SKIM INFAQ : KAEDAH WAKAF MELALUI POTONGAN GAJI

skim-infaq-kaedah-wakaf-melalui-potongan-gaji
Salam

Mommy dapat satu ilmu hari ni iaitu Ilmu mengenai Wakaf. Anda mesti pernah dengar terma Wakaf ini tetapi, tahukah anda apa maksud Wakaf tersebut? Tahukah anda wakaf juga boleh dibuat secara tunai selain wakafkan harta kekal? Tahukah anda gaji boleh dipotong dengan KADAR MINIMUM RM5 untuk tujuan berwakaf? Jom la sambung baca.

Maksud Wakaf

  • Wakaf adalah berasal dari perkataan wakafa yang bermaksud berhenti atau tertahan.
  • Wakaf diertikan sebagai satu amalan menyerahkan harta yang dimiliki untuk kegunaan atau manfaat orang ramai.
  • Wakaf merupakan satu cabang ibadah kerana tujuan asas amalan wakaf adalah untuk mendekatkan diri dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. dengan cara membelanjakan harta ke jalan Allah.

Cara Wakaf

  • Contoh amalan wakaf adalah seperti seseorang mewakafkan tanah seluas seekar yang dimilikinya untuk dibina masjid di atasnya bagi kegunaan orang ramai beribadah dan menjalankan aktiviti keagamaan.
  • Wakaf boleh dilaksanakan dengan harta yang berbentuk kekal seperti tanah, bangunan, rumah dan juga wang tunai.

Sejarah Wakaf
Perintis amalan wakaf dalam Islam adalah dipraktikkan oleh Baginda Rasullullah S.A.W apabila Baginda membina masjid Quba’ yang dibina di atas tanah yang diwakafkannya ketika penghijrahan Baginda dan para sahabat ke Madinah. Begitu juga dengan pembinaan Masjid Nabawi di Madinah yang juga dibina dengan sumber wakaf. Amalan wakaf telah hidup subur dan diteruskan oleh para sahabat dan tabiin yang banyak mewakafkan harta untuk kepentingan dan pengembangan syiar Islam ketika itu. Ringkasnya semangat dan keyakinan masyarakat Arab ketika itu terhadap mekanisme wakaf dalam membantu membangunkan syiar Islam amat menggalakkan dan sesetengah kenyataan menyatakan bahawa telah menjadi tradisi masyarakat Arab akan mewakafkan 1/3 hartanya sebelum meninggal dunia.

BERWAKAF SECARA TUNAI

Salah satu cara BERWAKAF SECARA TUNAI ialah melalui Skim Infaq.

Skim Infaq

  • Skim Infaq adalah kaedah berwakaf melalui potongan gaji.
  • Skim Infaq diwujudkan bagi memudahkan kakitangan awam dan swasta berwakaf melalui potongan gaji secara bulanan dengan kadar minimum sebanyak Ringgit Malaysia Lima Sahaja (RM5.00) dan tiada kadar maksimum ditetapkan.
  • Skim Infaq ini telah dirasmikan pada 2 Ogos 2011 oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Aras Bawah, Dewan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Objektif Skim Infaq

  1. Memberi pilihan dan kemudahan kepada kakitangan awam atau swasta untuk menyertai Saham Wakaf Selangor;
  2. Mengumpulkan dana bagi melaksanakan projek atau program yang berupaya meningkatkan taraf sosio-ekonomi umat Islam di Negeri Selangor; dan
  3. Mendidik masyarakat membudayakan amalan sedekah berdasarkan konsep wakaf yang menjadi satu tuntutan dalam ajaran Islam.

Keputusan Fatwa

  • FATWA NEGERI SELANGOR
    • Hasil daripada wang Skim Saham Wakaf Selangor hendaklah dibelanjakan bagi tujuan pembelian aset kekal. Manakala wang manfaat wakaf Selangor boleh dibelanjakan untuk memberi bantuan dan perbelanjaan lain yang difikirkan sesuai oleh Majlis Agama Islam Selangor. (Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 5 September 2006)
  • FATWA KEBANGSAAN
    • Berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan di dalam Islam. (Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali Ke-77 yang bersidang pada 10-12 April 2007 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu)

Klik sini UNTUK BERWAKAF

Untuk maklumat lebih terperinci, sila klik Perbadanan Wakaf Selangor

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

(Visited 67 times, 1 visits today)

0 thoughts on “SKIM INFAQ : KAEDAH WAKAF MELALUI POTONGAN GAJI”

  1. baru dengar kt khutbah jumaat tadi. gooooooooooooooood info

  2. YB Shehan says:

    hihi. masjid seluruh malaysia cakap benda yg sama ke? hiii

  3. A'ishah K. says:

    Thank you for the info. Benda muamalat ni ramai orang kita tak aware sgt.

    Btw saya ada buat GA for mommy bloggers bloglist kalau rajin nak join. TQ dear

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!