MANJAKANI HYGIENE WASH : AKHIRNYA KU TEMUI PEMBERSIH KEINTIMAN WANITA YANG SESUAI UNTUK MASALAH KEPUTIHAN | REVIEW

ASID PUNCA SPENDER KOYAK!!

Pergh. Pernah dengar tak? Atau pernah tengok? Bukan semut gigit ke? Hihi. Apa penyebabnya tu? Mommy terbaca ni kat Facebook.

KEPUTIHAN

  • Keputihan adalah tanda-tanda yang menunjukkan badan wanita tersebut mengandungi asid yang tinggi dan keputihan tu sendiri bersifat asidic.
  • Sebab tu wanita yg mengalami keputihan seluar dalam selalu berlubang!
  • Bayangkan, seluar dalam pun boleh reput kena cecair asid dari dlm tubuh ni.
  • Elakkan makan seafood dan makanan berasid.
  • Minum lebih banyak air masak. Dan kerap cuci ‘che non’ tu untuk jaga kebersihan.
  • Keputihan selalu terjadi sebab asid yang berlebihan dalam badan akibat terlalu penat, stress, sembelit atau makan banyak makanan yg berasid.
  • Memang org lelaki beruntung tak kena, tapi biasanya si isteri yang dah berkorban untuk pastikan rumahtangga supaya siap sedia sempurna yang menanggung rasa then yg tak baiknya kalau suami tau komplen je, kesian akak tu
  • Suami kena juga ‘bersih’. Cuci kencing betul-betul.
  • Anak dara pun selalu kena.
  • Keputihan adalah satu SIGNAL besar yg tubuh sedang bekerja dengan lebih ‘penat’ dan kurang sihat.
  • Ada keputihan mesti ada rambut gugur, sesekali migrain, cepat marah, moody, rasa x confident, dan kalau tak ditangani dengan segera akan menyebabkan jangkitan kulat.
  • Keputihan dah kronik kalau dah bertukar warna kehijauan, gatal dan berbau.

Betul ke ni?

So kawan2.. ada yang alami masalah di atas? Mommy tak pernah pula sampai tahap spender koyak tu. Kihkih.. Pakai dan tukar selalu panty liner please!

Mommy dah consult dengan doktor perihal masalah ini. Selama ini doktor menegah penggunaan apa2 pembersih intim. Gunakan sahaja air bersih. Tapi Mommy rasa kena juga take action. Nak cari sireh semua tu, susah kot. Manjakani.. yes.. Manjakani paling sesuai nak tolong kurangkan masalah ini.

MANJAKANI HYGIENE WASH : AKHIRNYA KU TEMUI PEMBERSIH KEINTIMAN WANITA YANG SESUAI UNTUK MASALAH KEPUTIHAN | REVIEW

MANJAKANI HYGIENE WASH/PEMBERSIH INTIM WANITA MANJAKANI

Jadi sekarang dah 3 minggu Mommy guna Manjakani Hygiene Wash ini. Dah nampak kesannya. Salah satu ialah masalah kegatalan kurang. Memang kena amal lah maksudnya.

MANJAKANI HYGIENE WASH / PEMBERSIH INTIM WANITA MANJAKANI

  • Dengan ekstrak manjakani, serapat, daun sireh dan gel, tanpa menggunakan sabun & bahan kimia, ia amat sesuai digunakan oleh semua peringkat umur wanita untuk:
    • membersihkan, menyegarkan & menyakinkan setiap hari
    • menghapuskan bau yang tidak menyenangkan
    • merawat keputihan
    • mengetat & merapatkan dinding faraj
  • Nilai pH 3.8 sesuai dgn pH semulajadi bahagian intim, dan semestinya boleh digunakan setiap hari.

KELEBIHAN RAMUAN PEMBERSIH INTIM WANITA MANJAKANI

  • Manjakani – kandungan tannin yg tinggi membantu menegangkan bahagian intim selepas melakirkan anak…. sifat antiseptik semulajadinya berupaya mencegah bakteria, kulat & yis (punca utama gatal-gatal & bau kurang menyenangkan pd bahagian intim wanita)
  • Daun sireh – terkenal dengan kemampuannya menyegarkan dinding kelamin wanita, mengembalikan keanjalan & mengurangkan cairan berlebihan yg boleh menyebabkan ketidakselesaan & rasa tidak menyenangkan sesetenga wanita
  • Serapat – berupaya membaiki & menegangkan tisu faraj
  • Wangi, sejuk dan menyegarkan!!

*****************
Selain itu, Mommy juga mencuba KAPSUL MANJAKANI untuk kesan lebih mantap.

KAPSUL MANJAKANI

KAPSUL MANJAKANI adalah manjakani tulen 100% tanpa campuran herba lain, so ia xpanas n sesuai utk ibu2 mnyusu malah akan meriahkan lagi susu. Banyak kegunaan kapsul manjakani selain utk makan.

CARA MAKAN

Jangan lupa minum banyak air. Wanita mengandung tidak digalakkan dan yang period perlu berehat sebentar pengambilan sehingga habis period.

KHASIAT MANJAKANI

1. AWET MUDA
Antioksida melambatkan proses penuaan sel.

2. PENCEGAHAN KENCING MANIS
Asid galik mengatasi kencing manis dan lelah.

3. PENCEGAHAN BARAH PAYUDARA DAN RAHIM
Antioksida manjakani mampu mencegah barah buah dada dan rahim.

4. PENCEGAHAN BAU YANG TIDAK DIINGINI
Manjakani dikatakan bersifat astringen, berupaya membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada faraj.

5. MATA YANG SIHAT
Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.

6. RAWATAN PAYUDARA
Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bemanjakani dapat memperbaiki payudara yang telah hilang kekenyalannya.

7. KULIT KERING DAN BERMINYAK
Astringen juga dapat mengaawal kulit kering dan berminyak.

8. PELBAGAI KHASIAT MAKANAN
Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.

9. MEMULIH OTOT DALAMAN FARAJ
Tannin pada manjakani amat mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar, lemah atau kendur.

10. MENGAWAL LENDIR DAN LELEHAN FARAJ
Astrigen berupaya menyerap lendir dan lelehan faraj.

11. MENGECUTKAN TISU-TISU
Astrigen dikatakan berupaya mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.

12. MENEGANGKAN DAN MENCANTIKKAN KULIT
Astrigen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.

13. MENGUATKAN GIGI DAN KAYA DENGAN KALSIUM
Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.

14. MULUT
Astrigen dalam manjakani dapat mengekalkan kebersihan mulut.

15. PERAWATAN KRONIK ULSER
Amalam meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.

ATURCARA KEGUNAAN UNTUK PELBAGAI TUJUAN

  • Ia amat sesuai untuk melambatkan kedutan muka (awet muda). Disamping itu juga, ia berupaya menghilangkan jerawat yang tumbuh di muka dengan kadar yang amat cepat sekaligus memudarkan parut-parut jerawat yang ada di muka sebelumnya.
  • Jika untuk menegangkan/memejalkan payudara atau hilangkan hitam-hitam celah kelangkang, ketiak atau pelipat, lakukan kaedah yang sama dan biarlah ia benar-benar kering. Selepas itu terus mandi. Semasa mandi, sisa-sisa serbuk manjakani yang masih melekat di badan itu gunakanlah sebagai scrub(gosok) untuk hilangkan daki-daki / bekas-bekas hitam celah kelangkang atau di mana sahaja. Selepas itu mandilah seperti biasa dan bilas sebersih-bersihnya

SERBUK MANJAKANI

CARA DAN ATURAN GUNA SEBAGAI LULUR/MASKER

  • Ambil serbuk buah manjakani ini dalam kuantiti separuh sudu kecil (terpulang kepada anda sebenarnya). Campurkan dengan air seolah-olah anda ingin memakai bedak sejuk. Agak-agak keperkatannya supaya mudah disapu. Sapu ke seluruh wajah anda. Biarkan ia betul-betul kering. Selepas itu, bilas dengan air bersih. Jika masalah muka anda teruk, sapulah setiap hari. Jika hanya untuk penjagaan sahaja, tiga kali seminggu sudah memadai.
  • Ia boleh juga digunakan untuk merawat luka samada luka biasa atau pembedahan perut selepas bersalin. Caranya, cuma sapu pes manjakani (serbuk yang dicampurkan dengan sedikit air)di tempat terbabit dan biarkan ia mengering. Selepas itu, dicuci perlahan-lahan sehingga bersih. Amalkan sehingga ia sembuh.

