PETUA KEPADA ANAK YANG XMAU BERENGGANG : JANGAN MANDI DENGAN ANAK??

Salam

Nak cerita satu perkara. Kes ini setahun yang lalu. Masa tu AE baru berumur 1 tahun 10 bulan (kalau ikut tahun, dikira umur 2 tahun la) lebih kurang. Jadi nak dijadikan cerita, tadika yang HDAE stay tu buat keputusan (masa bulan 7, 2014) yang dorang taknak jaga AE lagi. Alasan, tadika tu taknak jaga budak bawah 3y. Maka Mommy struggle lah jugak nak kena cari tadika lain masa tu. AE masuk tadika tu awal tahun dalam bulan 3, 2014 dengan HD sekali. Alhamdulillah HD bab belajar & start bercakap properly pun masa kat tadika tu.. Tapi AE.. tetiba plak dorang taknak jaga.

Siasat punya siasat, katanya AE susah nak berenggang dengan cikgu. Jadi cikgu nak handle budak lain agak susah. Dengan suka nangis jugak. Tapi dorang tak pernah info pun. Hmm. Tak salahkan cikgu pun, kesian pulak rasa dorang tanggung tapi tak info.

Sebab selalu nampak ceria je camni..

Pic kat tadika tu (masa ni dah tak stay tadika tu, pegi melawat je)
Tapi, sebenarnya most of the time macam ni!

Kat rumah, sikit punya susah laa nak berenggang. Sampai nak berak pun tak tenang!

Jadi, masa struggle cari taska & pengasuh bulan 7 tu.. Mommy berjaya la dapat 1 taska kat rumah. AE ni kalau tak kenal, memang akan menangis je. Jadi, hantar 1st day tu, taska info 1 hari menangis.  Adehh. Mampoih la gini. Masa Mommy hantar pepagi tu bukan main meraung. Siap tv pulak gila punya kuat. Mommy dah terdetik dah. Budak ni bukan boleh bingit sangat. Adeh..

Then hari ke 2, taska info masa lunch time, hidung AE berdarah. Mak aih. Gapo pulak! G check, nothing. Hmm.

Masa 3rd day, nasib la berjumpa pengasuh muda yang nak jaga budak. Jaga la sekejap. Dah siap kompem boleh jaga dah. Tetiba malam tu mesej bagitau tak boleh nak jaga. AE takle nak berenggang. Camne nak jaga budak2 lain juga. Dia baru dapat tau pregnant. Tak berani nak dukung AE kerap sangat sebab takut pengalaman gugur tu datang kembali. But, baru tau alhamdulillah dia dah dapat baby now. Baby boy. Eh. Ke situ plak ceritanya.. Hikhik. Jadi, ble dia info tak dapat jaga, dia kasi lah 1 nombor pengasuh jugak. Blok yang sama dengan Mommy.

Alhamdulillah dia mau jaga till now.

BUT!!

Berbalik kepada tajuk Mommy tadi, apa kaitan pulak dengan mandi ni??

Sepanjang pengasuh ni jaga, memang hanya Allah yang tahu katanya. Kena bijak saiko, dan lagi, dan lagi. Sampai tak boleh nak describe. Dah hampir give-up selepas 2 minggu. Tapi dia cuba tahan sampai akhir bulan.

Kendian, by akhir bulan Mommy dah get ready nak hantar ke tadika lain dah. Tapi, pengasuh offer tanya nak dia jagakan tak? Sebab macam dah boleh catch ‘perangai’ AE ni. Mommy syukur la jugak!

Pastu bila dok borak2 tiap2 petang, pengasuh ni tanya Mommy. Siapa yang mandikan AE? Selalu mandi sekali dengan dia tak?

OPKOS LA KAN!!

Jadi, petua yang diberikan ialah JANGAN MANDI SEKALI DENGAN ANAK. Air yang tercurah dari badan kita, bile terkena dia, lagi eratlah & taknak berengganglah anak & ibu tu.

Mommy macam.. EH. APA BENDA PULAK PETUA CENGGITU!!

Tapi, demi nak atasi masalah taknak berenggang ni, Mommy memang tak mandi dengan anak lagi. Selalunya Daddy yang akan tolong mandikan. But, Mommy tetaplah mandikan anak kalau Daddy tak ada kat rumah atau tido ke apa kan.. Cuma tak mandi sekali. Paham ke tak ni? Hahaha. Jangan la togel. Pakai la bikini ke, kain basahan ke. But cara macam ni la yang dorang tak kasi.

Tolong mandikan takpe. Jirus je. Hahaha.

Dalam masa yang sama, Mommy minta tolong seorang ustaz datang tengok rumah & AE sekali. Alhamdulillah lepas tu memang dah kurang masalah ni. Berenggang pun takpe dah. Takde la nak tunggu depan toilet nangis2 dah. Takde la nak meraung kalau tak duduk tepi dia. Takde la nak histeria kalau Mommy hilang dari pandangan. Alhamdulillah sangat2!!!

Yang taknak percaya, tak kisah. Kita usaha je mana yang boleh.

Cuma, ingat tak orang pesan.. “MANDI DENGAN SUAMI AKAN ERATKAN HUBUNGAN”??

Jeng jeng.

Kbai.

(Visited 550 times, 1 visits today)

1 thought on “PETUA KEPADA ANAK YANG XMAU BERENGGANG : JANGAN MANDI DENGAN ANAK??”

  1. Diana says:

    Itula. Sama. Anak susah nak dengan orang lain. Pengasuh pula cuti bersalin. Bertabahlah juga nak mencari orang yang boleh tolong jagakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!