Menu
Menu
banner KBBA9

Naracards Seoul Set

PART 2 : IHTIFAL : CONCERT & GRADUATION DAY LITTLE CALIPH 2015

Salam
Selepas bertungkus lumus Hannah Damia bersedia untuk perform intro masa concert nanti (baca sini), akhirnya tiba hari concert tersebut.

GRADUATION AND IHTIFAL – LITTLE CALIPH 2015

Bertempat di Dewan Perdana, Keramat Mall, jam 9 pagi, 10 November 2015, kami berada di sana. Pening juga pada mulanya nak mencari dewan ini. Daddy la gigih cari kiri kanan depan belakang atas bawah bangunan tu. Mommy? Jangan harap nak gerak. Hii. Terharu tul dengan Daddy nih. Gigih dan tak malas. Hahaha
Selepas mendaftar, kami diberikan pamplet senarai aturcara majlis. Dalam senarai aturcara majlis, ada 2 acara yang Hannah terlibat. Yang lain-lain kelas untuk anak-anak dari 3 tahun sehingga 6 tahun dan Pra Tahfiz (6 tahun advance). Grand Ihtifal ini melibatkan 2 tadika sahaja iaitu LC Ukay Perdana dan LC Setiawangsa.
Acara pertama yang Hannah terlibat ialah DOA (Little Caliphs & Dunia dan Akhirat) & HAFAZAN (Surah Al Fatihah & Ayat Kursi) by Students Ukay Perdana.
Yang kedua pula, sebagai tukang intro dalam persembahan 5 KG 1 UP – BISMILLAH & DON’T FORGET ALLAH SONG
Memang tak sempat sarapan pun. Mujurlah ada juga sarapan disediakan. Bihun Goreng
Dewan ini agak besar. Meja bulat disediakan untuk parents yang hadir. Tapi, bila persembahan dah mula tu, penuh depan pentas. Hihi
Kat luar, ada dijual bunga konvo dan macam2 lagi. Mommy kau ni.. bukan boleh nampak benda2 camni. Tak sedar diri nanti.
Ternyata, memang la betul Mommy jadi macam tu. Lupa diri. Hahaha. Pandai Daddy pilih. Hello Kitty. Hii.
Perkara yang paling Mommy risau ialah amukan si adik. Sebenarnya, Ariq demam dari malam tadi. Tapi pagi tu nampak macam dah kebah. Harap tak meragam la.
Panas datang semula. Mujurlah tak meragam. Terus tidur sahaja.

PERSEMBAHAN PERTAMA MELIBATKAN HANNAH

DOA (Little Caliphs & Dunia dan Akhirat) & HAFAZAN (Surah Al Fatihah & Ayat Kursi) by Students Ukay Perdana
Nampak Hannah? Ok dah selesai. Hihi
Hannah selalu sangat menyanyi kat rumah. Paling tensen kalau ada 1-2 perkataan yang Mommy tak faham. Contohnya dalam lagu “Solat sebelum disolatkan” ini. Ada satu perkataan yang Hannah sebut iaitu “sekarat“. Apa benda lahhhh. Sekali dapat jawapan bila anak2 3 dan 4 tahun perform lagu ini. Ada video kat tepi, siap lirik. Barulah Mommy faham. Nasyid Indon rupanya. Sekarat tu maksudnya mati. Aduhai.
Aturcara majlis diserikan macam2 lagi persembahan melibatkan 2 tadika LC.

PERSEMBAHAN KEDUA MELIBATKAN HANNAH

5 KG 1 UP – BISMILLAH & DON’T FORGET ALLAH SONG

Hannah kena intro dirinya dan bagitau lagu yang akan dinyanyikan.

Video Intro
Video penuh
Kemain kuat suara anak Mommy.
TUKANG INTRO
Mommy risau juga, boleh ke anak Mommy nak cakap depan orang ramai ni. Muka macam cuak, tapi konfiden juga anak Mommy nih.
Selesai sahaja performance, terus Mommy pergi ambil kakak dan hadiahkan beliau bunga konvo. Walaupun belum graduate sepenuhnya. Hiii. Tahniah sayang. Dah setahun kakak belajar bersungguh-sungguh di tadika Little Caliph.
Last performance dari anak2 6 tahun tadika LC ni betul2 menarik perhatian Mommy. Perform Hajj.
Pelajar 6 tahun dan pra tahfiz yang graduate.
Selesai, hannah minta buka tudung. Hahaha. Panas la tu..
Ok ini gambar yang teacher kasi semalam (12 Nov 2015) masa parents-teacher meet. Progress pelajaran hannah superb. Komunikasi pun makin mantap. Alhamdulillah.

Tags: , , , , , , , , ,

0 thoughts on “PART 2 : IHTIFAL : CONCERT & GRADUATION DAY LITTLE CALIPH 2015”

  1. Maria Firdz says:

    Meriah. Betul…

  2. Dewi Aja says:

    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini http://www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis 🙂

  3. Graduation day tadika pun nampak grand sekarang. Tapi yang paling best tentu-tentu pengisian sepanjang majlis. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!