TAK PANDAI ENGLISH LA! CAMNE NAK” SPEAKING”???

Assalamualaikum.

Speaking tu kan bercakap. Xkan x pandai?

Haha. Ok2. Speaking ni selalunya orang lebih refer utk cakap dalam bahasa inggeris la. Selalunya kita jadi segan silu, x berani, rendah diri, x konfiden bila nak bercakap. Kononnya kita x pandai english, takut salah sebut, salah bunyi, salah perkataan, salah semuaaaaalah..

It is better to Try & Fail THAN Fail to Try.

Biarlah broken sekalipun untuk permulaan.

1. Mommy dapati kalau nak improve English masa bercakap ialah melalui BERFIKIR DALAM BAHASA INGGERIS. Maksudnya, kalau kita nak bercakap sesuatu in English, latih lah otak tu berfikir in English jugak. Kalau perlu tulis dulu, tulis sahaja apa yang kita nak cakap tu. Asalkan word yang keluar dari otak tu ialah apa yang kita nak cakap.

2. Persekitaran juga memainkan peranan yang penting. Keterpaksaan bercakap dalam bahasa inggeris akan membuatkan otak kita ligat berfikir in english. Ini contoh tepat bila Mommy kena kerja dengan bos & staff yang bukan Malaysia mari. Chinese & Philippine. Memang hari2 kena ligat fikir. Plus, masa kat UIA dulu sah2 medium of instruction tu in English. Wajib lah. Masa zaman sekolah, tiada keterpaksaan sangat, sebab tu kurang ‘speaking in London’ katanya. Macam sekarang, nasib baik la jugak bos Chinese. Kena la ckp English. Tapi kadang, cakap jugak Melayu. So, cmne nak improve?

3. Kalau xtau certain words untuk diungkapkan, jangan segan silu bertanya. Kalau x tau maksud, pun jangan malu bertanya. Mommy masih ingat lagi, zaman sek rendah, sampai menengah, sampai la sekarang, kamus memang kawan baik Mommy. Cikgu Tuisyen pernah panggil Mommy “miss kamus”. Haha. Semua tu kenangan kot. Masa kat UIA pun, kalau Mommy x tau maksud, memang Mommy tanya je kawan sebelah yang lebih faham. Jangan malu bertanya walaupun perkataan itu mungkin ‘kacang’ bagi orang lain.

4. Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English-Malay.

5. Konsisten kalau bercakap dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh, jangan campur2.

6. Mulakan bacaan dengan bahan bacaan mudah. Macam Mommy nak belajar bahasa mudah melalui Majalah Cleo. Percaya?

7. Kalau perlu ‘pause‘ sebelum speaking tu, pause lah sekejap. Tarik nafas, berfikir & karanglah ayat yang sesuai.

8. Gunakan contoh ayat dari Google kalau nak cuba bicara ‘melalui email‘. Taip sesuatu ayat, kemudian baca semula & buat ayat sesuai. Itu juga satu pelajaran tau. Later, x perlu google dah sebab dah ingat camne nak karang ayat kan???

9. Practice bercakap setiap hari. Mungkin melalui bacaan ‘bed time stories’ untuk anak2 contohnya. Masa melatih anak2 mengenali sesuatu benda, itu lah juga masa kita kukuhkan bahasa inggeris kita.

10. Jangan malu. Cuba dahulu.

Regards,
Mommy Hannah Damia ‘n’ Ariq Emir
Important :
– Declaration of images are the intellectual or personal property of the blog owner; YB Shehan.
– Declaration of image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; YB Shehan. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.
– Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; YB Shehan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge