Menu
Menu
banner KBBA9

Naracards Jeju Set

TEMUJANJI SPEECH THERAPY ARIQ EMIR (2ND SESSION)

Assalamualaikum

Mommy dah pergi 2nd session SPEECH THERAPY (1st session klik sini) kat Hosp Ampang minggu lepas (01042015), so Mommy kena praktis macam2 jugak la demi dia. Oh ya, ENT session pun ada jugak masa pagi tu tapi x boleh buat sebab ada tahi telinga keras. xle korek. x le cuci. kena clear dlu pakai ubat. Next month dtg plak. Hmmm..

So, antara aktiviti yang dia buat ialah main2 dengan Therapist masa tu.

1. Main Lego

 
2. Main masak2
 3. Main air & animals
4. Main cars

Therapist trace yang AE ada masalah dari segi behaviour. Bukan dia bad boy ke apa. Tapi lebih kepada TIDAK TAHU CARA BERMAIN. Barang2 yang dia suka main selalunya dia akan baling2. Mungkin dia ingat selama ni semua item itu cara mainnya seperti bola. Masa dia main aktiviti2 kat atas tu, setiap kali kita interrupt dia, dia akan samada baling item tu, atau amuk. Potong stim kot.

Contoh:
1. Lego – fokus mula2. ikut apa yang kita buat. lama2 boring & xnk folo dah
2. Masak2 – pun sama
3. Air – ini paling suka. Sejuk2 pn dia tetap celup tangan, kocak2 tangan kt air tu. Masa ST masukkan duck/frog, dia nak baling toys tu keluar (nampak x suka diganggu)
4. Cars – dia x baling la pulak. Sebab ni terbiasa main kat rumah. Sorong2 depan dia.

Satu faktor UTAMA yang mungkin mengganggu dia masa tu ialah AIR COND yg super sejuk. X tenteram dia. Lepas ni kena bawak socks!

yang xde prob is main cars. Sebab dah biasa. So point kat ctu is TAK TAHU MAIN rupanya.

**************************

So, apa yg Mommy kena buat is DEALING HIS BEHAVIOUR first.

1) AE suka SHOUT, CRY & EXTEND BODY
– so apa yg Mommy Daddy kena buat ialah BE FIRM & USE SHORT SENTENCE
– ekspresi wajah kena ala2 TENSE tapi idok ler kena jegil mata. ngee
– TOTAL IGNORE masa dia cry/shout. Distract beliau dengan ajak main

2) Play VARIETY TOYS
– so masa dia THROW something tu, SAY NO (in FIRM voice tone & TENSE face)
– then PLAY SOMETHING (satu persatu)

3) DESCRIBE/LABEL
– apa yang AE buat & apa yang MommyDaddy buat

4) Use short sentense, sounds & movement kena ada masa main dengan AE

Insya Allah. Semua nih kena setelkan dalam masa sebulan sebelum 3rd session on 6.5.2015 nanti.
PRAY FOR US PLSSSSSSSSSS

*********************************

Now Mommy ada task untuk RESEARCH “BEHAVIORAL INTERVENTION STRATEGIES/ MANAGEMENT”

Terjumpa blog

INI

Masalah pertuturan berlaku disebabkan oleh faktor fizikal juga mental. Faktor fizikal termasuklah seperti seseorang yang mengalami masalah sumbing. Manakala faktor mental, adalah seperti mereka yang dikategorikan mengalami masalah pembelajaran. Masalah ini perlu diatasi supaya golongan ini dapat memperbaiki kualiti hidup serta tampil dengan keyakinan diri yang tinggi dalam hubungan  bermasyarakat.

ALAT BANTU TERAPI PERTUTURAN (INTERVENSI AWAL)

Ibubapa yang mula mengesyaki berlakunya kelewatan pertuturan pada si anak, sebaik-baiknya  jangan berlengah lagi untuk melakukan sendiri intervensi awal. Kekadang, dalam tempoh kita mendapatkan pengesahan dari pihak yang berkepakaran tentang permasalahan si anak,  secara tidak disedari kita telah membuang masa dalam membantu perkembangan pertuturannya. Lakukan sendiri di rumah dengan alatan yang mudah diperolehi di pasaran bagi melatih pergerakan dan keupayaan mulut mereka. Yang penting, pastikan alatan ini berupaya menarik perhatian si anak serta selamat digunakan. Mudah diperolehi, lagi pun murah harganya! Antaranya ialah :

Meniup wisel. Pilihlah wisel yang berwarna terang   
Meniup belon berwarna dengan
  lukisan watak animasi kegemaran mereka 
Meniup dan menyedut minuman
menggunakan straw
Meniup lilin
Letakkan bola ping pong di atas permukaan air
 lalu ditiup
Meniup ‘Party Blower’
Meniup Kincir Angin buatan sendiri atau yang
 dijual di pasaran
Jika kita berkemahuan dan berkesungguhan, langkah yang seterusnya haruslah diteroka seperti idea-idea yang biasa digunakan oleh ahli terapi.  Perabut baru, kereta besar lagikan  mampu dimiliki, inikan pula hendak berbelanja seringgit dua demi masa depan si anak. Usaha ibubapa yang berterusan amat diperlukan bagi merangsang anak-anak untuk bercakap.  Alat bantu lain yang mampu dimiliki oleh kita seperti :
Echo Microphone yang mengeluarkan gema bagi
 merangsang si anak bercakap
Hand Puppet untuk sesi perbualan       
Finger Puppet yang sangat menarik       
Kad Imbasan yang bersaiz kecil serta berlamina supaya
mudah dibawa ke mana-mana
Menggalakkan mereka membuat kerja tangan seperti origami
 sambil menyebut juga menyentuh bahan
Indoor aktiviti seperti bermain  ‘Snake & Ladder’ sambil
menggalakkan komunikasi dua hala
Sebenarnya pelbagai bahan lagi boleh dijadikan alat bantu kepada sesi terapi pertuturan. Cuma daya kreativiti kita diperlukan untuk menggalakkan mereka bertutur dengan betul. Sebagai ibubapa, jangan mengharapkan guru atau ahli terapi sahaja yang mengendalikan sesi terapi pertuturan. Kita juga harus melengkapkan ilmu serta membantu anak-anak kita semasa di rumah seperti melayan mereka bercakap dengan betul. Jangan sekali-kali memperlekehkan anak-anak ini kerana ia boleh melemahkan semangat mereka.

Anak-anak istimewa dianugerahkan hanya buat ibubapa yang istimewa untuk menyahut cabaran membesarkannya. Yakini pada janji Dia yang Maha Mengetahui…..kita mampu sebenarnya melaksanakan tanggungjawab itu. Jangan tangguh-tangguh lagi, lakukan sendiri terapi pertuturan di rumah sambil mengeratkan kasih sayang dengan si manja kita.

credit

DOAKAN MOMMY DADDY & AE ookkkkk?????????

Regards,
Mommy Hannah Damia ‘n’ Ariq Emir
Important :
– Declaration of images are the intellectual or personal property of the blog owner; YB Shehan.
– Declaration of image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; YB Shehan. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.
– Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; YB Shehan.

Tags: , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!