SEBAGAI EJEN PERAPAT / KEGUNAAN UNTUK BAHAGIAN SULIT

  • Bagi mendapatkan hubungan suami isteri seperti diimpikan, faraj wanita mestilah sentiasa dalam keadaan bersih, tidak berbau, rahim cantik terletak, faraj tidak banjir dan paling penting,maintain ketat bab perawan. Caranya cukup mudah. Ada beberapa cara sebenarnya.
  • Ambil serbuk manjakani dan campurkan dengan sedikit air lalu disapu ke pintu lubang faraj. Buat 3-4 kali seminggu pun sudah memadai. Tindakbalasnya akan segera dapat dirasai. Bertahanlah sedikit dengan rasa berdenyut-denyut di bahagian otot yang longgar sebab manjakani sedang bekerja untuk membantu anda.

SEBAGAI PENCUCI BAHAGIAN SULIT

  • Ambil satu sudu kecil serbuk manjakani ini dan campurkannya dengan segayung air(cebuk air). Kacau atau kocak-kocakkannya sehingga sebati dan gunakan semasa mencuci bahagian sulit anda. Air campuran yang lebih tadi bolehlah disimpan di dalam botol untuk kegunaan pada waktu-waktu yang lain.
  • TIPS : Air janganlah disimpan di dalam botol terlalu lama sehingga berminggu-mingu. Bimbang ia akan bertukar menjadi masam sebab air paip kita bukanlah bersih sangat. Bakteria terlalu banyak. Jika air direbus terlebih dahulu lainlah ceritanya. Ia amat sesuai digunakan ketika wanita dalam keadaan haid kerana ia amat kaya dengan bahan antiseptik dan antioksida. Seelok-eloknya gunakan setiap hari sebagai amalan. Cara ini juga berupaya untuk mengetatkan faraj anda.

MAKLUMAT LANJUT

FB : Rozina Health Care
BLOG: batubaiduri.blogspot.com

TESTIMONI

  • Lawas
  • Masalah period


HARGA

  • Hygiene wash rm25 sebotol, 80ml
  • Kapsul manjakani rm30 sebotol, ada 50 biji
  • Postage rm6
  • Sms/whatsapp: 019 513 8283 (Puan Ina)

0 Replies to “MANJAKANI HYGIENE WASH : AKHIRNYA KU TEMUI PEMBERSIH KEINTIMAN WANITA YANG SESUAI UNTUK MASALAH KEPUTIHAN | REVIEW”

  1. Wahhhh…boleh cuba ni…

  2. Bolehlah bagi wife cuba nie

  3. cer cuba. best tau

  4. Pencuci tu ok la.. hehe mnum2 lisa tk berapa suka

  5. Lepas bersalin bgus sgt guna ni. Nak beli la…

  6. Lepas bersalin bgus sgt guna ni. Nak beli la…

  7. muja selalu guna feminine wash jugak lepas jadi bini orang ni.. hehe

  8. Manjakani memang bagus sejak dari dulu lagi…

  9. Manjakani mmg bagus…

  10. Manjakani tu.. Bagus ni..

  11. wahhh bagus utk wanita, kena cuba ni..

  12. kan.. mmg kena amal ni

  13. huhu. tu la. kena gak la guna ni

  14. yup. basuhan pn ok.

  15. hehe. kan. sy pun pemalas sket. slalu lupa..

  16. yezza. jgn lupa belikan utk isteri. hehehe

  17. btul kak. sy suka sgt pencuci dia..

  18. btul2. sgt bagus

Leave a Reply

CommentLuv badge