KARANGKRAF & LORONG SENI

Assalamualaikum. Setelah struggle ‘kutip duit’ dari mak2 yang order buku 300++ RESIPI & PANDUAN LENGKAP PEMAKANAN keluaran Karangkraf, so bermulalah journey Mommy ke Karangkraf, Shah Alam hari Ahad yg lalu. Memang penat sangat menunggu walau berkali2 buat announcement tau. Walau dah PM, Mommy rasa ada beberapa orang yang x install FB Messenger sekarang nih. So, nak xnak, announcement kat Page Homemade Food for HDAE je la. Last2, buka peluang untuk mak2 yang nak ganti list name tu. Sori lah ye..

Dugaan nak terima duit pun memacam. Setiap kali orang info dah masukkan duit, Mommy akan segerakan check & list down list last transaction. Sampai la satu kes nih, xde plak notification dalam M2U. Hmm. xpe lah. Mommy anggap Mommy yang terlepas pandang kot. Xpe. Bukan rezeki.

Weols pegi dah tengah hari dah.. Maka selamatlah buku2 uols dicollect di sana.. Berat wohh..

Setel bab Karangkraf, weols ke SBU Shah Alam. Dah lama teringin nak ke SBU. Tapi, masuk kejap je lepas beli sehelai Square Shawl. AE x berhenti tawaf kedai tu. Hadoi.. Mommy pun dah lupa dorg ada aras atas. X sempat jenguk pun. Sob2..


gigih mensnap di rumah. hiiii

So before balik, nak try ABC yang femes kat Sek 2 Shah Alam tu.. ni ha kedainya.. Fradoo ABC. Ok la jugak ABC dia.. Total regular & special cuma RM6.50.

inilah dia kedainya..

Daddy order yang special. Ada coklat & aiskrim ekstra. Sedap gak.

Regular je nih..

Kakak igt kepok ikan. Dia xtau yang dia makan kepok lekor

Sebelum ke food court nih, kami lalu kat satu lorong yg orang panggil Lorong Seni Seksyen 2, Shah Alam. Ada satu lagi x salah Mommy kat Seksyen 7 (Laman Seni). Kawasan ni mcm agak kotor tapi x perasan dalam gambar. Hiii. Jom layan Hannah posing. Perangai dia nih dah boleh tau amek dari siapa. Sabar sampai last pic. So anda akan tahu dari siapa. Hiiii


Ni ha last pic. So tau la kan yang unik2 nih ikut sape???

Hari ni dah try square shawl dari SBU tu. Ok la. Senang gak pakai. Lebih kurang bawal aidijuma cuma yg ni jenis licin..
 
Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

Leave a Reply

CommentLuv badge