TEMUJANJI SPEECH THERAPY ARIQ EMIR (3RD SESSION)

PARENTING
Assalamualaikum.
Memandangkan ENT procedure masa hari tu x dpt buat (baca sini), so semalam (06052015) merupakan sesi temujanji ke 2 bersama pakar ENT.

Serius sket dik!

Ok sengih! Tihihi
 
Amazing sgt 2 beradik ni sebab malam tadi pesan sila bangun awal sebab kena pegi sekolah awal (kakak) & nak g hosp awal (adik) Jam 6 dah bangun. Baguih!
So, jam 11 lebih gtu AE dah amuk2 nak tido. Bf pastu zzzzzz. Eh.. ada ku kesah bf kat public area? Malu atau x, dat is ur prob. Sape suh tengok? Eh emos ttiba. Hahaha.

So, dah rasa cm lega sket beliau tertidur, dengan harapan beliau xkan amuk ketika pakar check telinga tu. Sekali fail da. Pakar jolok je kanta dlm telinga, terjaga terus! Nangis x hengat. Xde tahi telinga keras, cantik dah nampak gegendang, so leh wt audio test.

Kami masuk dalam bilik kedap bunyi. Memang rasa pekak/bengang telinga sekejap sebab mmg sunyi giler. Huuuu.

Dorang nak test AE alert ke x dengan bunyi.

Boleh tengok video “AUDIO TEST” ni
https://instagram.com/p/2U5uqNiYzu/?taken-by=myapilot

 Doc kasi mainan & suh letak one by one once ada bunyi. But opkos la dia x reti nak ikut arahan cenggitu. X biasa. Hii. So doc pastikan dia bg bunyi je, then AE akan toleh (means dia alert). Even bunyi yang saaangat slow, dia akan toleh. Maksudnya dah cantik result tu.

Doc nak buat gelombang punya test pakai headphone. Memang haram la ssuatu item nak letak kt kepala AE nih. Sure tarik punya. Cap pun dia cabut. Hahaha

So since result alert td dah cun, doc kata boleh discharge dah from ENT procedure (actually test utk hearing je, nose & throat xde pun)

Memandangkan jam masa tu baru 1230, ada masa untuk menunggu sehingga jam 330pm untuk 3rd session Speech Therapy. Memang Mommy akan pilih hari yang sama kalau ada hal lain kat hosp tu. Sebab ST nih sejam je. Letih asik nak cuti je. Dah la cuti sikit. Isk.

Jom pegi makan & tengok Avengers jap (konon! x sempat pun tengok!)

p/s: sape nak Naelofar Hijab (babes & basic) HARGA PROMO mcm Mommy pakai tu, sila info yer. Leh PM kat Lil HDAE Closet jugak

So, AE amek kesempatan masa ni untuk tido. Hampir jam 330pm, beliau terjaga. Mommy dah get ready mcm2 food dah so dat dia x amukan. Bila aktif, mcm ni plak kekdahnya. Dari satu kerusi ke satu kerusi beliau slowly jalan. Tau plak takut jatuh eh dik?

tu jatuh sekejap la tu, pastu bangun balik.

3RD SESSION of SPEECH THERAPY

ok, untuk kisah 3RD SESSION of SPEECH THERAPY nih, ST (Therapist) memula tanya progress AE dari memo yang dia bagi masa 2nd session tu, perkembangan BEHAVIOUR AE & juga pertambahan skill & vocab AE.

So far ada 3 vocab paling obvious iaitu, ITU, NAK & NAH. Ini memang paling obvious la. Boleh tengok video “ITU” nih
https://instagram.com/p/2TFsUViY7Y/?taken-by=myapilot

Apa yang Mommy dapat masa 3rd session nih?

1. AE tnjuk skill tantrum. Punca ialah bila kita request mknn/apa2 shj yg dia tengah pegang. Masa tu dia tengah makan cookies. ST minta, dia sendiri yang bagi kt ST, kemudian meradang sebab ST betul2 amek.
2. Beliau baring. Nangis. tapi x guling2. statik nangis baring tu. Hampir 10 minit.
3. Apa ST, Mommy, Daddy sudah pekak kah, x dengar AE nangis? sebab kami tengah buat TOTAL IGNORE tips.

Apa kebenda plak TOTAL IGNORE tips tu?
– betul2 buat taktau la! memang x pandang AE langsung.
– kami borak, amek toys & masa tu cakap kuat2 macam ala2 geng Hi-5 (rancangan tv tu) tengah main.

Toys pertama (suara kuat. memang Mommy rasa awkward ms tu.kihkih):
ST : wah.. ini bola la. cepat2 mommy pass kat daddy!
Mommy : ye la.. besnya. Nah Daddy!
Daddy : wow.. ada warna yellow la!

Hasil:
Dari ekor mata kami, mmg AE tengok, tapi lagi kuat dia nangis. So, wt derk lagi & terus main.

Toys kedua (ada bunyi)
ST : wah.. besnya. ada monkey, lion
Mommy : (tekan2 bunyi) mcm dok tayang2 kat AE tapi toys tu still mengadap Mommy (jgn tunjuk depan toys tu kt AE. Sebab nak bagi dia TERINGIN NAK TENGOK apakah yg Mommy sedang tengok & tekan tu)
Dan ada satu ketika, AE ttiba diam sekejap. Ok, masa tu, ST pesan, TOLEH CEPAT2 & tanya dia “ARIQ NAK MAIN TAK?”

Kalau dia sambung nangis, sila teruskan TOTAL IGNORE semula.

So, AE semalam masa dia silent sekejap dlm 3 saat tu, Mommy hulur tangan. Dia sambut & bangun (xde nangis). So masa tu, Mommy pass bola kat dia (1st toy tadi), terus mood ok & senyum k!

SEE!!
Dorang tantrum SEBAB NAK PERHATIAN!!

Remember

– andainya dia sambung menangis lagi lepas kita tanya, kena truskan total ignore tu
– bila ada silent moment tu, cuba hulur mainan
– andai dia nangis semula masa dia dah pegang toys tu, JANGAN RAMPAS! Sebaliknya perlahan2 turunkan jari dia dr pegang toys tu & kita sambung total ignore & main semula mcm mula2 tadi
– andai dia dah x nangis, ok proceed main dgn dia sekali
– selain JANGAN RAMPAS, anda kena pastikan jugak anak2 tidak MEMBAHAYAKAN DIRI MEREKA masa kita dlm TOTAL IGNORE mode tu. Cthnya, gi hentak2 kepala, g amek pinggan ketuk kepala sendiri, g cium dinding kuat2, golek2 sampai ke highway depan rumah. Itu TIDAK BOLEH IGNORE la! tihihi. x lawak ni. serius.
– solution bila bahaya gtu, amek dia & letak tempat selamat sket & TOTAL IGNORE mode boleh ON balik. Cepat2 jadi clown yang cakap sorang2 secara kuat2. Bagi dorg tertarik.
– Masa TOTAL IGNORE mode tu, JANGAN ADA EYE CONTACT langsung!

JANGAN TENGKING, JANGAN MARAH, JANGAN PUKUL. BUAT BODOH

Insya Allah nanti Mommy sambung lagi. Otak xle refresh sebab notes tertinggal. Hikhik

TERLEPAS CERITA?
Baca 1st session di sini
Baca 2nd session di sini

Regards,
Mommy Hannah Damia ‘n’ Ariq Emir
Important :
– Declaration of images are the intellectual or personal property of the blog owner; YB Shehan.
– Declaration of image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; YB Shehan. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.
– Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; YB Shehan.

(Visited 97 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *