Naracards Korea-Seoul Set

MAJLIS AKIKAH YAHAIRA LEANNE

Gambar Anak Lisa Surihani dan Yusri di Majlis Aqiqah, Yahaira Leanne

Akhirnya pasangan glamour, Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani dengan hati yang terbuka sudi berkongsi wajah anak kesayangan mereka, Yahaira Leanne dalam majlis Aqiqah yang bertemakan kampung dan batik. 

Menerusi laman sosial Instagram, Yusry memberi penjelasan mengenai isu sorok wajah anak.  

“Assalamualaikum. Alhamdulillah. Kami amat bersyukur atas kehadiran Yahaira dalam hidup kami. Tidak pernah ada niat di hati untuk ‘sorokkan anak’ seperti didakwa sesetengah. Cuma sebagai bapa, saya mahu anak saya membesar dengan cara paling normal dan sederhana. Anak yang dapat membesar seperti ibubapanya sendiri dulu dan kanak-kanak yang lain hari ini.

Saya pos kan gambar kami sekeluarga kerana semalam hari bersejarah untuk kami dan hari yang penting buat Yahaira.  Dengan terbitnya gambar ini, insha Allah anak yang tidak berdosa ini tidak akan diberi pujian melampau mahupun dikeji. Janganlah juga ibunya terus dipersalahkan kiranya mahu anaknya membesar secara sederhana. Hidup sebagai selebriti tidak pernah di’pilih’ oleh anak kami ini.

Untuk Yahaira, bila dah pandai baca & faham pos ni; Mummy & Daddy are doing this because we think it is best for you. We might not know it all but we are trying to bring you up like how your grandparents raised us.

Jadilah seorang yang bertanggungjawab, seorang yang berguna kepada masyarakat dan hamba yang selalu di sisi Allah. Amin (To my dear Sayang, Daddy to Yahaira, our protector, thank you. We love you forever and today),” kata Yusry. 

Ok la tu. Moga peminat puas hati lah ye..

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

(Visited 45 times, 1 visits today)
Tags: , , , ,

0 thoughts on “MAJLIS AKIKAH YAHAIRA LEANNE”

  1. kita hari2 pakai tema kain batik ….ehehehe

    apa yg diorang buat tu betul….suka diorang berdua….nak2 yusry dan KRU sebab lagu diorang….

  2. YB Shehan says:

    Ye lah. Dorg takut sgt dgn pcrobohan privasi mcm retis2 omputih..

  3. simple but sweet giler kan.. 🙂
    suka kata2 Yusry tu.. nampak matang di situ.. (ehh..memang matang pun, dah tua kan.. heheheheee…)

  4. Suka tema yang diorang pilih ni. Kampung2 gituu 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!