banner KBBA9
Naracards Korea-Seoul Set

KIRA ZAKAT DARI PENGELUARAN KWSP

ZAKAT DARI PENGELUARAN KWSP

Salam. Andai saya keluarkan wang simpanan dari akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, adakah saya perlu membayar zakat?” – Mommy

Persoalan ini timbul apabila Mommy dalam proses mengeluarkan wang KWSP Mommy. Mommy ajukan soalan tersebut kepada Tuan Ahmad Zubir, wakil Sahabat Lembaga Zakat Selangor dan Mommy sudah dapat jawapannya.

Mommy juga buat lawatan ke laman web Lembaga Zakat Selangor untuk maklumat lebih lanjut.

SYARAT UMUM WAJIB ZAKAT

Pertama sekali yang kita patut ambil tahu ialah SYARAT UMUM WAJIB ZAKAT iaitu:

  • Islam
  • Merdeka
  • Sempurna Milik
  • Cukup Nisab- Harta yang haram atau syubhah tidak termasuk dalam harta yang wajib zakat. Contoh : Dividen atau keuntungan dari sebarang transaksi yang berasaskan riba’, harta dari hasil pekerjaan yang haram seperti merompak dan mencuri.
  • Cukup Haul
  • Harta Yang Berkembang

Untuk lebih terperinci maksud setiap syarat tersebut, klik sini

JENIS-JENIS ZAKAT

Untuk makluman, terdapat pelbagai jenis zakat yang wajib dikeluarkan oleh orang Islam, antaranya: 

DALIL WAJIB ZAKAT (AL QURAN)

“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.”

DALIL WAJIB ZAKAT (HADIS)

“Saidina Ali telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. dan tidak diwajibkan mengelurkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.” – Hadis riwayat Abu Daud –

ZAKAT KWSP

Hari ini, Mommy ingin berkongsi maklumat mengenai ZAKAT KWSP. Untuk maklumat jenis-jenis zakat yang lain boleh terus lawat laman web Lembaga Zakat Selangor

APA ITU WANG KWSP

  • WANG KWSP ialah wang daripada pendapatan seseorang hasil daripada pekerjaannya yang disimpan di dalam akaun simpanan pekerja kerana tertakluk di bawah akta KWSP.
  • KWSP dikenakan zakat kerana konsepnya sama seperti wang simpanan, cuma perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya seperti akaun simpanan biasa.
  • Wang ini hanya boleh dikeluarkan sebahagiannya oleh pencarum apabila ia mencapai umur tertentu dalam tempoh perkhidmatannya atau mengambil keseluruhannya apabila ia telah mencapai umur pencen atau bersara.
  • Selain daripada pengeluaran berdasarkan faktor umur, ianya juga boleh dikeluarkan setelah memenuhi syarat –syarat dibawah pelbagai Skim Pengeluaran KWSP.

FATWA ZAKAT KWSP

  • FATWA DI BAWAH SEKSYEN 47, Menurut seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam jadual dan disiarkan menurut subseksyen 48(6) Enakmen itu.

Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun.

JENIS ZAKAT KWSP

Terdapat dua pandangan berkenaan zakat bagi KWSP

  • Sebelum mencapai umur 55 tahun (pemilikan belum sempurna)
    • 2.5% dari jumlah pengeluaran KWSP adalah jumlah wajib zakat.Jumlah pengeluaran tidak mengira samada mencapai nisab.
    • Jika jumlah pengeluaran KWSP dibawah nisab,hendaklah dicampurkan bersama pendapatan lain
  • Setelah mencapai umur 55 tahun (pemilikan sempurna)
    • 2.5% atas keseluruhan wang KWSP dizakatkan seperti kaedah zakat simpanan.
    • Dengan itu,tiada lagi tolakan caruman KWSP pada taksiran zakat pendapatan untuk yang masih bekerja dan membuat caruman KWSP

Contoh Pengiraan Zakat KWSP

  • Nisab Tahun 2012 : RM13 000.00
  • Encik Ali berumur 35 tahun mengeluarkan wang caruman KWSP sebanyak RM20,000 daripada Skim Pengeluaran Pendidikan.
  • Jumlah zakat yang dikenakan : RM20,000 X 2.5% = RM500.00

APA MAKSUD KADAR NISAB

  • Kadar nisab tersebut ditentukan oleh purata harga 85 gram emas pada tahun tersebut.
  • Untuk tahun 2015 – Kadar Nisab (RM) 11,145

BAGAIMANA MENGIRA ZAKAT KWSP

CARA MEMBAYAR ZAKAT

  • Boleh bayar perlbagai cara termasuk secara online di sini.

Untuk soalan-soalan lazim mengenai kutipan ZAKAT KWSP boleh baca di sini.

Sungguh Mommy rasa kerdil kerana banyaknya ilmu yang Mommy tak tahu. Mujur juga mak Mommy yang ingatkan perihal ZAKAT KWSP ini. Terima kasih mak sebab ingatkan.

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

(Visited 577 times, 1 visits today)

0 thoughts on “KIRA ZAKAT DARI PENGELUARAN KWSP”

  1. alaaa… akaun dalam KWSP abisss dah guna buat kawin dulu.. hahahahaa.. 🙂

    apapun, nice info ni YB.. nak share kat fb eh.. TQ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post

error: Content is protected !!