BAYI DITEMUI KESEJUKAN DI DALAM MESIN BASUH

Salam.

Allahu. Terkejut sekejap Mommy baca berita ni.

Bayi ditemui kesejukan dalam mesin basuh.

Mommy rasa ni kes panik dan main letak je. Mujurlah baby tu selamat.

Baca

YAN: Seorang bayi perempuan berusia sehari ditemui dalam sebuah mesin basuh milik salah seorang penduduk di Kampung Ulu Dulang Kechil, Yan, Kedah, lewat malam Selasa.
Tambah menyedihkan, bayi malang tersebut ditemui dalam keadaan kesejukan dan menangis tanpa dibalut dengan sebarang pakaian.
Ketika kejadian, Zainol Hamid, 71 yang sedang beristirehat bersama keluarga di bilik berasingan, terdengar suara tangisan bayi dari arah belakang rumahnya.
“Saya baru keluar tandas, tiba-tiba saya dengar bunyi tangisan bayi di belakang rumah. Saya cari di bahagian dapur, rupanya bayi tersebut ada dalam mesin basuh tanpa pakaian dengan tali pusat,” katanya kepada Astro Awani.
Zainol kemudiannya membuat laporan polis dan percaya bayi berkenaan telah dibawa masuk melalui pintu belakang rumah yang tidak berkunci sebelum melarikan diri.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, DSP Muhamad Halim Yatim ketika dihubungi berkata, pihaknya ada menerima maklumat tentang kes pada jam 10.44 malam sebelum bergegas ke lokasi.
Sebaik tiba, bayi perempuan itu yang dalam keadaan cukup sifat, disahkan sihat oleh pembantu perubatan Hospital Yan yang juga tiba untuk membuat pemeriksaan.
Siasatan awal mendapati, suspek dipercayai memasuki rumah penduduk berkenaan dari pintu belakang yang tidak berkunci sebelum meletakkan bayi berkenaan dalam mesin basuh.
Tambahnya, pihak polis kini sedang mengesan suspek dan meminta mana-mana hospital atau klinik swasta supaya segera menyalurkan maklumat sekiranya terdapat individu yang disyaki datang untuk mendapatkan rawatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.


****

Mommy takut sangat2 dengan zaman sekarang. Kalau sekarang ni dah macam2 kejadian berlaku, bagaimana pula masa depan. Bekal apa yang perlu kita beri buat anak2 kita? Cuma IMAN semata2. Mudah2an anak2 kita selamat dari perkara bahaya dan juga berjaya menghindari maksiat.
Peranan parent, tak mudah. Tapi berusaha dan berdoalah.
Kadang2 orang cakap, kes gejala sosial ni akibat salah didikan. Tapi kalau ia disebabkan oleh penjahat yang rakus mencari mangsa, salah siapa pula? T_T

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Leave a Reply