Naracards Korea-Seoul Set

SEMAK BACAAN IPU TERKINI SECARA ONLINE

Salam

Jerebu kali yang ke berapa Mommy pun dah tak ingat untuk beberapa bulan ini. Sebelum2 ini Mommy diuji dengan anak demam masa jerebu. Kali ni, anak ekzema pula. Untuk kes ekzema Ariq Emir yang Mommy cerita semalam kat entri Ekzema ariq emir makin teruk, Mommy dah dapat solution. Nanti Mommy cerita.

MAKSUD INDEKS PENCEMARAN UDARA

Indeks Pencemaran Udara(IPU) / Air Pollutant Index merupakan skala yang digunakan untuk menilai status terkini IPU jerebu di Malaysia. Penilaian seperti ini juga digunakan di negara-negara luar, tetapi ianya dipanggil Pollutant Standards Index(PSI) ataupun Air Quality Index(AQI). Semakin tinggi bacaan IPU, maka semakin meningkatlah tahap pencemaran udara di sesuatu kawasan yang diukur.

SEMAK BACAAN IPU TERKINI SECARA ONLINE

  • Layari portal rasmi Jabatan Alam Sekitar Malaysia(DOE Malaysia) di apims.doe.gov.my
  • Klik pautan yang tertulis perkataan “Continue to APIMS”
  • Sila lihat Menu di bahagian tepi kiri
  • Anda akan sampai ke bahagian Geological Map untuk semak IPU seluruh negara
  • Untuk semak IPU jerebu terkini mengikut jam sila tekan bahagian API Table [HOURLY]

Klasifikasi Tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU Tahap Pencemaran

  • 0-50 Baik
  • 51-100 Sederhana
  • 101-200 Tidak Sihat
  • 201-300 Sangat Tidak Sihat
  • >300 Berbahaya

(Visited 754 times, 1 visits today)
Tags: , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge