RESIPI CUPCAKE COKLAT CHIPS

Assalamualaikum.
Terima kasih buat kak Fara Kertina yang share resipi nih. Resipi asal untuk Marble Cheese, tapi xde cheese so kita transfer jadi cupcake choc seround.
Sepanjang nak buat nih, nasib baik ada guru2 pakar seperti Kak Sally, Sanah, Magh, Ella yang sudi bagi tips. Hahah. Almaklumla, 1st time nak buat kerja2 wanita cmnih. Hiii
So, jom tengok bahan2
 
 – 250gm butter
– 1 cup serbuk koko
– 3 biji telur
– 1 1/2 cup gula kaster (mommy letak 1 cup je)
– 1 1/2 fresh milk
– 1 1/2 cup tepung gandum
–  1 tsp (teaspoon) baking powder
– 1 tsp soda bikarbonat
– 1 tsp esen vanilla
– Choc chips (hiasan)
Cara buat:
1) Cairkan mentega. (giler malas potong2. letak je seketul terus) hiii
2) Pegi kat mixer, pukul telur & gula
3) Once butter dah cair, masukkan serbuk koko
4) Setel butter & koko tadi, terus campur dalam adunan telur & gula tadi. Pukul lagi. (KALAU XDE MIXER, KACAU KAT MANGKUK BIASA PUN OK JER)
5) Tambah fresh milk
6) Tambah tepung gandum, esen vanila, baking powder SATU PERSATU
7) Masukkan adunan dalam cup
Tadaaa
8) Tabur choc chips. Assistant Mommy
Tadaaa lagi
9) Setting oven 180 degree (standard setting bak kata Maghfarah). Bakar 20 minit.
10) Tips dari kawan Mommy, Ella, cucuk cupcake & x melekat tu maksudnya dah masak.
11) Testimoni dari Hannah Damia “emm.. sedapnya Mommy. Hentam sampai 6 ketul T__T
Review:
1st batch ada yg masih cair kat dalam. So Mommy ltk jap kt loyang & panaskan lagi. Xtau la elok ke x wt cara gini. End up, hasil ok. Haha
Daddy bila masa berbuka tu, dia pn try. Ayat dia “Sedapnya. Manis pn balance. X sangka Mommy buat cupcake”. Hahaha. Adoii..
Esoknya tu bawak bekal ke nursery. Licin.
Alhamdulillah.
ralat : Mommy salah measure tepung & gula sebenarnya. but, hasil kemanisan tu dah ok dgn 1 cup je. So x ltk 1 1/2 pn xpe. Tepung plak, kurang 1/2 cup. Patut tambah kalau nak buat lagi lepas ni. Sbb takut faktor kurang tepung tu punca x brp sempurna.
PRACTICE MAKES PERFECT.
Ceyyyyy. (tepuk bahu)
Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.