2 HARI CUTI TAHUNAN, 3 HARI CUTI KECEMASAN TOLAK GAJI

Assalamualaikum.

Tudia aih tajuk. ya la.. Yang tu memang terjadi. Hukhuk
Mommy apply cuti utk ke Johor pada 6 n 9 Jun. X termasuk la hari sabtu ahad kan? Sebab adik Mommy yang satu2nya tu dah gatai nak nikah dah. Kikiki. X la. Jodoh dia sampai awal. Baru 22 dah nak nikah. Lagipun jarak rumah kami memang jauh kalau sekadar nak pi bertunang pastu nak kenduri plak. So better buat je majlis tunang & nikah sekaligus.
HD ke rumah sepupu2 beliau dari khamis malam tu lagi. Weols g hantar dia. Kezen2 beliau memang rajin sangat2 nak jaga dia. Kezen paling besar pn umur 16, pastu 13, pastu 8 tahun.. Huhu. Tq la ye kakak, angah, baby tisha, sofia & ika!
Kakak sulung Mommy baru nak kalut buat hantaran. Biasalah kakak Mommy yg sorang nih. Katanya inspirasi datang time last2 minute. hahaha.. Hantaran Mommy dulu pn dia jugak buat.. leh tengok hantaran Mommy kat SINI .. BERTUNANG n NIKAH. Homey2 kan? Ngeee
Nih antara hasil hantaran untuk pihak lelaki (adik kami) kpd pihak perempuan..

Kami bertolak selepas solat Jumaat dari Semenyih. 5 bijik kereta je.. kerap berhenti RnR utk makan la, mandikan budak2 la, nak tido la (ada la sorg tu). Hahahah. (mommy ni bila nak insaf jadi orang x nakal xtau?)

Jauh gila ke dalam Lenga, Muar nih. Memang kalau masuk nih, xmo keluar mana dah. Huuu
Kalau keluar, xmau patah balik dah la kiranya. hahaha

Kami terus ke rumah bakal pengantin untuk suai kenal (risik) & bertanyakan adat Johor sebelum majlis start malam tu.

****************************

Majlis bertunang & Akad

Tema baju memang selalu keluarga kami titikberatkan. So tema utk majlis bertunang & akad kami pilih biru siti nurhaliza katanya. Hiii. Sape tukang jahit? Opkos our lovely mom!
Mak jahit semua baju dalam pic nih kecuali baju Daddy & abg ipar. Huhu. Sebab dah ada dah. Jimat!

Nak close up kan sket

 
Dress Mommy nih leh nursing tau. Hihi
Sebelum ke majlis (06062014-Friday)
Selepas majlis..

Adik Mommy nih punya gelabah sampai asik tersasul je masa akad. haih. yang tok kadi pun satu, bukan adik Mommy ja terkejut bila time nak akad tu, sekali orang tepi2 pun terangkat badan sebab punya kuat dia lafaz part “aku nikahkan akan dikau”.. hahaha. lawak gila!! pastu tersasul bab duit mas kahwin. xtau leh up dari kadar tu. Adik Mommy pernah ter”sebut RM22″. Hahaha. Lupa lagi 50 sen. Hahahaha

Adat masa bertunang nih kena hulur duit kt bakal pengantin pompuan jugak malam tu which we never alert about that. Kami hanya tau mengenai bayaran kadi, tol utk esok punya majlis. So, adik dah macam lain macam dah sebab dia rasa bersalah xtau hal tu. But we handle it smoothly. Small matter! Adik yang start merajuk dah cool down. Hahaha. Mommy cite jugak kat sini sebab ia kenangan!

Petang masa kami sampai tu, weols pergi berkenalan & tanya pasal adat2 orang Johor nih. So kami hanya tau pasal tol & istilah RM100 membawa maksud RM10k. N kami xtau pasal tol satu jenis lagi in which malam tu bapak pengantin cakap yg tu x payah. Nanti Mommy cerita.

