Menu
Menu
banner KBBA9

Naracards Jeju Set

INFO MUDAH FAHAM : HAJI DAN UMRAH & SOALAN BERBANGKIT

Salam

p/s : Info ini Mommy buat koleksi yang Mommy nak tahu sangat-sangat. Untuk lebih terperinci, boleh rujuk laman web ini.

Gambar masa Daddy buat umrah pada 09082015 baru2 ini.

Siapakah yang diwajibkan mengerjakan haji dan umrah?

  • Orang yang wajib mengerjakan haji dan umrah ialah orang mukallaf yang berkemampuan iaitu ada perbelanjaan untuk dirinya dan orang yang ditanggungnya sama ada yang pergi bersamanya atau yang ditinggalkan, sihat badan, ada kenderaan, aman perjalanan dan tiudak untuk masa. Orang perempuan perlu ada mahram atau pergi dalam kumpulan ramai wanita. Yang bersuami perlu keizinan suami. Orang yang berhutang yang perlu dibayar pada masa ia hendak pergi perlu membayar hutangnya. Kalau hutangnya bertangguh perlu ada penjamin atau mendapat izin dari yang punya hutang

RUKUN HAJI (6 PERKARA)

  1. Niat ihram mengerjakan haji
  2. Wukuf di Arafah
  3. Tawaf di Kaabah
  4. Sa’ie di antara Bukit Safa dan Marwah
  5. Bergunting atau bercukur rambut
  6. Tertib pada kebanyakan rukunnya

Wajib Haji 7 Perkara

  1. Berniat ihram di Miqat
  2. Bermalam di Muzdalifah
  3. Melontar jamrah aqabah di Mina pada 10 Zulhijjah
  4. Bermalam di Mina – sekurang-kurang 2 malam, malam 11, 12, 13 Zulhijjah.
  5. Melontar 3 jamrah sekurang kurangnya dua hari pada 11, 12, 13 Zulhijjah.
  6. Meninggalkan larangan ihram
  7. Tawaf wada’ (selamat tinggal)

RUKUN UMRAH (5 PERKARA)

  1. Niat ihram mengerjakan umrah
  2. Tawaf
  3. Sai’e
  4. Bergunting atau bercukur
  5. Tertib

Syarat Wajib haji dan umrah itu adalah sama sahaja iaitu:

  • Islam – tidak wajib atas orang kafir dan murtad
  • Baligh – tidak wajib atas kanak-kanak tetapi sah hajinya dan tidak gugur wajibnya bila baligh
  • Berakal – tidak wajib atas orang gila dan jika dilakukan juga, tidak sah hajinya
  • Merdeka – Hamba abdi tidak diwajibkan, tetapi sah hajinya dan diberi pahala
  • Berkuasa / Kemampuan – Berhubung dengan berkuasa atau berkemampuan, ini ialah berdasarkan kepada Firman Allah S.W.T yang bermaksud: ” Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan di antara mereka” (Surah Ali Imran ayat 97)

Bagaimana cara mengerjakan haji dan umrah?

  • Ada 3 macam cara:
  1. Cara tamattuk iaitu mendahulukan umrah sebelum haji dalam bulan-bulan haji.
  2. Cara ifrad iaitu mendahulukan haji sebelum umrah di dalam bulan-bulan haji.
  3. Cara qiran iaitu dibuat haji dan umrah sekali gus
  • Haji Tamattuk
    • Apabila seseorang itu sampai di Miqat/Jeddah dia terus berniat mengerjakan umrah sahaja, lalu dia masuk ke Makkah membuat tawaf umrah, bersai dan bercukur. Dengan ini dia keluar dari ihram. Ia boleh melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram kecuali memburu binatang di tanah haram atau mencabut pokoknya kerana larangan ini tetap ada dalam tanah haram pada bila-bila masa. Apabila sampai 8/9 Zulhijjah barulah dia berihram untuk haji pula dari tempat tinggalnya di Makkah dan meneruskan amalan hajinya. Orang ini dikenakan dam.
  • Haji Ifrad
    • Apabila seseorang itu sampai ke Miqat/Jeddah ia terus berniat haji dan dia masuk ke Makkah membuat tawaf Qudum (selamat datang) hukumnya sunat dan dia boleh membuat sai haji jika ia mahu dan tetap dalam ihram hingga selesai amalan haji. Kemudian barulah dia boleh membuat umrah.
  • Haji Qiran
    • Apabila seseorang itu sampai ke Miqat/Jeddah ia berniat haji dan umrah sekali gus. Dia meneruskan amalan haji sahaja. Umrahnya termasuk sekali. Orang ini juga dikenakan dam.

Berapakah jenis tawaf?

  1. Tawaf ada enam jenis.
  2. Tawaf Haji
  3. Tawaf Umrah
  4. Tawaf Qudum
  5. Tawaf Sunnat
  6. Tawaf Nazar
  7. Tawaf Wada

Bagaimana cara mengatasi masalah bagi seorang yang tidak dapat menghafal atau membaca bacaan-bacaan yang ikhaskan semasa mengerjakan tawaf dan sai?

  • Bacaan di dalam tawaf dan sai semuanya sunat. Malah semua bacaan di dalam haji dan umrah adalah sunat. Tidak mengapa dibacanya apa sahaja doa yang diketahui atau membaca surah-surah pendek dari Al-Quran semasa tawaf, sai dan wukuf.

Adakah sempurna satu pusingan tawaf seorang yang terjatuh semasa melakukannya dan beberapa kali terlepas dari mengirikan bahunya ke Kaabah kerana ditolak?

  • Kalau ia yakin bahawa bahu kirinya telah terpesong dari Kaabah semasa ditolak atau terjatuh itu dan ada bahagian tembok Kaabah itu yang tidak sempurna dikelilingi maka hendaklah ia berundur ke belakang untuk menyempurnakan perjalanan tawafnya, jika tidak munkin, hendaklah ia menambah bilangan untuk menyempurnakan tujuh pusingan yang sempurna.

Wallahualam.

Tags: , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!