VIRAL “KAWASAN DIMELUATI” a.k.a RAK PINGGAN DAPUR

Assalamualaikum.

Sejak berpindah tahun lepas, Mommy x berapa gemar rumah sewa yang ni sebab xde Kitchen Cabinet. Ala, rumah dulu pn xde KC, tp ada table top. So kemas sket la nak simpan pinggan mangkuk segala. So, memikirkan xde KC segala, Daddy suh beli rak pinggan ala-ala kehidupan di rumah kampung Mommy dulu. Bukan maksud Mommy pakai rak ni, sangat kampung. Tapi, Mommy kenang2 zaman Mommy dok kampung. Pakai rak cmni la..

Abaikan x kemas nih sebab Daddy yang ditugaskan membasuh semua perkakas. So susunan x kira mengenal bangsa. Miahaha.

Caption masa tu “Kawasan paling dimeluati. Haha. Sebab igt zaman dok kampung je pakai rak camnih. Bila dok umah sewa baru nih yg xde tmpt nak ltk segala pinggan mangkuk, terpaksa la juga ada rak cmni. Kena make over. Wajib. Wajib.”

Projek ni bermula bulan 8. Memandangkan ia kawasan yang dimeluati, memang asik tertangguh jer. Apa pun xbuat rumah tu. Hmm

Tapi within that time, ada la beberapa stuff yang Mommy beli. Di Ikea, Online, Daiso, etc.

Sehinggalah weekend baru2 nih. Mommy stay dengan anak2 je. Daddy g team building kat Bukit Tinggi. So, anak2 dok main, Mommy kemas dapo.

tadaaa..

Mommy givup sebenarnyaaaaaa.. sebab x le nak make over mana sangat pun. Otak x berapa nak kreatif sangat. Nak buang ganti dengan rak jenis lain, sayang duit. Hii..

Background tu Mommy beli a piece of cloth from Mudah.my. Berapa meter ntah. Design cte bab2 kitchen. So beli je la. X berjahit pun. So Mommy beli sepit & tali langsir nih kat Daiso.

Tips mudah, seragamkan yang perlu. Cthnya pinggan ke, mangkuk ke, sudu plastik, sudu besi, etc. Sori sebab mmg xde mood nak kemas tempat ni. Haha. X sabar ada rumah sendiri!

Item ni Mommy beli kat Ikea. Dari besi sangkut tu, bekas sudu (yg diasingkan ikut geng – plastik, besi, etc).

Untuk bahagian sinki plak, Mommy beli tempat letak span nih kat Daiso.

Mana Mommy letak periuk2 segala??

Oh.. itu kan Mommy ada cerita dulu. Kat bahagian luar tempat Mommy masak. Letak sekali dengan rempah2 segala. Ada cte kat sini > bahagian dapur

Ada orang request close up pic.. Ok. nah belanja 1. Rantai besi tu Mommy beli kat KWC. Tapi, hari tu ada nampak kat Mr DIY jugak. So Mommy beli S tu je utk sangkutkan.

Asal x sepah, ok la..

#SAYAJUAL #ROSETYARA

SERENDAH RM30 SETIAP BULAN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.