UPDATES MENGENAI HANNAH DAMIA : 4Y 9M

Assalamualaikum.
Rasa dah lama x cerita pasal perkembangan Hannah Damia nih kat blog Mommy. Ye la.. Semua cerita uols boleh ikuti melalui Instagram Mommy.

Alhamdulillah. HD dah cukup 6 bulan belajar di Tadika Little Caliph. Perkembangan HD Subhanallah hebat! Alhamdulillah.

Semua tu atas usaha diri dia sendiri. Mommy Daddy mampu beri sokongan kot tepi je la kan?

Start belajar di LC masa bulan 1 dan dalam masa sebulan tu Mommy dapat dengar dia solat & baca semua bacaan dalam solat dengan sungguh baik sekali. Allahu. Memang terkejut. Start dari iqamat sehinggalah tahiyat akhir. Hanya Allah yang tahu hati Mommy masa tu. Melihat anak Mommy yang baru 4 tahun 4 bulan boleh solat dengan baik sekali.

Mommy yakin. Setiap tunjuk ajar guru2 memang cepat meresap masuk ke dalam otak HD. Syukur ya Allah. Kau berikan kelebihan ini buat anakku.

Borak2 memang dah banyak la. Walaupun kadang2 tu Mommy struggle nak dapat apa yang dia cuba sampaikan. (HD ada sket delay in speech dulu. by 3y baru start buat ayat betul)

Report day baru2 ni dapat feedback yang memberansangkan dari teacher kelas beliau. Antaranya paling cepat tangkap, lebih gemar diam untuk memorize terlebih dahulu, kemudian masa beraktiviti dia akan revise sendiri & sebut2 sambil ajar kawan2

Sangat sensitif. Hahaha..

Ini memang Mommy dapat jangka dah. Pantang orang usik atau ambil barang dia ke, mulalah.. air mata menderu.

Lain2 alhamdulillah. Xde masalah sangat. Bab berkawan memang mudah.

Isu lain
Ada beberapa isu lain yang Mommy pantau & agak kurang berkenan sekarang. Pertama ialah jangkitan kutu. X sure lah mana datangnyaaaaaa. Kat rumah memang clear. Bila pegi sekolah je, balik tu sikat, ada balik. Adoi. Dah sampaikan kat teacher. Harap dorang ambil tindakan lah.

Tudung tertukar. Baru2 nih Mommy ada purchase 1 tudung. So ini salah Mommy juga la sebab terlupa tulis nama atau letak tag macam Mommy buat kat uniform dia tu. Mommy dah mntk tlg teacher buat announcement kat whatsapp untuk return tudung (siap ada brooch kalau nak kenal pasti). Ntah lah. Buat ke x. Sampai sekarang belum dapat lagi. Ermm. Redha je lah.

Lately nih perasan HD agak kasar. Bila bercakap dah macam ala2 tentera dah. Pastu siap kasar2 dengan adik dia. Bila tanya, sape buat gini? Teacher lah?! Alamak!! Mommy pun start la korek2 slowly sebab HD ni memang TIDAK PERNAH BERCERITA PERIHAL GURU2 dia. Bila tanya teacher garang x? Dia jawab x.
Sehinggalah baru2 ni Mommy tunjuk pic adik Yaya yang kena pukul dgn mak dia tu. Saje la pancing. Tengok nih, teacher dia pukul baby nih. Kesiannnnn sangat.
Tetiba
“kakak pun. teacher buat camni (demo tarik telinga sendiri), pastu cmni (demo tumbuk dada dia sendiri).”

Allah..

Apa tu kakak? Ermmm.. Betul ke nih kakak?
Then malam2 bila kami tengok cara dia main dengan adik pun cm kasar. X macam dulu. Cepat je dia nk buat adik/tolak adik. Adoihh..

Pengaruh rakan sebaya atau balas dendam ke apa?
Tskkk..

Nanti nak tanya teacher.

Bab2 lain macam teacher cakap kuat2 menengking tu (pernah terdengar suara teacher dari tmpt Mommy park kete), Mommy x amek port sangat la sebab pk nanti ke depan nanti lagi banyak cabaran dia. Lagipun, kita sebagai mak pak pun kdg2 tinggi suara jugak. Mau gegar rumah. Ini kan pula teacher yang jaga sampai berpuluh2 budak. Redha yang tu..

Well..

Efforts teacher utk HD memang x le nak dibalas dengan apa pun. Alhamdulillah dan terima kasih untuk ilmu2. Hannah pun makin improve day by day. Allahu.. Malam2 memang x risau sebab dia memang suka sangat buku2. Mommy pun kena spend time studi sekali setiap malam. Mommy x kisah sebab memang suka!

Moga anak Mommy sentiasa cemerlang di dunia & akhirat. Sayang Mommy Daddy & adik ketat2 ok! We love u so much!!

Regards,
Mommy Hannah Damia ‘n’ Ariq Emir
Important :
– Declaration of images are the intellectual or personal property of the blog owner; YB Shehan.
– Declaration of image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; YB Shehan. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.
– Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; YB Shehan.

Leave a Reply

CommentLuv badge