TEMA PINK DI MEJA OFFICE 2015 : LATEST LOOK

Salam

Sedar tak sedar, rupanya dari 2014 Mommy guna tema pink untuk meja office Mommy ni.

Boleh tengok SEMUA POST BERKAITAN HELLO KITTY di sini.

TEMA PINK DI MEJA OFFICE 2015 : LATEST LOOK

Selepas beberapa perubahan sepanjang tahun 2015 ini, tetapi masih setia bertemakan Hello Kitty, ada beberapa aksesori yang Mommy baru je tambah hari ini.

iaitu..

jeng jeng jeng..

KEYBOARD HELLO KITTY

serta

OPTICAL MOUSE HELLO KITTY

Hihihi. Over ok. Takpe lah. Dah nak tema sangat kan?

Lain-lain masih sama je keadaan kecuali beberapa pokok kaktus sudah almampusi..

Ok dah cuba letak kat cubicle.

Nampak macam kena sangat tema hitam pink tu..

First time tengok dah tergoda sangat-sangat dah. Hii

Pertama kali guna tadi, rasa kekok. Sebab agak kecil dari biasa. Tapi, lama-lama dah ok. Hiii

Mousepad tu dah lama beli

Item lain masih sama dan setia di atas meja Mommy.

Cuma beberapa pokok kaktus je la dah takde

Cawan kaca yang Mommy pernah guna di atas pelapik ini pun telah selamat diganti cawan lain.

Jam ini sebenarnya dah habis bateri. Tapi biar je la sebagai hiasan. Hiiii

Kusyen ini memang membantu sangat-sangat ketika menyandar di kerusi.

Jadi, inilah rupa terbaru meja office Mommy. Mommy tak suka sepah-sepah. Tak reti nak buat kerja. Ambil satu persatu kerja, letak depan keyboard dan buat kerja. Kalau hari tu xde benda nak refer, kerja yang cuma memerlukan Mommy mengadap PC, so memang xde apa depan Mommy. Cuma PC. Hiii

Lain pula minat Mommy di rumah. Mengumpul Lego adalah keutamaan di rumah. Mereka di bawah ini mempunyai tugas masing-masing. Sama ada props ketika travel atau ketika food photoshoot. Hihi.

So, uols ada minat mengemas macam Mommy ni? Jom kongsi.

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

0 Replies to “TEMA PINK DI MEJA OFFICE 2015 : LATEST LOOK”

  1. wahwah..aduhai comey bangat r.. 🙂

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.