RESIPI ROTI JALA @ KIRAI MUDAH

Assalamualaikum.

plan asal nak buat muffin. tapi banyak bahan x lengkap. So Mommy plan nak buat roti jala. Menu nih hari Ahad 13.7.2014

Peralatan sokmolah xde kan? So DIY seround.

Bab tukang, i no 1. Hiii

Bahan2
Alat jala / kirai
1 botol mineral, 1 paku & 1 playar
(panaskan paku kat api, then tebuk)

1 biji telur
75ml air
75ml fresh milk / susu fm anak2 / santan
1 cubit garam
1 cubit kunyit
3 sudu mentega (yg dicairkan)
1 cup @ 150gm tepung gandum / serbaguna

Cara membuat

1. Masukkan telur, air, susu, garam & kunyit dalam bekas blend

2. Cairkan mentega

3. Masukkan mentega cair ke dalam bekas bender tadi juga

4. Blend
5. Masukkan tepung

6. Blend sehingga sebati
7. Tapis (Mommy terskip part nih dek kelupaan. Halal je laaa)
8. Masukkan dalam botol acuan

9. Panaskan kuali & letak minyak
10. Jala / kiraikan ia

11. Macam dah kuning, Mommy terbalikkan ia. Mudah jika dah garing. Jangan lama.

12. Angkat letak kat pinggan, baru Mommy gulung/lipat. lagi senang. Hiiii

Hidangkan bersama kari daging (daddy masak kari daging nih, sebab Mommy dah lembik.. hahaha)

Hidangan hari Ahad dari Mommy
Sambal ayam dan roti jala dari Mommy.
Daddy nak cicah roti jala dgn kari daging. Mommy? Cicah susu baru sdp. Hiiii

Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

Leave a Reply

CommentLuv badge