Menu
Menu
banner KBBA9

Naracards Seoul Set

MINGGU ORIENTASI ARIQ EMIR DI LITTLE CALIPH

Salam. Ariq Emir dah dapat uniform tadika pada 16 Disember 2015. Bukan uniform macam kakak sebab dia akan join kelas 3 tahun punya tahun 2016 nanti. Special case walaupun dia masuk 4 tahun masa 2016 ni. Kesnya sebab Mommy takut dia tak boleh kerjasama untuk kelas 4 tahun. Jadi, nak intro dulu dan bagi dia sesuaikan diri dalam environment tadika. Inshaa Allah.

Nanti kalau ok, terus lompat kelas 5 tahun pada 2017 nanti. Ok ajer.

So malam 16hb tu terus cuba pakai. Lepas ni nak pergi tempah cloth label untuk unifrom adik. Kalau nak tempah macam CLOTH LABEL HANNAH DAMIA ni macam dah lambat je.

Jom tengok adik try uniform little caliph 3 years tu (baju sukan)

Suka Mommy tengok! Rindu plak rasa rambut panjang macam ni. Hiii

MINGGU ORIENTASI

HARI PERTAMA (4 Januari 2016, Isnin)

Hari pertama Orientasi Ariq Emir (3y) dan Hannah Damia (pra tahfiz). Tapi Hannah sorang je yang pergi hari ini sebab Ariq Emir demam.

Baju je boleh ditayang masa hari pertama. Huu

HARI KEDUA (5 Januari 2016, Selasa)

Ariq Emir dah sihat! Tips nak kejut pagi ialah.. GELETEK!! Mujur tak bad mood.

Mula-mula, semasa dipakaikan kopiah tu, taknak dia.. Pastu, dia sendiri juga bagi kopiah kat Mommy suruh pakaikan. Hihi.

Perkara pertama yang dia sebut ialah “Mommy.. nak main!”, selepas ternampak playground kat Little Caliph tu. Mungkin pada fikirannya, dia datang untuk hantar kakak macam sebelum-sebelum ini. Taknak kakak pegang.

Nak jalan sendiri.
Kemudian, agaknya dia perasan yang dia perlu ditinggalkan. Dah mula nangis dah. Teacher cepat-cepat ambil.

Mommy ada call time lunch. So far ok la walaupun mula2 menolak untuk buat apa2 aktiviti.

Ni masa ambil petang tu. Ok je menunggu di muka pintu. Hihi

Feedback kakak masa hari pertama : Adik taknak solat! Hahaha

HARI KETIGA (6 Januari 2016, Rabu)

Mommy doakan yang hari ni berjalan lancar. Tapi dari dalam kereta dah ada bunga-bunga tak elok dah. Start dengan meragam. Nak duduk atas riba. Mujurla masa Mommy drive, cepat2 dia ke sit sebelah. Mujur juga la tadika tu dekat je nak oii

Bila dah sampai, dah mula buat perangai. Taknak turun kereta, taknak jalan. Mommy dukung pun buat lembik badan. Huh. Penat macam ni.

Uwaa.. Uwaa.. Mula dah..

Terpaksa juga Mommy angkat dan cepat-cepat teacher angkat. Sampai bila macam ni eh? Mommy bagi chance 1 minggu ni je ye!

Waktu petang, dah ready kat luar dah.

HARI KEEMPAT (7 Januari 2016, Khamis)

Allahu. Berbuih-buih mulut Mommy berdoa untuk hari ni. Senyum sangat-sangat dah dalam kereta ni. Posing macam big boy sangat.

Namun berakhir dengan drama jugak.

HARI KELIMA (8 Januari 2016, Jumaat)

Mommy dah ajak Daddy pergi hantar sekali pagi ni. Dengan harapan, mungkin dia good mood. Dari rumah, bila Mommy pakaikan kopiah lagi, terus sedu sedan. Adeh. Petanda kurang baik.

Memang sedu sedan je drama pagi ni. Hmm. Macam mana laa nanti.

Adik, tengok ni. Ini la perangai adik seminggu orientasi kelas 3 tahun (adik 4 tahun, saja Mommy letak kelas 3 tahun dulu) di Little Caliph ini. Mommy saja compile. Dulu pun, pengasuh ambil masa 2 minggu nak stabil. Mommy harap, adik cepat-cepat sesuaikan diri ye sayang. Mommy ni teringin sangat nak tengok anak-anak Mommy happy je pergi sekolah. Kakak tu ha, peduli apa dunia serba masalah ni. Yang penting, dia happy. Haha. Itupun kalau mood ok la.

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Tags: , , , , ,

0 thoughts on “MINGGU ORIENTASI ARIQ EMIR DI LITTLE CALIPH”

  1. seronok baca pengalaman ibu2 hantar anak ni.. hehehehee..
    kelakar2 belaka.. kita tumpang baca je lah.. 🙂

  2. YB Shehan says:

    suatu hari nanti, kak ain akan merasa sendiri. Amin

  3. bestnya.. anak 4 tahun tapi rasa kesian plak nak hantar awal2..maybe anta skali dengan adik diala kot..

    http://aloverraeshop.blogspot.com

  4. Emarieys says:

    sekarang nanges lagi tak yb?

  5. YB Shehan says:

    MASIH. Dah masuk minggu ke 2 dah ni. pening

  6. YB Shehan says:

    anak ni unik sket. sebab takut xle cope masa zmn tadika. so hntr awal2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!