RESIPI PAVLOVA MUDAH & SEDAP

Assalamualaikum. Nah. Sape nak??? RESIPI PAVLOVA MUDAH & SEDAP


Ya iyalah. Ini namanya PAVLOVA.

Hasil kerastangan Mommy & Daddy pada Sabtu malam yang lalu.
Perdebatan idea sentiasa berlaku untuk xnak-fail ketika buat nih. Kos bukan murah. Harus la hati2. Beb, buah saje pun dah RM20. Hadeyyyy
Jom tengok bahan2:
Disc:
1 mixer yang wajib beli kalau xde (kau rajin nak pukul pakai tangan?)
4 biji Putih Telur (kuning xnak langsung)
200 gram @ 1 cup Gula Caster
1/2 tsp @ 2.5ml Esen Vanilla
1/2 tbs @ 4gm Tepung Jagung
1 tsp @5ml Cuka
Kertas minyak utk alas loyang
[tsp = tea spoon, tbs = table spoon]
p/s : beli je jenis2 cup & sudu macam dalam gambar nih. yg hijau tu. serius sgt membantu. Mommy beli kat Daiso. RM5.
Topping:
240ml whipping cream (any brand. Mommy nak beli brand Anchor, tapi nan hado ler pulak. Sbb Anchor nice, kurang manis. Tapi Emborg pun ok!)
20 gram @ 1 tbs + 1 tsp Gula Caster
Buah2 (strawberry, blackberry, mango, aprikot, etc)
Sejukkan whipping cream & buah2 tu (bukan bekukan). Mommy kuakan utk snap gambar aje. hiii
p/s: Kenapa Mommy suka convert nih? Sebab Mommy xde penimbang lagi, guna sudu hijau tu je. Nanti2 lah Mommy beli. gagagag
**************************************
Ok Jom try buat
DISC

1. Masukkan putih telur ke dalam bowl yang kering. Lap giler2 punya lap sampai kering ok!

2. Putar sampai berbuih.
3. Masukkan gula sedikit demi sedikit lepas putih telur tu berbuih.
4. Jangan mix gula & putih telur tu dari awal.
5. Putar sampai berkrim dan berkilat.
6. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
 7. Putar sampai jadi bertanduk bila angkat mixer, dan bila cuba terbalikkan cmnih, x jatuh pun. Tu dah lulus! (Mommy takut2 gak nih nak terbalikkan terus. kahkah)
8. STOP MIXER
9. Masukkan tepung jagung & cuka ke dalam adunan tadi. Gaul guna senduk kayu / senduk yang ada sekali masa beli mixer Pensonic RM79.90 nih (ceyy..nak bgtau harga mixer. tapi kecewa kt Aeon WM lagi murah. cis2.)
10. Gaul sampai sebati. X perlu lama.
11. Cun?
12. Alas dengan kertas minyak. Kendian buat la bentuk bulat yang tinggi tapi rata. Sebab nanti nak letak topping. tapi Mommy hentam je. Kertas minyak pn xde. letak secalit je butter supaya x melekat. Hiii.. Jangan tiru.
13. Letak dalam oven. Oven ni warisan turun temurun. Pinjam mak punya. Hiiiiii
 
12. Bakarin dengan suhu 150 celsius selama 60 hingga 75 minit atau nampak perang2 cun
13. Bila dah masak, biar seduh (sejuk sendiri) dalam oven tu dlu. Kang baru keluarkan.

Hasil

p/s: ada buat saiz kecik2 jugak. Tapi Daddy dah makan.

**************************************

TOPPING
1. Sementara tunggu disc masak, gi bekukan sekejap bowl & pemutar mixer tu. Tips ini sangat ok untuk putar whip cream nanti.
2. Masukkan whip cream & gula caster
3. Putarkan sampai sebati. Tapi putar jangan lama sangat. Make sure gebu2 dan masih warna putih. Kalau terlama putar, nanti krim tu jadi kuning (tanda pecah minyak)
p/s : camne Mommy tau? Weols tpksa buat 2x malam tu. Sebab terlajak. Hahah (syhh..jgn bgtau org!)
4. Piping & hias dengan buah2

Tadaaaaaaaaa

Tips: Boleh kurangkan gula castor tu sket, kalau xnak manis sangat. Tapi bila letak buah2an masam nih, akan jadi neutral balik. Cara makan ialah, kena sudukan semua sekaligus. Jangan miss makan buah sekali. Ngam???

Chaiyokkkkkkkk

Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.