AJL 30 : SEKITAR MAJLIS DAN PEMENANG JUARA LAGU 2015


AJL 30 : SEKITAR MAJLIS DAN PEMENANG JUARA LAGU 2015

ajl-30-juara-lagu

PEMBUKAAN AJL 30 | Pembukaan ALJ 30 dimulakan oleh trio etnik kreatif iaitu trio JaYaZa iaitu Jamal Abdillah, Yasin & Siti Nurhaliza. Suara masing2 masih mantap, especially Yasin. Lama kot tak nampak dia perform anywhere. Siti pula persis pengantin Brunei gitu. Ke Mommy je yang rasa macam tu? Jamal berghazal pun alahai.. macam tiada beza pun suara dulu hingga kini. Tetap legend. Cuma yang Mommy rimas ialah kotak stage mereka berdiri tu kejap diubah sana sini. Faktor umur Mommy kot. Semak rasa melihatnya. Hii

AJL 30

Pertandingan dimulakan oleh Bunkface dengan lagu mereka “Malam Ini Kita Punya” yang diserikan dengan persembahan cheerleader team. Paling mengujakan Mommy, tetiba Sam pun perform ketuk dram. Rasa macam cool je. Nasib baik laki orang dah. Eh. Tetiba. Hii

Persembahan seterusnya oleh Noh Salleh (vokalis Hujan) dengan lagunya “Angin Kencang“. Tiada sebarang penari latar, cuma ditemani gitar. Hambar dan agak slow performance beliau. For me.

Perasan juga Mommy, ada iklan daripada Lazada selain Pamoga. Kalau shopping malam ni dengan kod AJL30, boleh dapat diskaun RM30. Wallaweh.

ANUGERAH KHAS

Anugerah Khas malam ni meraikan dua Tokoh Muzik Negara iaitu Tan Sri Ahmad Osman Merican dan juga Datuk Ooi Eow Jin. Mereka ni masing-masing dah tua dan bersara dah pun. Tapi sebahagian lagu tema AJL ciptaan Datuk Jin masih lagi dikekalkan hingga kini.

KNOCK KNOCK ELIZABETH TAN

Pertandingan diteruskan dengan persembahan Elizabeth Tan versi unplugged sambil duduk. Mulanya Mommy ingat akan nyanyi duduk sampai habis. Sekali bangun buka skirt daa.. Hii. Siap menari lagi. Betul-betul Knock-knock semua yang mendengarnya.

Kemudian Kaka & Sleeq muncul untuk lagu mereka “Bukan Hal Aku”. Pelik juga baju si Kaka tu. Ala2 dari planet la kot kaedahnya.. Ahhh.. itu bukan hal mommy nak fikir patut ke tak pakai macam tu kan? Hii.

Hazama muncul dengan lagunya “Sampai Mati” tapi bagi Mommy kurang menyengat. Nak hayati pun tak boleh. Nak sedih apatah lagi. Memang tak boleh. Apasal tak boleh nak feel eh? Hmm.

Selepas iklan, Caliph Busker dengan lagu “Hanya Namamu” memukau dengan intro agak unik. Mainan muzik, pakaian serba putih. Ermm.. Meremang pula dengar apatah lagi bila penyanyi latar dok nyanyi “woo woo” kat belakang. Huuu. Rasa-rasa boleh menang ke tak eh mereka ni? Ok Mommy doakan. Sebab lagu dan lirik mereka memang best! One more thing is.. pakaian mereka SANGAT SOPAN!! Lelaki dan perempuan termasuk penyanyi latar. Eh.. korang perasan tak? Gigi penyanyi utama Caliph Busker cantik la. Hiiiii..

ASSALAMUALAIKUM FAIZAL TAHIR

Persembahan yang Mommy nanti-nantikan malam ini. Spek Faizal Tahir smart plak tengok. Mommy mohon jangan terlompat-lompat happy macam video clip beliau sebab this time layar belakang persembahannya agak sedih. Mujur tak lompat over sangat. Simple je persembahan dia namun menangkap jiwa.

ANUGERAH QU PUTEH DIVA

Nahh haihh. Kalau beliau yang sponsor, memang wajib la dengar beliau bebel dahulu sebelum umum lagu yang menang. Selepas diasak Fara Fauzana, terus Datuk Vida umum lagu Cindai. Hihi. Macam-macam.

MENGENANG LAGU-LAGU BALADA YANG PERNAH JADI JUARA

Duo hebat iaitu Hafiz & Jaclyn Victor diamanahkan menyampaikan lagu-lagu yang pernah dinobatkan sebagai juara lagu antaranya ialah Kau Kunci Cintaku di dalam Hatimu, Awan Nano dan Gemilang.

