin Ahmad Idham Haqiqi

Anda rasa macam mana?
Panjangnya laaaaaaaa..
Nama di atas tu nama rekaan sahaja. Kalau tersama nama anak uols, minta maaf la ya.

Itulah trend masa kini. Nama anak panjang-panjang. Itu belum lagi yang jenis susah nak eja. Kadang-kadang tu rasa macam nama dalam novel je. Mak ayah baca novel kot?

Even Jabatan Pendaftaran Negara pernah mengiktiraf nama Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Binti Airol Anizam sebagai nama terpanjang pernah didaftarkan di JPN. Dasyat tak dasyat? Bayangkan seumur hidup dia kena bawa nama tu. Mommy tengah imagine dia tulis nama kat kertas peperiksaan. Hmm. Unik tu, memang unik la..

Letih nak ingat? Itu mungkin akan dialami punya. Last-last, mesti ada nama pendek je yang dipanggil.

Kadang-kadang rasa bersalah juga bagi nama anak-anak panjang ni. Bukan Mommy nak hina, tapi bila dah mengalami perasaan PENATNYA NAK TULIS, PANJANGNYA NAK TULIS, belum lagi anak-anak sendiri yang kena tulis sepanjang hidup, buat rasa macam.. adoi.. maafkan Mommy.

Nama anak-anak Mommy tak susah nak ingat tapi boleh tahan panjang juga.

HANNAH DAMIA BINTI HARIS ANUAR
ARIQ EMIR BIN HARIS ANUAR

nama-anak-panjang-siapa-patut-dipersalahkan

Panggil Hannah dan Ariq. Nak tulis, bukan main panjang. Kadang-kadang jadi malas nak tulis BINTI kat belakang nun. Hahahaha.

Tu la, nak rasa bersalah ke macam mana?

Nama tu doa. Mommy faham setiap nama yang diletakkan tu mesti ada maksud tersendiri. Mommy bukan nak hina, sedangkan nama anak Mommy pun boleh tahan panjang juga tu.

Kalau la Mommy terfikir awal, daripada letak nama panjang-panjang supaya nampak moden ni, baik letak nama pendek. Tak susahkan mana-mana pihak termasuk anak sendiri.

Cadangan Mommy, buat parent yang bakal dapat baby, fikirkan yang mudah-mudah untuk anak anda. Asalkan nama tersebut punya maksud yang baik dan tidak berat. Moga Allah permudahkan urusan kalian. Fikirlah masak-masak.

Nama Mommy?
Simple.
Shehan.

Shehan Binti Ismail.

Terima kasih mak dan abah.

#SAYAJUAL #ROSETYARA

SERENDAH RM30 SETIAP BULAN

14 Comments

  1. Muhammad Safiy Arfan bin Mohd Salihin dan Nurul Alma Shameena Mohd Salihin.. Pnjg x mcm ni? hehe..mmg sll gak la pggl nama penuh so x sia2 lah ltk pnjg pn..sb tu sy prefer nama yg pendek setiap patah n x susah utk disebut.hehe

  2. Nama ena simple, Ina Ainaa bt Kamarudin.. Ekekek apapun, ena setuju sangat kata2 akk.. Daripada panjang berjela2 nak nampak moden, lebih baik bagi satu nama yang baik..macam anak2 Islam kat negeri Arab, my lecturer yg cakap la.. Satu je nama.. Jarang nak nampak dua tiga patah perkataan
    Ina Ainaa recently posted…39: WORDLESS WEDNESDAY | HIKINGMy Profile

  3. Nama sebenar saya panjang. Ia buat buat ramai keliru sbb ramai yg guna suku nama berbeza utk panggil saya.
    Atas pengalaman tu, semua anak-anak saya pendek namanya dan tidak lebih 6 huruf 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.