****************************
Kenduri time!
07062014
Tema Pink Belacan

Ok.. masa nih kami berarak dari rumah penginapan ke tempat kenduri. Hujan renyai2. Daddy tolong snap while Mommy kena dukung anak2. Adeh. Boba nak pakai tapi kang x nampak baju lak. Eh.. hahah

Dress Mommy

Pic atas nih Hannah snap tau! Guna D90. terer dah anak Mommy nih. Plan kami nak warisi D60 kat dia. D90 berat sgt utk dia..
 

nursing dress jugak yang nih pun.. Tq mak..

Tiba masa utk cerita tol..
 Adat Johor yang katanya utk bermesra. Mommy dah prepare siap2 dah dengan tnya kawan2 pasal adat johor nih. Kata kawan2 Mommy, get ready sampul RM1 setiap satu, dalam RM50 gtu, and tol mak andam juga. Ini kata kawan2 Mommy la.

So Daddy in charge bahagian tol nih. Ternganga la pihak keluarga kami sebab ramai giler kat depan pintu and kami macam terkejut sebab x biasa kan? Daddy? Cool sokmo. Gelak2 sambil bagi while Mommy take over bab kamera sambil dukung AE lak tu.. Pastu baru pass AE kat Angah. Hii
Siap ada budak yang cerdik nih, lepas hulur tangan kanan, sembunyi tangan tu & keluarkan tangan kiri plak. hahah. Bijok. tapi Daddy kan selalu pakar bab cheat nih. Bukan takat game je dia hack by cheat, nih sekadar tgk bbudak hingusan nak cheat, silap la. Dihalaunya mereka. Hahaha. Sambil gelak2 la..

Dah pass 1 stage, ke pelamin lak. Ada lagi satu stage! Tol makcik2 & nenek pun ada kat ctu. Hahaha. Merasalah korang amek sorg singgit. Mana la kami tau. Igtkan bebudak je. hahahha

Pastu part nih yang macam weols x sangka kejap. Sebab bapaknya pengantin perempuan cakap x payah. tapi, kat sini, mak andamnya xnak turun selagi x bayar tol kt beliau. Berlari2 lah kakak kami ke situ & pass RM80 kepada beliau. Barulah adik leh naik pelamin. Mak andam dapat duit terus senyum lebar dari muka ketat. miahahahahha

Snap sebelum pegi makan & balik

2x kat pelamin nih, 2x la Ariq amuk xnak duduk. Hahhaha. Perasan x? (mesti korang scroll ke atas). hahaha

****************************
HOLIDAY time!
07062014

Keluar dari sana, weols menghala ke Skudai utk jalan2. Weols lepak kat Desa Skudai Apartment. Sies luas & lawa deco dalam dia.. Untuk apartment yg kami sewa la. Rumah lain xtau depa deco camna..

Xdan nak snap, depa dah semakkan rumah dah. Huuuuu.. Lepas makan baru kemas rumah. Oh ye. Memang memasing xle tengok semak rumah, kang sakit pala. Hahahah
Malam tu kua jap, g Pasar Karat. X beli apa pun. Daddy je layan Coconut Shake yang betul2 rasa kelapa.

Otw balik, kami pecah2 & tukar kereta. Mommy & family naik keta kak pulak.. So, otw balik tu, kami lencong p tempat lain sat. Dan la naik carousel kat Danga Bay tu.. Tu pun, lepas ja bayar tiket, kaunter tiket terus tutup lampu. Nak close dah rupanya. Hahaha

AE dah tido dah. Dah nak tengah malam dah pun masa tuh..

****************************
HK & JPO
08062014
Weols plan ke Hello Kitty Town. Sebab Baby Tisha merajuk ibunya x bawak baju mandi while HD, Sofea & Azza leh g mandi. Ciann.. Rules baru xde bikini, xle mandi. T__T

Ni Mommy snap dengan anak buah paling bongsu dalam family besar kami. Cucu laki ke 2 selepas Ariq Emir. Cucu perempuan total 7. Hiii
Kenalkan Muhammad Aufa Zikrie. Homey2!

Syok yer kakak. Masuk dengan kezen2 ja. AE tido. Daddy xnak join. Mommy pun malaslah. Hahaha

Mommy Daddy lepaking kat luar je while AE tido. Makngah & atuk tolong jaga AE so leh le Mommy jenjalan jap kat kedai2 souvenir tepi tu.

Sempat la beli sandal Thomas utk AE & thermos nih..

 

 Harga RM69 je. Ada 2 bekas dalamnya. Tapi leh bogelkan lagi jadi 3. Wallaweh..

Dah penat pusing situ, weols ke JPO plak..

AE dengan penuh excitednya tengok air

Dan Mommy terpaksa g beli baju baru kat Poney dalam JPO tu. Nasib baik murah! Harga standard sepasang yang selalunya RM53 gtu, cuma RM36. hohohoo

Ni HD paksa suh smile. Dia nak snap!

Bertolak pulang & nak singgah ke Melaka jap untuk jumpa mak mentua abang. Sekali dah tengah malam sesangat. Kakak sponsor stay kat Melaka. Wallaweh. Tq kakak! Murah toi la rezeki kakak aku nih!!
Kami stay kat Taman Merdeka Jaya. Kakak a bit sad sebab rumah ni x sama macam diiklankan. But, redha je la. Kami smpai pun dah tengah malam.

****************************
Malacca
09062014

Panas gilaaaaaaaaa!! AE asik amuk je!

Kat area Menara Taming Sari. Ermm.. Masa nih kot IC Mommy hilang. Xperasan langsung. haih..

tengok HD yang x gayat langsung naik!

 HD naik dgn kezen2nya je. Mommy xmo naik sbb dah pernah naik dah. Huuuu
Terasa macam dah tua sgt sbb asik avoid je perkara budak2 minat. aiseh

HD &AE tu pakai baju tido sebab weols memang x plan langsung nak ke Melaka nih. Baju memang dah abeh dah.. So weols terpaksa la beli baju Melaka. Nasib baik dapat RM15 sepasang.

 

Panas & tak tahan. Weols lepak jap dalam Dataran Pahlawan. Tengok aktiviti kami. Hahaha. Daddy over!

Tapi kan..
Berkat Over Daddy nih, Mommy p join IG contest. hahahaha
Surprisingly..

X sia2 kan. Hahahaha

Tamat sudah cerita 2 hari cuti tahunan.

3 hari cuti kecemasan???

Biasalah kalau jalan lama sket.

1. 11.6.14 : AE ttiba suam je badan waktu balik dari nursery. Daddy pun demam!!
2. 12.6.14 : Ke Klinik & EL 12.6 & 13.6 sebab AE demam terlalu tinggi.
3. 14.6.14 : HD Demam ttiba masa kat luar. Malam tu plannya nak ke hosp utk kes demam si adik sbb dah lebih 3 hari.
4. 15.6.14 : Adik dah kebah sepenuhnya. Kakak masih panas.
5. 16.6.14 : EL lagi sebab HD keep on muntah & demam agak tinggi. Susu x minum langsung sebab takut muntah
6. 17.6.14 : Hantar ke nursery. Sebab nampak cam ok. X de muntah sepanjang hari tapi masih suam badan. Langsung x minum susu di tadika. Cuba makan n minum susu di rumah. Muntah.
7. 18.6.14 : Masih panas even waktu petang. Ke hospital. Suhu 38.5. Adeh. Check darah, nothing. Doc check tekak, but says nothing to us. Gila! Sakit hati dgn doc nih! Tengok muka kami pn idak. Kalut cam busy sangat. Tapi no giliran tetap lembap jugak!!
8. 19.6.14 : Hari ini masih panas. Ikut doc hosp malam tadi, lepas 2 hari dtg pulak. So hari ke 6 baru kena pegi kalau demam lagi. Dan 4 hari demam nih, hannah x perlu makan antibiotik pn. Cikgu bagitau badan HD masih panas. Tp, petang sehingga malam macam dah x panas. 

9. 21.6.14 : Nampak gaya cam sihat pagi nih. Daddy pun ke Melaka pulak petang nih utk sambutan Hari Pekerja Prasarana. Jangan demam dah ye kakak!! Please

3 hari kecemasan (12, 13, 16 Jun itu adalah EL yang UNPAID.. T__T )

Panjang kan? Cukup lah tu.

Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

#SAYAJUAL #ROSETYARA

SERENDAH RM30 SETIAP BULAN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.