BAS SMART SELANGOR – BAS PERCUMA DI AMPANG DAN KAJANG

Ketinggalan sungguh Mommy bila dapat tahu yang baru-baru ni Bas Smart Selangor dilancarkan di Ukay Perdana. Ish Ish.. Dekat je dengan rumah. Patutla penuh iklan dan nampak bas ni setiap hari. Hihi. Rupanya Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sudah pun menjadi kawasan kelima yang menyediakan perkhidmatan bas percuma “Smart Selangor” ini. Kawasan Kajang pun dah ada tau.

Jadi tujuan bas ini ialah untuk menggalakkan warga Ampang Jaya menukar cara pengangkutan daripada menggunakan kereta persendirian kepada pengangkutan Bas Smart Selangor. Wuhuu. Macam nak cuba je!

BAS SMART SELANGOR – BAS PERCUMA DI AMPANG DAN KAJANG

Perkhidmatan bas percuma oleh Kerajaan Negeri ini telah dilancarkan tahun lalu iaitu pada 1 Julai 2015, yang cuma membabitkan 11 buah bas. Ia beroperasi di tiga kawasan pentadbiran iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

MASA OPERASI

Semua Bas Smart Selangor beroperasi bermula jam 6 pagi hingga 10 malam setiap hari dengan kapasiti 60 penumpang dilengkapi kemudahan WiFi, sistem kamera litar tertutup dan mesra golongan orang kelainan upaya (OKU).

LALUAN UKAY PERDANA

  • Perkhidmatan bas yang dikendalikan Rapid Bus Sdn Bhd itu menghubungkan antara Jalan Ukay Perdana dan Jalan Taman Melawati sejauh 18 kilometer dengan kekerapan setiap 15 dan 20 minit.
  • Laluan Bas Smart Selangor bermula daripada Ukay Perdana di hadapan Pangsapuri Sri Puteri, Jalan Ukay Perdana ke Jalan Riana Ukay 1, Jalan Mulia 1/5 ke Jalan Riana, Jalan Sungai Sering, Jalan AU4, AU5, Persiaran Permata dan Lorong Sering 5.
  • Laluan itu membantu penduduk Taman Lembah Keramat untuk ke Sekolah Menengah Keramat dan pasaraya Giant.

LALUAN KAJANG

  • Laluan sehala dari bandar Kajang ke Terminal Bas Kajang sejauh 9.4km meliputi 15 hentian melalui Jalan Sungai Chua, Jalan Wah Siew, Taman Kajang Indah, Taman Koperasi LLN, Taman Sri Kejora, Persiaran Cempaka, Persiaran Bangi dan Jalan Reko.
  • Manakala, laluan balik dari Terminal Bas Kajang ke bandar Kajang adalah sejauh 10.8km mempunyai 19 hentian dengan hentian tambahan di Jalan Semenyih, Jalan Timur dan Jalan Cheras.

Menurut sumber yang Mommy baca, tempoh perjanjian adalah selama setahun. Perjanjian ini disemak dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan kesesuaian perkhidmatan bas ini. Inisiatif perkhidmatan bas percuma itu bakal diperluaskan ke kawasan luar bandar seperti Selayang ke Kuala Kubu Baru, Kuala Selangor ke Sabak Bernam, daerah Kuala Langat dan Sepang sehingga akhir tahun ini.

Good initiative Selangor! I love Selangor!!

5 Comment

  1. Sejak dah berkereta mmg xtahu sgt hal public transport ni. good info kak..klu terdesak ptut ambil thu kn.

  2. betul tu. ni bukan pe.. sebab hari2 tengok depan mata. mmg nak tau juga la route dia.. hehehe

  3. nanti kalau pergi selangor, boleh la cuba ni..

  4. kenapa x buat laluan dari ukay perdana sampai ke Lrt sri rampai

    1. YB Shehan says: Reply

      i wish i can ask them too. easy kan?? nt cari idea. ehehhehe

Leave a Reply

CommentLuv badge