TEMUJANJI SPEECH THERAPY ARIQ EMIR (1ST SESSION)

Assalamualaikum.
Semalam merupakan tarikh temujanji bersama pakar Terapi Pertuturan (ST). Jam 3.30 petang seperti dijadualkan.
AE dimestikan makan & tidur supaya x cranky. Tu pesanan Mommy kat diri sendiri. So jam 11, babysitter maklumkan sudah mandi, makan & lali… heee
akhirnya zzzzz
Jam 1 petang baru Mommy & Daddy balik dari opis & terus pegi makan. Jam 2 pula terus ke Hospital Ampang. Ya. Temujanji di Hosp Ampang. Tempat pendaftaran sama seperti ketika hendak jumpa Paed.
Tiada apa2 bayaran dikenakan ketika mendaftar kerana ini temujanji yang pertama. Temujanji selepas ini cuma RM5 setiap kali mendaftar. Kecuali jika anda ialah pekerja gomen.

Cmne Mommy leh buat temujanji ini?
Selalunya orang lain perlu ada appointment yang dibuat di Klinik Kesihatan Ibu & Anak untuk berjumpa PAED di Hosp. Dan PAED yang akan decide & buat surat segala. Semua tu selalunya ikut nasib la antara cepat atau berbulan masa. Dan untuk AE, kebetulan 24.2.2015 yang lalu, ada appointment bersama PAED berkenaan KEPUTUSAN TALASEMIA (KAMI BEBAS THAL), dan sebelum pulang, Mommy cerita kisah AE yang sudah 2y2m, belum ada 20 patah perkataan dalam life dia skrg. Susun ayat memang x pernah. So, paed buat surat utk Mommy terus buat appointment bersama Speech Therapist & ENT.

Itu kisahnya. Rezeki sebab urusan itu mudah & cepat. Tarikh 9.3 dijadualkan utk ST, 1.4 dijadualkan utk prosedur check ENT.

TEMUJANJI PERTAMA

-perbualan bersama ST & penerangan serba sedikit mengenai Ariq Emir
-by 2y patutnya dah ada lebih 50 perkataan.
-so apa yg Mommy dapat from ST are:

1. Interaksi:

  • perlu ada interaksi/komunikasi dari sekeliling
  • bercakap mengenai ITEMS sekeliling dia
  • yg mudah, harian & bukan kompleks
  • LABEL – ini paling penting. Bukan LABEL STICKER ok! Ini berkenaan ME’NAMA’KAN ITEMS sekeliling anak setiap kali berinteraksi dengan anak.

    Contoh:

Adik.. jom pakai BAJU. Ini BAJU ADIK. Adik. Jom MANDI. Adik mandi dengan SABUN! Adik MASAK ke? Mommy MASAK. Mommy potong SAYUR! Wah.. pandainya adik POTONG SAYUR!! Jom BASUH TANGAN! Eiii.. adik KOTOR!!! BUSUKNYAAAA sambil kipas2 depan hidung.
2. Keperluan interaksi: 
  • anak perlu faham
  • selain faham, anak2 perlu rasa yang dia “perlu” bercakap cthnya ketika dia memerlukan sesuatu. Contoh yang kita boleh uji : pinggan tersedia depan anak. tapi cuma pinggan dia je yg kosong. kita punya ada. mesti dia pelik & timbul perasaan PERLUNYA dia minta nasi. begitu juga untuk kes baju, mandi etc. Ikut kreativiti kita.

    3. Play:

  • perlu ada involvement dari parent
  • pretend play. ini sangat penting utk tempoh ‘pelajaran pertuturan’. cthnya masa main kereta, masak, etc.
  • apa2 aktiviti skills, montessori, etc boleh dibuat untuk elak boring anak & dalam masa ini boleh latih mereka FAHAM & BERCAKAP
 4. Behaviour problem
  • Perkara seperti ini perlu dititikberatkan juga. Sesetengah anak seperti ada ‘habit’ seperti melontar barang, amukan, etc. 
  • First thing first, JANGAN MARAH!
  • Kalau dia baling barang, bawa dia ke arah barang tersebut & minta dia pick up sendiri. Dia buat lagi, kita ulang lagi. Last2 boring lah dia.
5. Gadget/TV
  • Kita yang set RULES utk item2 nih.
  • U have to set rules. Bila dan lama mana. Spt kata2 pengetua Little Caliph.. anak2nya diperuntukkan sorg satu gajet. Xle nak elak sbb dh besar. By night, wajib ltk fon dlm blk parent. No more fon dlm blk sndr. Utk elak bnda2 pelik. Tp dlm ms yg sama x biar mereka ketinggalan. Ini applies bkn utk budak kecik je. Yg dh sek ren ke. Sek men ke. Smua sama je. U have to set the rules.
  • Cthnya hanya 30 minit untuk TV. Gadget cuma 1 video sahaja. Sound harsh kan? Macam x puas kan? Xkan 1 je? Ish ish.. So berbalik kepada point atas tadi, kita yang set rules. Macam susah, tapi try lah.
  • Camne nak atasi? DISTRACT mereka dengan apa2 aktiviti seperti kat point PLAY tadi.

    ********************************

Sebenarnya xde la tips banyak sangat pun yang ST share. Sebab baru 1st time. So theyols set date utk 2nd appointment. Weols minta hari yang sama utk ENT test i.e 1 April nih.

To mommies/daddies :

  • Jangan down
  • Jangan fikir “alaaaaa.. nanti masuk tadika/sekolah, ok lah dia” >> tanya diri sendiri, “kalau x boleh jugakkkkk?”
  • sentap? biar sentap sekarang. Cari solusi.
  • Dari baby kena detect juga mengenai ENT (Ear, Nose & Throat). Kalau x respon bila dipanggil, itu satu sign. Dan sebab inilah bila ada appointment for ST, ENT juga perlu dibuat. AE so far rasanya xde masalah pendengaran. Sebab semua arahan diterima dengan baik.

    ****************************
    Antara artikel2 menarik yang Mommy baca kat sekitar luar bilik ST di Hosp Ampang :
    (Klik gambar untuk saiz lebih besar)

 
Sekian dahulu.
Regards,
Mommy Hannah Damia ‘n’ Ariq Emir
Important :
– Declaration of images are the intellectual or personal property of the blog owner; YB Shehan.
– Declaration of image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; YB Shehan. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.
– Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; YB Shehan.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.