ORANG PEREMPUAN

Salam

credit pic : i luv islam

Kata PU Zaid

Orang Perempuan.

Orang perempuan, kalau bergaduh dengan orang dia sayang, semua kerja tak jadi.

Badmood seharian. Menangis la. Rasa nak demam la. Rasa sakit kepala la. Macam-macam perkara negatif la. Semua benda yang dia nak buat semua tak jadi…

Orang perempuan tak suka kena marah. Tak suka orang garang-garang dengan dia. Tak suka kena tengking. Tak suka diabaikan. Orang perempuan sangat suka bila ada orang ambil berat tentang dia.

Orang perempuan susah nak dengar cakap kalau orang nasihat dia sindir-sindir atau tegur kasar-kasar dengan dia. Bagi dia, cukup cakap baik-baik. Kalau dengan cara itu, in shaa Allah dia mudah terima.

Dan.. orang perempuan sangat suka dipujuk bila dia merajuk!”

Erm.

Bagi Mommy, betullah. Orang perempuan. Hati tisu. Kerak nasi.

Suka sentap.

Dah sentap, bajet nak orang pujuk. Bila dah dipujuk, mesti buat2 jual mahal. Yang orang lelaki tadi nak pujuk ni, dari nak pujuk, terus jadi taknak pujuk!

Sebab apa? Sebab malas dan rasa buang masa.

Alahai orang lelaki. Perempuan tu merajuk pun bukan sampai tahap nak pergi terjun bangunan pun. Pujuk-pujuk rayu sampai orang perempuan tu rasa menang, apa salahnya?

Jatuh ke ego lelaki tu?

Kahwin sebab sayang. Takkan nak pujuk dan menangkan orang perempuan itu pun susah? Kata sayang tadi?

Merajuk pun tanda manja. Kata nak orang perempuan tu manja-manja. Tak suka ke?

Bukan susah pun nak pujuk.

Bila orang perempuan tu merajuk, muncung sampai boleh ikat riben la mulut tu, apa salah orang lelaki tu tadi terus say:

“alala.. jangan la merajuk. sori kay? sori? sori leh tak? please? jangan la diam. please? ololo comey abang!”

Orang perempuan.. nak merajuk lagi ke lepas tu?

Tak jalan? Ok. Biar tenang kejap. Tengok mulut orang perempuan tu tadi. Dah tak perlu ikat riben dek muncung tadi ke tak? Ok.. Kalau dah tak perlu, mulakan step. Wording macam tadi, plus pegi je peluk. Bukannya orang perempuan tu nak pergi cari pisau nak toreh dada orang yang peluk tadi pun! Dah peluk, say la sori sikit!

Itu pun nak kena ajar ke??

Mengalah bukannya bererti salah. Silap-silap lepas pujuk tu, kemain lagi orang perempuan tu pun say sorry & bertambah mesra.

End up, ada anak baru pulak. Eh.

Kbai.

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.