BATUK & FLU : RAWATAN BAWANG

Assalamualaikum

Memang lama jugak rasanya HDAE x kena flu. Tetiba je Jumaat lepas bila balik rumah, masing2 soksek2 hidung tu.. Haih..

So pepagi sabtu, haruslah steaming & percussion dibuat kat si adik tu.. Kakak ok lagi, xde lelehan sangat. Lagipun 2 malam sebelum tu memang sejuk je memalam.

Kaedah steaming Mommy ada explain dari tahun 2011 kat entry SINI (klik)

Kalau dulu Mommy guna cara baldi cmnih.. (link)

Sekarang dah guna sterilizer je camnih (guna Little Bean punya). Senang. (link)

Masa nih hasil lelehan memang banyak. Bagi yang menggunakan kaedah steaming ini, tolong JANGAN PEGANG MUKA ANAK STATIK HADAP AIR TU. Nak bedung tangan boleh, tapi biarkan mereka alih2 muka sebab air panas tu punya wap yang juga panas. X caya, cer cuba sendiri. So, biar je.

Dan TOLONG PASTIKAN KEPALA ANAK ANDA STRAIGHT. BUKAN KE BAWAH! KANG TAK PASAL2 DARAH TURUN KEPALA. (90 DARJAH BADAN DAN KEPALA)

Selepas lelehan keluar, tolong sedut menggunakan nose cleaner ni. Ingat brand nih tau.

(jangan sedut menggunakan mulut anda ye. Air liur mempunyai bakteria. x memasal ada jangkitan lain plak kt anak nanti)

Kalau xde masa nak steam, selang seli masa tu leh pakai Sterimar & sedut. Ini utk selesaikan masalah hidung tersumbat. Tapi, pastikan anda dapat keiizinan doktor utk menggunakan sterimar ini.

Setel steaming, haruslah buat tepuk (percussion@cupping method) untuk longgarkan kahak. (link)

Bahagian tepuk tu bermula di belakang dari bahu & tepi badan. Xperlu sampai bawah pun. Buat kiri & kanan badan.Selepas belakang, buat hadapan pulak.

Selesai masalah kahak.

********************************

BATUK & FLU : RAWATAN BAWANG

Tiba masa untuk kaedah flu @ selsema & batuk sederhana menggunakan rawatan BAWANG.

Tahukah anda tentang KHASIAT BAWANG PUTIH??

PIC 1

1) Pernafasan selesa

Mommy potong bawang besar (nak potong dadu pun boleh), then letak dalam bekas & letak kat bilik. X kisahlah tepi muka ke, atas kepala ke, sudut katil ke. Ia akan membantu hidung tersumbat utk bernafas dengan selesa. Mommy panggil nih ‘aroma bilik’. hii

2) Batuk sederhana

Bakar seulas bawang putih (cucuk garfu di bawang & ltk di api dapur). Kemudian lenyek bersama olive oil & sapu dada, belakang & tapak kaki.

PIC 2

Selain kaedah bawang utk ‘aroma bilik’ di atas (PIC 1), ini pulak kaedah untuk stokin & tapak kaki yang dipanggil ‘Garlic Socks’. Kaedah ini memerlukan 2 stokin & seulas bawang putih. (ada juga yang bakar bawang putih tersebut utk kaedah garlic socks nih). JANGAN GUNA LEBIH DARI 1 ULAS. Boleh MELEPUH TAPAK KAKI!

Caranya:

  • pakai stokin selapis (ariq pakai stokin biru memula tanpa letak apa2 di tapak kakinya)
  • kemudian
  • 1 ulas bawang putih td dilenyek/ditumbuk & dibahagi 2.
  • Masukkan bawang lenyek dalam stokin kedua (hijau putih tu).
  • Sarungkan ke kaki yang dah berstokin tadi (yang biru).
  • Ratakan bawang2 tu ke sekitar tapak kaki (garlic x boleh direct kena kulit tapak kaki ye, boleh melepuh/lecur)

Kaedah Garlic Socks ni memang berkesan betul. Satu malam je buat. Dah kering dah flu beliau. Alhamdulillah..

Kehebatan bwg putih

VCO

Selain cara di atas, kita boleh amalkan makan VCO (softgel atau liquid). Macam HD, Mommy bagi je softgel sebab dia pandai gigit & kunyah. Untuk AE plak, Mommy bagi yang jenis liquid nih. Walaupun Mommy memang menjual VCO Catalyst nih (link), x pernah tau plak berkesannya VCO nih utk kes batuk nih. Bila difikirkan semula, patut la dah lama HDAE ni xde flu & batuk. Mungkin HD sebab dia sendiri yang makan, AE plak sebab dia ambil khasiat melalui breastfeeding. Kes AE tetiba flu nih mungkin sebab dia baru tukar pengasuh & ada baby lain. Sebelum ni tadika dgn kakak, mostly dah besar2 & jarang nampak dorg x sihat. Biasalah budak kan. Antibodi baru nak kuat.

********************************

Demam & ACV Socks

Tips untuk anak yang demam panas, boleh gunakan ACV (with the Mother) lebih kurang 2 sudu besar, mix bersama air. Rendamkan stokin anak & pakaikan kpd anak yang demam. Insya Allah. BOLEH BACA CARA GUNA ACV di SINI.

Tips kesihatan ada Mommy letak dalam page Homemade Food for HDAE. Nak tengok, sila klik SINI.

Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.