ZOO NEGARA, KAMI DATANG!

Salam

ZOO NEGARA, KAMI DATANG!

Selepas berjanji kepada Hannah sejak Daddy ada di Mekah, akhirnya tercapai juga hasrat Hannah jejak ke Zoo Negara pada 14/11/2015.

Sambil berdoa moga tiada hujan, dan anak-anak tak cranky, jam 9 lebih dah ready di Zoo Negara. Sarapan pun dalam kereta je. Macam jauh sangat je rumah kami dengan Zoo. Sekangkang kera je pun. Tak sampai 15 minit, dah sampai.

Tapi memang Mommy sengaja taknak bawa awal-awal. Biarlah mereka kenal-kenal haiwan melalui buku dahulu. Dah kenal, kita tunjuk live. Hii

TIKET ZOO NEGARA

Memang rezeki Mommy, baru niat nak bawa anak-anak berjalan, dapat maklumat ada diskaun untuk tiket zoo negara. 15 % pula tu. Mommy ada cerita terperinci di Entri : enjoy-15-peratus-diskaun-tiket-zoo-negara. Untuk pengetahuan semua, harga tiket murah ini ditawarkan sehingga Januari 2016 sahaja tau. Jangan lupa baca entri tadi untuk ketahui rahsianya.

Harga tiket zoo negara yang biasa ialah RM32 seorang, lepas diskaun cuma RM27.20. Memang untung!

JOM PUSING-PUSING

Hannah awal-awal lagi dah excited tengok semua binatang. Daddy punya skill bagi Hannah maintain terhibur ialah menyuruh Hannah baca setiap nama binatang yang dilihat. Skill membaca Hannah dah tak perlu diragui lagi. Alhamdulillah.

Ariq pula, mula-mula tu ok. Jalan sambil buat bunyi-bunyi semua binatang especially tiger & lion. Hii. Cute betul.

Abam senget.

97% difokuskan untuk anak-anak dan isteri. 3% tu ada la tengok telefon sekejap. Mommy? Memanjang snap. Dah tak payah pakai DSLR dah. Ada Note 5 kennnnnn #kerek. Kihkih

Dah ada gaya letih seorang budak tu.. Cuaca alhamdulillah. Tiada hujan.

Ok. Masih boleh tolerate kalau tengok binatang yang dia kenal.

Lama-lama boring juga. Ini petanda boring. Sampai dah taknak jalan.

Kakak posing je.

Leopard tetiba datang dekat. Pastu bersin. Ciss

Budak boring tadi tu, letak je la dalam stroller, nak meragam juga. Ngantuk ke? Bagi roti, rupanya lapar.

BARANG KENANGAN BERADA DI ZOO NEGARA

Sebagai anak yang bijak, jangan lupa pau ayahanda ye. Contohi kanak-kanak berbaju biru ini.

Dapat la sekaki payung pengelak hujan panas di dalam zoo. Haha. Garu kepala ke Daddy? Demi anak, payung kecil RM14.90 redha je laaaaaaaaa..

PANDA

Jalan semua tempat sehingga ke kawasan Panda. Tapi, kami tak beli pun tiket lawat Panda sebab mak dan anak masih dalam kuarantin. Tapi, Mommy dapat tahu, semalam, 17 November 2015, baby Panda dah mula ditayang kepada umum. Best kan? Harap ada peluang lepas ni.

Posing depan tu je la anak ye?

Jalan-jalan lagi lepas tu. Ada hujan renyai sikit. Mujurlah Hannah ada payung. Ariq terlindung dalam stroller. Sambil layan gajah ni goyang-goyang kepala. Siti namanya. Makan roti. Comel je ikut arahan penjaga tu.

Ariq akhirnya boring duduk atas stroller. Dan mula nak berjalan pula.

Bahagia Mommy tengok macam ni.

Rapat. Bergelak ketawa bersama.

Daddy ada singgah ke Muzium Lebah Sedunia dan beli air madu ni. Mujur air madu je tau!

Ariq dah mula senyum di gambar.

Takkan la gambar anak je semua kan? Jom selpiaq seketoi!

TRAM RIDES ZOO NEGARA

Selepas tawaf -tawaf semua tempat di dalam Zoo Negara, teringin pula nak naik Tram Rides.

  • Harga tiket :
    • Dewasa RM5
    • Kanak-kanak RM3
    • Ada GST. Hiii

Taknak turun lansung sebab dah penat. Nak rasa angin je sambil pusing-pusing sekitar Zoo.

Bila ditanya Hannah, seronok ke tak? Jawapannya seronok dan kakak nak aiskrim. Amboi. Sempat!

Gambar kenang-kenangan di ZOO NEGARA. Sekeping RM30 ok.

Alhamdulillah. Tercapai hajat nak bawa anak-anak ke Zoo Negara selepas Daddy balik dari Mekah. Lagi satu, Mommy pun ada janji nak ke Zoo kalau kakak perform well masa Concert Little Caliph hari tu.

Sampai hari ni la asyik sebut “Mommy.. seronok kan pergi Zoo”

Ye la. Ye la.

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

2 Replies to “ZOO NEGARA, KAMI DATANG!”

  1. Perkongsian yang menarik…

    1. Terima kasih..

Leave a Reply

CommentLuv badge