2 HARI 1 MALAM. ANTARA MAHAL & SERONOK

Assalamualaikum

Selepas sesi luahan isi hati Mommy kat adik Ariq Emir hari tu di entry INI, Mommy ada cakap yg Daddy akan bawa ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang untuk celebrate birthday AE. So, Mommy Daddy ambil cuti on 1st & 2nd Dis untuk pergi ke situ. Tarikh tu sebenarnya diambil sebab pengasuh AE nak bercuti jugak. So, weols plan tarikh yang sama lah.. Hii. So, xyh la ambil cuti semata2 jaga AE sebab pengasuh nak bercuti ye dak? Hiii.

Mommy pagi tadi tu sebenarnya antara “nak bawak ke tak, nak bawak ke tak” ELB Mommy untuk masak kt sana. Last2, x bawak. Cumanya, malam tu Mommy buat bekal “choc muffin” homemade uolss. Terlebih rajin plak. Hii.

Resipi boleh tengok kat page Mommy di sini > Choc Muffin Hannah Damia

Inilah assistant Mommy. Sanggup tunggu padahal nak turn on and off mixer je. Ok la tu. Hiii

3 round dia hentam makan. Lepas mandi, ada lapar sket kot..

Bertolak jam 830 pagi. Singgah makan dahulu. Anak2 pun seems excited nak kua pagi nih.

Muka ketat ini budak.

Setibanya di sana, kami ke Rabbit Park dulu. Nak layan rabbit. Tiket dewasa & kanak2 RM3. Kanak2 bawah 4y, free. HD dikira free sebab kakak tu baik. Hii.

Rusa kt sini pun teramat jinak. Lalu tepi pun xde hal.


Baju depa tema Rabbit jugak. Hiii

HD start takut dengan rabbit. AE plak x habis2 jadi tukang sapu tanah (guna tangan). Mommy dah geli2 & memang ready Hand Sanitizer kt poket. Daddy dah gelak2 tgk Mommy. Cehh.. Last2 x tahan tgk punya pasal, terus angkat adik & g basuh tangan serta merta. Haha

Rabbit plak weols beli makanan. Tapi bayangkan la berapa ramai dh dtg. Semua beli sepeket makanan RM3 tu. Kenyang dah la rabbit tu.

Kakak buat cubaan berani lepas dah boring panjat belakang Mommy Daddy kot. Takut betul kakak nih.

 Adik pun main non stop kat tempat bebola banyak tu.
Ingat depa ja sedondon? Hii

Lepas tu kami ke Colmar sebab dah bosan kt Rabbit Park tu.

Jalan2..

Yang dah pernah pegi Colmar nih, mesti naik menara ni kan? Huu. Dulu masa 1st time pegi, gigih panjat tangga. Haha. Tahukah anda, ada lif di belakang sana? Haha. Mommy tau, ramai baru tau. Kihkih. So xyh gigih panjat tangga.

Kami sampai 11 lebih. Lepak rabbit park sampai kul 12. Pastu g colmar nak cuba check in, dia kata xle lagi. Kena stay sampai kul 3 ptg. Nah haih. Mati kutu. Malas nk ke Botanical sebab plan nak p esok. Nak xnak, terpaksa la lepak2 sambil tengok pengantin cina dok posing2.. Hiii

Lapar sangat, pi makan dulu. Masa ni terfikir, kenapa xde KFC kt sini? Harga gajah mahal. Laksa, Mee.. RM26++. Gila x? Hahaha

Pastu masuk kedai nih. Makanan macam kt Kenny Rogers sket. Ada nasi, ayam n lain2. Harga RM20.50 lebih kurang.

Ni kedai dia..

Le Poulet Roti. Sini semua tempat tulis nama Le.. Le.. nih.. hiii
Adik makan banyak la jugak. Pastu bf smpai terlena. Kakak? Nak susu.. cupcake bekal tu.. susu.. susu.. susu. Haih..

Lepas check in. Ada orang tu x sabar.. Hihi

Adik yang tido nih, punya nyenyak, x sanggup Mommy nak angkat ke katil.

View Superior Room
Bath Tub boleh tahan. Ada sorang budak tu nak mandi..nak mandi..nak swimmm.. Pegilah swim puas2 kat bath tub tu. Keluar je, trus zzzzzzzz
Malamnya kua lepak jap. Lapar. Xtau nak makan pe. Masa nih baru rasa menyesalnya x bawak ELB tu. Tskk. Tskk.

No option, kedai sama cam tengah hari tadi. Nak makan megi, Mommy memang x kan punya. X berapa selera mak!!

Masa tengah makan nih, ada 3 orang penyanyi datang dari meja ke meja. Dia ada tanya, ada x sape2 yang sambut birthday. Mommy dengan selamber tunjuk Ariq. Ariq?? Xde perasaan pun orang nyanyi kt dia. Kakak yang simpul2 malu. Hahahaha
Ni lah orangnya
Pastu..

Sambung nanti..

Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge