DIY BIRTHDAY DOORGIFT : HELLO KITTY CUTLERY HOLDER

DIY BIRTHDAY DOORGIFT : HELLO KITTY CUTLERY HOLDER
Salam
Sebenarnya Mommy patut mulakan projek DIY BIRTHDAY DOORGIFT : HELLO KITTY CUTLERY HOLDER dari minggu lepas lagi (cuti raya haji), tetapi tak sempat. Busy plus tak sihat. Tidak termasuk lagi kes lupa. Sigh.
Maka,
Malam tadi sahaja masa yang tinggal untuk siapkan DIY BIRTHDAY DOORGIFT : HELLO KITTY CUTLERY HOLDER ini.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah
  • Cutlery / Sudu garfu – beli di Mr DIY – RM2.30 ada 12pcs
  • Sugar paper – beli di Popular – RM0.55 sekeping
  • Gunting
  • Tali – beli di kedai Craft – RM5.90 segulung
  • Sellotape
  • Gam
  • Stiker hiasan (print je) 
Caranya sangat mudah:
  • Lipat di hujung kertas yang digunting bersaiz empat segi tu..
  • Letak hujung sudu (bukan seperti Mommy letak di gambar tu) di tengah2 lipatan
  • Selotape supaya sudu tak bergerak
  • Lipat sahaja
  • Tampal selotape di bahagian belakang
  • Gamkan sticker
  • Ikat tali
Hasilnya begini
 
Masa ni Mommy baru siapkan 9 set sahaja. Bayangkan Mommy kena siapkan 100 set.
Namun, pukul 12 tengah malam, Mommy dah tak tahan. Asyik2 kena stop. Biasalah, 2 orang anak Mommy tu memang manja sangat2. Tak boleh kalau Mommy tak layan. Sebab tu Mommy suka kalau buat kerja2 DIY ni, biarlah masa dorang tidur. Hmmm
Akhirnya.. mampu siapkan 30 set sahaja..
Mommy dah pesan kat Hannah, untuk kelas 5KG1 sahaja iaitu kelas dia. Soalan yang berbangkit masa tu, kelas lain macam mana? Adoi la anak. Ampunkan Mommy lah. Tak larat. Masa ni la Mommy nak kena potong kertas, gunting printed sticker bulat, gunting tali, semua lah. Takde assistant. Sori ye nak.

Leave a Reply

CommentLuv badge