MUDAHNYA DSLR | BENGKEL ASAS FOTOGRAFI BERSAMA ADHADI MOHD

2016 merupakan tahun yang Mommy target nak lebihkan travel dan beraktiviti. Maka, 1 Januari yang lalu, Mommy sekeluarga telah memilih Melaka sebagai destinasi pelancongan dan percutian kami sekeluarga. Bab percutian tu, Mommy akan cerita next entry.

BENGKEL FOTOGRAFI KELAB BLOGGER BEN ASHAARI BERSAMA ADHADI MOHD

Terlebih dahulu, Mommy ingin ucapkan terima kasih buat penaja-penaja yang bermurah hati dalam aktiviti KBBA 2016 di Agrofarmstay @ Skill-Tech, Melaka ini iaitu @kelabbloggerbenashaari, @agrofarmstay, @nanafabeautyhq, @adhadi_mohd, @yeosmalaysia dan @polytronmalaysia.

PERSIAPAN MOMMY: GADGET

Mommy tidakla gigih mengangkut segala gadget Mommy ni ha.. Cuma bawa D90 serta lense 50mm dan kit lense. Sekarang ni macam selesa je guna 50mm lense sebab kalau nak shot yang dekat-dekat, guna sahaja Note 5 Mommy. 50mm manyak syiok nak main bokeh segala. Hii. Zaman sekarang ni, seboleh-bolehnya nak yang paling mudah. Even Mommy kadang-kadang guna fon je instead of DSLR. Berat seh. Tapi itulah, kualiti DSLR ni memang takkan dapat dinafikan sampai bila-bila. Banyak skill yang smartphone tak boleh lawan.

AKTIVITI 2016

Aktiviti pertama 2016 yang Mommy sertai ialah BENGKEL ASAS FOTOGRAFI KELAB BLOGGER BEN ASHAARI BERSAMA ADHADI MOHD di Agro Farmstay @ Skill-Tech, Durian Tunggal, Melaka.

Mommy dan family berpeluang stay di Agrofarmstay sepanjang bengkel ini berlangsung. Ada anak kecik manja macam ni memang susah sikit nak tinggal sebenarnya. Mujur ada rezeki boleh bawa sekali. Itu pun, kena larikan diri juga kalau nak ke kelas. Kang meraung-raung si kecik tu. Huuu

BENGKEL ASAS FOTOGRAFI

Bengkel dimulakan dengan ucapan pengenalan dari Encik Adhadi sendiri. Mommy dah super duper excited sambil membayangkan kelas skill photography yang Mommy join masa belajar di UIA dulu. Tahap teruja tu sama. Memang tak sabar nak gali ilmu.

Mommy kaji juga latar belakang Encik Adhadi ini, bukan calang-calang orang tau. Seorang jurulatih fotografi yang sudah banyak mengadakan bengkel fotografi sebelum ini. Korang boleh stalk kat sini.

Sebagai permulaan, Encik Adhadi menjelaskan maksud gambar. Ia merupakan medium untuk berkomunikasi. Kerana dari gambar, ia menyampaikan maklumat. Sebab tu Mommy memang suka sangat snap BANYAKKKKKKK gambar. Setiap gambar ada maklumat tersendiri. Namun syarat setiap kali mengambil gambar ialah, kita wajib tahu teknik-teknik penting yang menjadikan maklumat itu jelas. Maksudnya, 1 gambar 1 cerita. Seterusnya, 3 asas penting yang wajib kita ambil tahu jika belajar ilmu fotografi.

*********

3 ASAS PENTING DALAM FOTOGRAFI YANG WAJIB AMBIL TAHU

Menurut Encik Adhadi, 3 asas penting dalam fotografi ialah ISO, SHUTTER SPEED dan APERTURE wajib diambil tahu.

