RESIPI LASAGNA PINKY MOMMA

Assalamualaikum

Kak Pinky Momma. Mohon copy paste!!!!
dalam rumah ni memang suka makan lasagna..tapi kalau beli tu tak puas makan

marilah kita buat..lagi puas hati bila makan ramai ramai kan..nasiblah senang..

barang barang pun mudah nak dapat..kalau pergi tesco ke..giant ke semua ada di situ

kalau orang buat bakar..aku tak de oven..so guna pemanggang ajaib je..hekhekhek


 bahan bahan yang diperlukan untuk kita buat inti daging (sos merah):

2 biji bawang besar di potong dadu

tomato puree prego cendawan 1 botol

daging atau ayam cincang 1 bungkus

cili blender sikit (tak nak pun tak per..ikut suka tekak memasing)


bahan bahan sos putih pulak:

butter separuh

susu segar 1 botol kecik pun cukup

cheese cheddar 1-2 keping (tak guna garam..cheese dah masin)

tepung gandum 2-3 sudu dah cukup


cara cara penyediaan lasagna semudah dan sesedap tekak pulak camni:

tumis bawang besar yang korang dah potong dadu tu tadi..nak blend pun boleh

dah naik bau..masukkan daging atau ayam kisar tadi..kacau hingga sekata..

lepas tu masukkan jer tomato puree..aku pilih yang perisa cendawan..senang..

tak payah pakai cendawan lagi muahahaha..letak sikit cili blender sekali..ni option



perisakan dengan garam..dah masak tu terus angkat letak dalam mangkuk..

sebab lepas ni nak masak sos putih pula..ok sos putih ni tak susah pun korang..

masukkan butter tadi..susu..pastikan api tu slow seslow mungkin ya..nanti berketul

kacau dan masukkan pulak tepung gandum dan cheese cheddar untuk lebih pekat



siap terus tutup api dan angkat masuk dalam mangkuk jugak..amik bekas lain..

masukkan kulit lasagna..tapi sebelum masukkan tu..rendam sekejap dengan air..

letak di bahagian bawah…lepas tu amik inti daging tadi dan ratakan seluruh bekas

lepas tu masukkan pulak sos putih bagi lemak lemak..pastu letak cheese..ulang lagi


korang ulang jer la melapis tu sampai penuh bekas..atas sekali letak topping cheese

aku ada cheese cheddar jer hahaha..pun bolehhh tak de hal..janji cheese uols..

tapi kalau nak sedap lagi letaklah cheese parmesan..mozarella..amboii sangat ni..

nak letak taburan oregano atas tu pun boleh..aku tak letak..nanti anak tak makan..


anak aku nampak benda hijau hijau memang allergik sikit..dia ingat sayur..

so daripada dia terasing asingkan nanti..baik tak payah letak oregano tu yer

siap melapis..masukkan dalam pemanggang ajaib selama 30 minit bertutup..

aku masukkan sikit air dalam pemanggang ajaib tu..pastu baru letak bekas tu..


tak nak bagi lasagna belah bawah tu nanti macam terhangus la kononnyer..

ok saper yang nak buat sila lah buat..modal pun tak besar..puas hati makan..

boleh makan ulang ulang..kalau beli makan pun tercuit cuit huhuhu..mahal lagi

selamat mencuba korang..kadang kadang bosan makan nasi..kita buat ni jer
Mommy: Allahu. Sedap sangat nampak nih. Memang KENA COPY PASTE takut hilang ingatan nak buat. Nanti nak buat lah!!!
Regards,
Mommy Hannah Damia ‘n’ Ariq Emir
Important :
– Declaration of images are the intellectual or personal property of the blog owner; YB Shehan.
– Declaration of image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; YB Shehan. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.
– Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; YB Shehan.

Leave a Reply

CommentLuv badge