IKLAN PAMOGA

Malam ni Mommy tak dapat letak jari di pipi disebabkan hanya Pamoga yang diiklankan. Tiada Qu Puteh Qu Puteh. Mungkin isu produk ditarik balik menjadi punca utama promosi itu tidak boleh dibuat malam ini.

PENGACARA AJL 30

Gandingan AG dan Fara Fauzana memang patut dikekalkan. Tak pernah bosan. Kalau anda tak suka, tu bukan masalah Mommy. Kalau nak jadi isu pun pakaian Fara Fauzana je la kot. Yang warna hitam bertudung merah tu. Ala-ala robe kat Mahkamah. Hiii. Serabut Mommy tengok. Nak join Akim & The Majistret ler tuuu..

Pertandingan diteruskan dengan lagu Biarkan oleh Drama Band. Kalau dengar betul2 suara vokalis Drama Band ni, memang sedap sangat2. Macam ada harapan je nak menang. Tapi.. AJL ni, lagu yang dipertandingkan. Bukan kisah sedap suara atau tak kan??

Selain SITI NURHALIZA, FAUZIAH LATIFF juga dipanggil untuk menyanyikan sedikit sedutan lagu mereka yang pernah jadi juara.

MENARI BERSAMA STACY

Stacy Not For Sale tampil comel dengan tarian rancaknya. Lagu ini memang sangat pantas dan kalau Mommy yang nyanyi, rasanya dah pancit awal-awal lagi. Nasib la Mommy bukan penyanyi. Bagi dorang je lah. Hii. Hero Mommy tetiba muncul la pulak. Siapa lagi kalau bukan Altimet. Smart sungguh. Suara takyah komen la. Memang bes la hero Mommy tu. Eh. Eh.

BLACK MUNGKINKAH JUARA?

Tu persoalan Mommy selepas kali pertama dengar “Mana Mungkin” sebentar tadi. Betul-betul menyentuh perasaan. Cool je dia perform. Harap menjadi lah..

POTRET

Jangkaan agak tinggi untuk lepasan pelajar AF ini iaitu Akim & The Majistret menerusi lagu mereka “Potret“. Amboi.. kemain lagi perform dalam kandang saksi di Mahkamah gitu. Mentang2 nama grup tu ada Majistret. Hii. Nasib Majistret je uols guna tau. Kalau guna Akim & The High Court Judge ke, tak ke pelik? Hahahaha. Kalau menang ni, bangga mahkamah tu. Mahkamah mana dorang pinjam ni? Ke MOOT COURT UIA? Hiii.

Lagu terakhir untuk AJL 30 malam ini ialah lagu yang SANGAT-SANGAT SEDAP. Nyanyian Dayang Nurfaizah dengan lagunya Tak Pernah Menyerah. Hmm.. Ya. Mommy sedar yang Mommy tak dapat decide siapa patut menang dah sekarang. Semua pilihan Mommy memang best2 belaka. Haha. Namun bila disampaikan secara live malam ni, Mommy rasa macam kelam kabut pulak. Kenapa eh?

SHOWDOWN THE MOVIE

Persembahan sebelum penutup AJL30 dipersembahkan oleh para penari dalam ShowDown The Movie yang dibintangi Izara Aishah, dan kemunculan Nico menyanyikan lagu lama mereka “Inilah Nasibku” sebagai lagu tema movie terbaru ini.

MENGENANG LAGU-LAGU POPROCK YANG PERNAH JADI JUARA

Lagu-lagu rock yang pernah dijadikan juara dinyanyikan oleh Rahmad Mega & Azlan & The Typewriter. Memang power la suara dorang. Yang Mommy kagum tau apa?? Awet muda lagi Rahmad Mega tu.. Macam tak ditelan umur.

PEMENANG AJL 30 2015

Senarai pemenang AJL 30 adalah seperti di bawah. Tahniah buat pemenang.

Persembahan Terbaik – Potret

Kategori Vokal Terbaik – Tak Pernah Menyerah – Dayang Nurfaizah

Tempat Ketiga – Caliph Busker

Naib Juara AJL – Faizal Tahir

Juara AJL 30 – Akim & The Majistret

TAHNIAH!!

Gigih Mommy review dari mula sampai habis. Nak tulis lebih-lebih, nantilah ye. Ini based on apa yang Mommy tengok malam ni je. Moga yang tak dapat tonton tu, baca ini pun dah cukup. Terima kasih sudi baca review tak seberapa ini. 🙂

2 Replies to “AJL 30 : SEKITAR MAJLIS DAN PEMENANG JUARA LAGU 2015”

  1. Waaa…cantik blog. Susunan macam blog acik. Terbaik. Lagu. Anyway.. good info.

    1. YB Shehan says: Reply

      Tq. Hihi..

Leave a Reply

CommentLuv badge