Sumber imej : Google

ISO

  • Apa maksud ISO? ISO kalau nak senang faham maksudnya ialah kepekaan DSLR terhadap cahaya. Semakin tinggi ISO, semakin peka lah DSLR terhadap cahaya. Jadi, kena pandai setting ikut kesesuaian cahaya persekitaran. Contohnya kita nak ambil gambar seseorang di waktu malam, tapi hasil imej (seseorang) yang kita tangkap itu gelap. Apa masalah di situ? Kemungkinan nilai ISO yang kita gunakan kurang sesuai. Jadi, apa yang perlu dibuat ialah naikkan nilai ISO dan lihatlah hasilnya selepas itu. (psst: jangan risau pasal noise. Itu tajuk yang lebih advance yang kita perlu ambil tahu juga).
  • Zaman kamera yang menggunakan filem dulu (contohnya KODAK, still ingat?), perasan tak ada nombor di kotak KODAK tersebut. Ada yang tulis 200, ada yang tulis 400. Itu dipanggil ASA. Selalunya Mommy beli 200 jika Mommy bercadang ambil gambar di tempat cerah sahaja. Jika Mommy nak gunakan di kawasan cerah dan indoor yang mungkin gelap, Mommy pilih 400 yang lebih fleksibel. Sama kes di sini, untuk kamera digital, ia dipanggil ISO.

SHUTTER SPEED

  • Apa maksud Shutter Speed? Maksudnya ialah kepantasan DSLR menangkap cahaya. Semakin tinggi shutter speed, semakin pantas DSLR kita menangkap cahaya. Objek yang bergerak laju akan tampak seolah-olah beku tidak bergerak di dalam gambar. Kalau korang perasan, yang bunyi ‘cap’ selepas snap tu lah yang memainkan peranan. ‘Mata’ lense (blade) tu tertutup ikut kuantiti shutter speed yang kita tetapkan.

Contoh

Sumber imej : Google

Lagi tinggi nilai Shutter (1/1000, 1/500, 1/250), objek itu akan dapat dirakam pegun.
Lagi rendah nilai shutter (1/30, 1/15, 1/8, 1/4, 1/2, 1, 2, 4, 8), objek akan jadi blur. Perlukan tripod.
Nilai shutter (1/125, 1/60) masih boleh dikawal dengan tangan (jika imej bergerak sekalipun)

APERTURE

  • Aperture ini tertumpu kepada lens yang digunakan. Setiap lens mempunyai kadar aperture tertentu yang membenarkan jumlah cahaya yang boleh menerombos lens pada satu masa.
  • Mommy teringat sifu Mommy di UIA dulu menyuruh Mommy membayangkan anak mata kita yang membesar sekiranya kita berada dalam bilik gelap dan mengecil apabila kita berada di tempat cerah.
  • Konsep yang sama digunakan pada aperture ini.
  • Kita besarkan aperture untuk membenarkan banyak cahaya masuk ke dalam DSLR kita bagi menambahkan kecerahan gambar kita. (f2, f1.8 – ini aperture besar (anak mata besar, jadi cahaya banyak masuk)
  • Kita kecilkan aperture untuk kurangkan kecerahan gambar kita. (f5.6, f8 ke nombor lebih banyak – ini aperture kecil (anak mata kecil, cahaya kurang masuk)

Infografik ISO, SHUTTER SPEED & APERTURE

RUMUSAN MUDAH

Untuk 3 asas mudah di atas, cara yang kita perlu ingat ialah seperti di bawah:

  • ISO – once dah (fix) setkan ISO, yang perlu adjust selepas itu ialah samada shutter speed atau aperture sahaja. Jangan kacau ISO dah.
  • SHUTTER SPEED – once dah tetapkan shutter speed, kacau yang lain je, shutter speed jangan kacau dah.
  • APERTURE – sama kes, once fixed aperture, kacau yang lain je.

Mommy faham, nak explain lagi terang, susah sikit. Korang pergilah kelas juga eh? Hii. Pendek kata, tak tahu 3 asas penting ni, susah nak berjaya. Gitewww.

*********

TEKNIK FOTOGRAFI POTRET

Encik Adhadi memberi 4 langkah mudah dalam Teknik Fotografi Potret

Langkah 1

  • Cahaya lembut (diffuse), iaitu ketika berhadapan cahaya.
  • Tips : Ambil di bawah mendung lebih baik daripada di bawah matahari. Jika tiada mendung, hadapkan muka ke arah cahaya.
  • Di sini, reflector mungkin digunakan untuk diffuse light (supaya tidak terima cahaya keras) dan untuk reflect cahaya.

