Menu
Menu
banner KBBA9

Naracards Seoul Set

FOOD IDEA UNTUK ANAK SUSAH MAKAN : PICKY EATER

Salam. Mommy ada story sikit hari ni. Nak kongsi IDEA UNTUK ANAK SUSAH MAKAN atau dikenali sebagai PICKY EATER | Picky eater bukan maksudnya kaki kutip ye. Hii. Tapi boleh juga la guna sebagai kutip sebab dia memilih satu persatu. Kutip mana yang dia nak makan je. Mommy faham sangat-sangat kalau ada ibu-ibu yang luah anak mereka susah nak makan. Untuk pengetahuan semua, Mommy masih struggle bab makan si Hannah Damia a.k.a HD tu. Susah yang amat nak fikir bab makan dia. Jadi Mommy tercari-cari idea makanan yang mudah dan mungkin menarik perhatian si picky eater ini.

IDEA UNTUK ANAK SUSAH MAKAN : PELBAGAI BUAH-BUAHAN DAN AYAM RACIK

Cuba penuhkan pinggan dengan makanan seperti ni. Ada ayam yang diracik, kismis, carrot, epal, cheese, kiwi, epal. Lengkap ada protein, buah-buahan, dairy. Dan ayam tu boleh je diambil dari leftover dinner ke. So jadikan hidangan ini sebagai sarapan contohnya. Nice bukan?

FOOD IDEA : ROTI BERINTI PEANUT BUTTER, TIMUN, CARROT, STRAWBERRY, LIMAU

Gunakan roti yang dibuang tepi, cuba leperkan roti tersebut. Letakkan peanut butter dan gulung. Kemudian potong. Sedap wooh!! Sediakan juga buah-buahan seperti limau, strawberry dan sayuran seperti timun dan carrot.

FOOD IDEA : NUGGET AYAM, CRACKERS, MIXED VEGE DAN STRAWBERRY

Isu nugget ni better buat sendiri (homemade) lagi sihat. Letak sekali sebarang crackers (tapi Mommy kurang gemar). Jangan lupa steam mixed vege. Juga selit strawberry. Tarik perhatian dengan plate yang comel. Sudah lengkap lunch anak!

FOOD IDEA : ROTI, SCRAMBLED EGG, KELEDEK MANIS, EPAL DAN STRAWBERRY

Pilihan menarik dan mudah pastinya sedikit sebanyak menarik perhatian anak. Jom la cuba seperti yang disaran. Senang dan cepat

FOOD IDEA : PASTA, EDAMAME, BLUEBERRY DAN STRAWBERRY

Pasta memang salah satu kegemaran Ariq. Hannah je memang susah sikit. Tapi dalam kuantiti sikit macam ni, digayakan dalam cup comel ala-ala cupcake macam tu, pasti menarik perhatian anak. Cuppasta!! Pernah makan edamame? Macam kacang peas tu. Mommy selalu makan di Sushi King. Sedap ok!

FOOD-IDEA-UNTUK-ANAK-SUSAH-MAKAN-PICKY-EATER

Source: TheFoodinisita.wordpress.com

FOOD IDEA : TURKEY MEATBALL, BROKOLI, KACANG PEAS, BUAH PIC

Ini kan contoh. Takde Turkey, ganti la yang lain. Oh ya, Mommy sarankan kalau nak kasi meatball pun, sila buat homemade meatball. Lagi selamat kan? Boleh tengok cara buat di page Mommy di Homemade Food for HDAE. Gabungkan dengan pilihan sayuran seperti brokoli dan peas yang dikukus serta buah pic sebagai pelengkap makanan.

Moga idea-idea di atas berjaya tarik anak-susah-makan kita tu makan. Good luck!

Tags: , , , , , , , , , , ,

14 thoughts on “FOOD IDEA UNTUK ANAK SUSAH MAKAN : PICKY EATER”

  1. Ina Ainaa says:

    Ena tengok makanannya pun, ena rasa nak makan hahahahaha
    Ina Ainaa recently posted…RESEPI QUAKER OAT YANG BERKHASIAT | HAPPY TUMMYMy Profile

  2. titan says:

    kena pandai dan bijak selit sayur masa nak bagi anak makan.

    kalau tak..tunggu besaq nanti la baru diorang teruja nak makan sayur.
    titan recently posted…RM7000 dari Jobdirumah secara PART TIME.My Profile

    1. YB Shehan says:

      betul. cincang, sembunyikan, semua buat. stress pk sbb xle nak pelbagai sangat. hmm

  3. ogosh says:

    wah…bestnya…colourful gitu…slalu nak komen x jumpa tpt…ni baru jumpa….huhu

    1. YB Shehan says:

      La.. ye ke.. igt dah x sudi jenguk blog ni. Hihi

  4. ummiuwaissumayyah says:

    macam mane pulak yg jenis makan kunyah2 n luah balik..ank jenis memilih mkn..dh nak mkn,lepas kunyah2 mmg luah n tak telah..huhu

    1. YB Shehan says:

      Dah banyak kali dr kecik atau baru belajar makan? Anak umur berapa? Cuba banyak kali xpe. Tp pelbagaikan lagi menu..

  5. Hafiz Rahim says:

    Khair sekarang tengok carrot halus pun korek buang.. Dulu laju je makan. Haih..
    Hafiz Rahim recently posted…Chocolate Museum Kota Damansara, Syurga CoklatMy Profile

  6. Mujur senang nak sediakan. Tapi kena penuhkan peti ais dengan buah – buahan pulak

    1. YB Shehan says:

      hehe. asalkan anak mau makan

  7. Aifa says:

    Hu hu. anak skarang ni semua buah x mo makan. yang masuk dalam mulut cuma pisang je semata²

  8. Jimmy says:

    Terimakasih sudah berbagi idea jenis makan dan tips lainnya. Salam dari negeri seberang 🙂
    Jimmy recently posted…Cara Mengatasi Anak Susah Makan dengan Laperma PlatinumMy Profile

    1. YB Shehan says:

      Hi Jimmy. Tq sudi baca.. 🙂

  9. mantap banget informasi yang diberikan terima kasih
    Pendaftaran SNMPTN recently posted…Pengisian PDSS SNMPTN Sekolah SMA/MA 2017-2018My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!