Hasil bergambar berhadapan cahaya (kredit gambar : Lan Careno, model : Najeeb)

Langkah 2

  • Latar belakang dititikberatkan
  • Tips : Pilih lokasi yang kemas dan teduh. Elakkan langit yang cerah & kosong.
  • Contoh latar belakang sesuai : Backdrop, payung sebagai prop, atas rumput, bangunan, dinding/pintu, langit biru, pokok
  • Mommy memang strict bab background ni. Selalu stress dalam memilih background. Tak boleh suka2 hati nak snap.

Semua peserta bengkel termasuk Mommy memang tekun sangat2 sepanjang bengkel ini. Mommy yakin, semua ada minat mendalam dalam bidang ini.

Eh.. ada candid pic Mommy la. Hii. Tq tau snap. Tak sure camera siapa. Ampun!

Langkah 3

  • Shooting and Fokus Mode
  • Tips : Konsisten dalam MANUAL mode. Fokus mode pula selalunya Mommy setkan autofocus.

Langkah 4

  • Depth of field (Juga dipanggil Focal of Length)
  • Tips : Berkait rapat dengan Aperture. DOF merupakan ukuran fokus sesebuah foto.
  • Large aperture = Small f-number = Shallow (small) depth of field
  • Small aperture = Larger f-number = Deeper (larger) depth of field

Contoh imej dari Google

Alang-alang bercerita pasal ilmu, Mommy gemar letakkan contoh mudah (dari Google misalnya), supaya lebih senang faham.

*********

TEORI & PRAKTIKAL

Tak lengkap rasanya andai bercerita secara teori sahaja, Encik Adhadi mengorak langkah seterusnya dengan memberi kami tunjuk ajar secara praktikal.

Contoh di bawah ialah ketika mengambil gambar menggunakan teknik Low Key. Menggunakan kertas sebagai reflector.

Bangga sekejap la bila sifu gunakan kamera Mommy. Hiii

Hasil bidikan sifu.

Mommy pun tak lepas peluang. Tetiba lemon itu berubah-ubah tempat la pulak. Tak mengapa, yang penting ialah teknik angle yang Mommy pilih pula. Ok tak?

Tak cukup indoor, cuba outdoor pula. Baru puas hati belajar macam ni.

HAPPY SEMUA AHLI KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

*********

KINI BOLEH BELAJAR SENDIRI DI RUMAH

Kadang-kadang, kekangan masa punca kita tak boleh nak join sangat bengkel2 macam ni. Mommy faham sangat. Nak commit diri tu macam susah. Tapi, kalau dah nama sifu kan, dia dah fikir jauh punya. Nah.. Encik Adhadi ada menghasilkan DVD Video tutorial tau!

Credit : saidila.com

Ini yang Mommy dapat masa bengkel ini. Wuhuuuuuuuu!

Yeay. Mommy dah gigil2 tangan nak belajar lebih lanjut ni.

Yang bestnya, video tutorial ini, adalah dalam bahasa melayu sepenuhnya!

Jadi, yang berminat nak dapatkan servis dan produk beliau, boleh layari :
FB: Adhadi Mohd III
FB Page: Adhadi Mohd
Instagram: @adhadimohd
Blog: Adhadi.com

9 thoughts on “MUDAHNYA DSLR | BENGKEL ASAS FOTOGRAFI BERSAMA ADHADI MOHD”

    1. Tahniah dn syabas…. perkongsian ilmu yg baik untuk jurufoto

  1. best nya Shehan sebab dapat di ajar oleh taiko sendiri

    Moon dulu punya minat gigih belajar sendiri term term nya . Pening juga nak paham n try n error.

    terbaik la apa yg Shehan share.

  2. bab dslr ni bukan cukup belajar 1 hari kan kak? akak pun power je snap. sy usha je akk snap kt parenthood hr tu. hehehehe

  3. once dah mula dan memang ada minat mendalam, mesti akan sentiasa nak lagi dan nak lagi. ramai kawan2 dah mula beli dvd tu dulu. puas hati tau. sng faham

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge